Sepanjang tempoh April sehingga hari-hari terakhir Julai banyak perubahan drastik terjadi dalam hidup saya. Saya kembali berkerja. Kemudian berpindah dan berjauhan dengan orang tersayang. Telefon rosak, ketiadaan kabel internet untuk seketika, kehilangan kucing yang menyerikan hidup saya, kamera digital rosak dan entah apa-apa lagi.
Apabila sudah punya sambungan, internetnya pula sering terputus-putus dan lembab macam siput. Kadang. saya sakit dan kepenatan di malam hari. Rasa takut, asing, sunyi dan terpinggir.
Jiwa saya kacau. Meronta-ronta mahu ke bengkel penulisan. Mahu kembali menulis. Dan saya sentiasa singgah di blog sifu-sifu saya membaca diam-diam. Dalam senyap sunyi.
Di sini, dan inilah cinta saya. Saya penat mengejar waktu. Cuba sedaya upaya mencari jalan pulang. Pulang ke pangkuan cinta hati saya.
Menulis!

Ulasan
Aku sudah mula rasa resah gelisah sementelah masih gagal menulis dengan baik.
Mahu berhenti menulis dan menutup blog, rasa sayang pula.
Sekarang dah ok sikit.
Adik kachak,
Mari berdoa. Moga cepat sembuh :D
nnti kalo tenet lembab lg kakak babab tenet tu. dl sy selalu bt kt tibi kt kg. dr ngeong trs ok kejap lps kena babab :P
Camne nak babab tenet, nak babab modem ke laptop muhahahaha!
akak nak babab pakcik gugel la, tak pun orang2 yg kje kat streamyx :D
Ni, dah abis oparasi pembersihan ke? Operasi betul ye, sampai 'page not found'. Jap akak g tgk, ada ke tak takde hehe...
Sedih sungguh kak..imau akak apa cerita?
salam ramadhan akak lily :)
salam ramadhan too :)
May,
Hang dah beranak pinak yek? Salam ramadhan. kembali menulis ye. :)