Langkau ke kandungan utama

Teruskan senyuman. Usah berkecil hati untuk perkara remeh kawanku!


Sewaktu saya membaca entri adik di sini, saya tidak pasti apa perasaan sebenar saya. Mahu marah atau ketawa terbahak-bahak.

Aduh! pentingkan diri betul. Tidak cukup lagikah merebut hak minorti. Dari peluang pekerjaaan, wang bantuan sampai ke tempat parking pun hendak direbut. Tidak cukup dengan itu, tempat duduk dalam kenderaan awam yang sedikit itu pun hendak dirampas juga.

Saya sudah bosan menulis perkara yang sama. Yang membaca tentu, lagi-lagi bosan.

Itu tidak termasuk 'perang-perang siber' antara oku dan pegawai kebajikan.

Bosan sungguh!

Alahai kawan, jangan bergaduh macam budak-budak. Buruk dan lagi buruk kita ini golongan kurang upaya. Jangan maki-maki kerana perkara remeh. Contoh: Dia tolak kita sebagai kawan di FB misalnya. Itu hak dia. Bukan 'mati' pun jika dia tidak approved kita. Sudahnya apa, dia print screen kata-kata dan maki caci kamu kepada dia dan letak di blognya. Peminat-peminat dan kawan-kawannya 'sedap-sedap' mengutuk kita. Siapa yang malu? Kita yang 'mentimun' ini juga disalahfahamkan.

Saya pun pernah menambah dia sebagai kenalan di FB. Saya pun ditolak, dan saya mengerti.

Seperti entri yang saya tulis di bawah. Dan seperti yang kalian maklum, Bukan semua yang kita kenali layak dipanggil kawan. Tambahan lagi orang ber'pangkat'.

Ceriakan hidup anda! Nikmatilah hidup kita yang singkat ini sebaik mungkin!

Ulasan

Kujie berkata…
kita ada bahagian kita, dia ada bahagian dia....


p/s- tak aktif FB, kurang gemar cara bersosial di FB
lonelyroseblack berkata…
dunia yang kita anggap bebas, sebenarnya sangat terkepung. soal 'mentaliti' misalnya...

jangan minta sebarang keadilan dalam dunia pada manusia lain, kerana atas dasar 'human being' manusia selalu memilih jalan yang kesasar...

*entah..

mungkin ya, mungkin tidak..apapun, teruskan menulis kak..saya membaca selalu dengan diam suara... :)
Guru berkata…
assalammualaikum

salam ziarah dan salam kenal
terkesan dengan entri ini terima kasih
rudy bluehikari berkata…
marilah saya add kalian. Saya tidak pernah membezakan manusia. kerna apa saja ciptaan Tuhan, ada hikmahnya tersendiri. kalau tidak dia, marilah ke FB saya.
puding roti berkata…
kakak...kakak.. sy ada :) kwn2 yg lain pun ada utk kakak. tak usah peduli yg gemar meramas jiwa spt itu. ya? :)
puding roti berkata…
kakak...kakak.. sy ada :) kwn2 yg lain pun ada utk kakak. tak usah peduli yg gemar meramas jiwa spt itu. ya? :)
puding roti berkata…
ala..byknya kuar..malunya..
Lily Abdullah berkata…
Ala, adik puding tu mesti teknikal problem. Blogspot ni dah 'weng-weng' sejak dia keluarkan template yng cantik2 ni hahaha! :D

Encik Rudy,
T/kasih la banyak2. Kita memang pernah jumpa di GEJU beberapa tahun lepas. Tapi masa tu, kita belum betul2 kenal. Saya berpindah berhampiran bandar kelahiran encik.

Orang kampungnya, sangat berbudi. Cuma saya sedang pelajari bahasanya. Di sini ada internet, tapi asal pukul 8 ke atas pasti terputus-putus. :)

a kl citizen,
Salam kenal juga dari saya. :)

Rose,
T.kasih, kerana selalu membaca :)

Kak Ji,
Lama betul tidak membaca tulisan akak.

FB memang ok. Tapi sikap penggunanya kadang menyebalkan hati.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...