Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

Memang tercipta untukku

Sepanjang tempoh April sehingga hari-hari terakhir Julai banyak perubahan drastik terjadi dalam hidup saya. Saya kembali berkerja. Kemudian berpindah dan berjauhan dengan orang tersayang. Telefon rosak, ketiadaan kabel internet untuk seketika, kehilangan kucing yang menyerikan hidup saya, kamera digital rosak dan entah apa-apa lagi. Apabila sudah punya sambungan, internetnya pula sering terputus-putus dan lembab macam siput. Kadang. saya sakit dan kepenatan di malam hari. Rasa takut, asing, sunyi dan terpinggir. Jiwa saya kacau. Meronta-ronta mahu ke bengkel penulisan. Mahu kembali menulis. Dan saya sentiasa singgah di blog sifu-sifu saya membaca diam-diam. Dalam senyap sunyi. Di sini, dan inilah cinta saya. Saya penat mengejar waktu. Cuba sedaya upaya mencari jalan pulang. Pulang ke pangkuan cinta hati saya. Menulis!

.

Ada kala terpaksa lupakan mimpi-mimpi seketika walau telah nampak bebayang kejayaan terpaksa dilupakan demi demi Oh! Aku sedang belajar menyukai yang baharu Ah! demi..demi... Ah! Nampak benar aku sedang juga sedang stress sampai hendak menjawab komen pun tidak terdaya hendak meletakkan tajuk entri pun akal macam mandul

Malam ini moga kau berada di taman syurga

Teman mayaku, terima kasih untuk segala coret catatmu, untuk aku belajar melawan sukar yang selalu membuat aku kadang rasa tertewas terima kasih telah membuatku menjadi diri sendiri, terima kasih telah mengajarkanku banyak hal tanpa kau sedari ketabahanmu menjadikan aku iri Betapa masih banyak situasi aku selalu kalah dengan emosi Kau takkan membaca catatanku lagi Selamat pulang ke sisiNya kak D semoga di dunia lagi satu kau aman tanpa kesakitan sedang jalanku entah bila penamat Kak D (1967-2010) Al- Fatihah!

Entri tanpa arah tujuan

Selalu saya berpesan kepada diri untuk tidak menulis jika tiada arah tujuan. Tapi malam ini, sambungan internet saya masih 'sihat' jadi saya menulis beberapa perkembangan tentang diri dan blog ini. Entri pertama saya di sini, bertarikh 10 Julai 2007. Inilah tujuan asal saya menulis. Oleh itu, janganlah hairan kenapa saya marah-marah dan masih menceceh-ceceh pasal isu-isu oku. Malah tiada pernah terdetik langsung di dalam hati untuk menjadi penulis keratif. Sebahagian entri sudah dipadam dan dipindah ke blog tertutup. Pengikut bertambah. Komentar berkurang. Apa ertinya; sekadar klik sebagai pengikut barangkali. Tiga musim menulis di sini, saya rasa cukup berpuas hati. Saya gembira menulis di sini. Namun saya lebih gembira sekiranya ia tercetak di kertas. Saya kepingin melangkah jauh, namun tangan dan jejari saya semacam dirantai gari. Oh ya, saya mungkin berpindah lagi bulan hadapan. Sama seperti saya memindahkan url blog saya dan menggunapakai identiti baru. Tetap ditemui dan

Teruskan senyuman. Usah berkecil hati untuk perkara remeh kawanku!

Sewaktu saya membaca entri adik di sin i, saya tidak pasti apa perasaan sebenar saya. Mahu marah atau ketawa terbahak-bahak. Aduh! pentingkan diri betul. Tidak cukup lagikah merebut hak minorti. Dari peluang pekerjaaan, wang bantuan sampai ke tempat parking pun hendak direbut. Tidak cukup dengan itu, tempat duduk dalam kenderaan awam yang sedikit itu pun hendak dirampas juga. Saya sudah bosan menulis perkara yang sama. Yang membaca tentu, lagi-lagi bosan. Itu tidak termasuk 'perang-perang siber' antara oku dan pegawai kebajikan. Bosan sungguh! Alahai kawan, jangan bergaduh macam budak-budak. Buruk dan lagi buruk kita ini golongan kurang upaya. Jangan maki-maki kerana perkara remeh. Contoh: Dia tolak kita sebagai kawan di FB misalnya. Itu hak dia. Bukan 'mati' pun jika dia tidak approved kita. Sudahnya apa, dia print screen kata-kata dan maki caci kamu kepada dia dan letak di blognya. Peminat-peminat dan kawan-kawannya 'sedap-sedap' mengutuk kita. Siapa yang m

Maaf!

Aku kadang terlupa. Setiap orang yang kita kenali, bukan semua layak dipanggil 'kawan'. Maaf!