Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Reset minda yang kadang kau pura-pura tidak tahu apa patut reset

Nota : Tulisan ini adalah santai-santai, tanpa draf, tanpa suntingan dan sedikit beremosi.
Cuba praktikan ajaran Prof Muhaya "Dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya"  Oh! Saya juga suka fesyen tudung Prof.
- Dunia dalaman saya, menentukan dunia luaran saya -.
Cuti sekolah, beban kerja sedikit berkurangan. Siapa cakap? Tuuu.....stok dan inventori bersepah-sepah kau belum rekod perempuan. 
Saya tengok kawan-kawan ofis, asyik pergi ke Website dan Facebook jual-jual tudung, jubah,tuppaware dan make up2. Saya pula asyik melangkau curi-curi baca blog. 
Pukul 12.00, saya cabut balik sebab dah tak ada sapa-sapa yang boleh dijadikan kawan. Asrama kosong. Rumah warden kosong. Kakak cleaner bailk awal selepas kerja cuci-cuci tingkap selesai. 
 Secebis fiksi untuk melapangkan hati sendiri.
POPPY DAN LELAKI DI KACA TV.
Poppy sukakan dia. Lelaki itu. Lelaki di dalam kaca TV.  Kaca TV yang digelar sesetengah orang sampah tekonologi, masih hidup, masih releven dan sentiasa berinovasi. Lela…

Bukan tentang angin

Catatan kecil untuk kamu

Gerimis senja
selamat turun ke tanah kita
mewakili air mata
barangkali sangkut dalam jiwa
warga Gaza, si yatim Lahad Datu
balu-balu, waris para syuhada
semoga aman dilapangkan dada
menerima takdirNya

Bukit Changgang, Banting
14/03/2013









Mata pena dan kekunci askara

Kadang-kadang kita masih mahu datang dan mendengar ucapan yang pahit, terjal dan kelat kerana kita tahu dia berkata benar. 
Memang orang jenis begini, menyakitkan hati. Tapi kebenaran ucapannya membuatkan kita tercabar untuk melakukan yang terbaik.
Dalam diam, kita mengakui kebaculan diri dan mula bertindak membuktikan kita bukan seperti yang dia katakan.
Nanti, aku tidak perlu membuktikan apa-apa untuk engkau. Tapi untuk aku. Diri sendiri.
* * *
Sewaktu ku mula menajamkan pena seorang guru menitipkan doa dan pesan paling bermakna Bersederhana saja agar kau tak merana mata pena dan kekunci askara tajam belatinya mengalahkan katana

Dia dan secangkir kopi pahit

Dia dan secangkir kopi pahit adalah khayalan paling sakit  adalah realiti walau sedikit
Tak sesiapa mampu, kawan menghalang senja menenun renda menghadang hari bertukar kelam mencincang kepulan aroma kematian
Biarkan sang langit, usah gundahkan ratapannya tak akan lebih kelam tanpa hadirnya malam
Dia
satu-satunya yang mendengar tangisku ketika ku mula berani menyajikan anggur termanis tanpa peduli betapa berat perjuangan saat kaku-kaku jemari kupaksa lurus cuba mengumpil pintu kehidupan
Malam ini malam bersunyi-sunyian pulanglah gapai perjalananterakhir kita pasti bertemu di teluk yang sama saat ruang terakhir mulai kita susuri moga nyala yang indahterangi luar dalamnya dan aku masih berdoa didalam kebisuan ini
Dia dan secangkir kopi pahit adalah khayalan paling sakit  adalah realiti walau sedikit


Formula matematik yang pelik

Lapan campur lapan sama dengan empat puluh tiga.
Lapan hari lagi
Menghitung hari tua dan sisa usia yang mungkin berbaki.
Insya-Allah. Mungkin.
Mengingati mati adalah wajib
Takutkan mati adalah dungu
Melarikan diri dari tua dan kematian adalah kedunguan berganda

...dan enggan lagi aku dalam usia ini menjadi manusia bodoh dan diperbodohkan. Walau kadang terpaksa berpura bodoh untuk menyelamatkan diri dan situasi.



 Mencoba bertahan sekuat hati
Layaknya karang yang dihempas sang ombak
Jalani hidup dalam buai belaka
Serahkan cinta tulus di dalam takdir
ps; Suka liriknya. Teringat Encik Qusnan Jowopinter. Kenapa lah dia tak menulis lagi.

Bermula dengan Basmallah diakhiri dengan selawat ke atas kekasihMu

Tulus dari kerdilnya sang nurani 
jika mahu aku dijemput pulang
undanglah si khilaf ini
penuh penghormatan

Semoga kepulangan
tidak terbeban dosa berlimpahan
Mohon dihijabkan keaiban
berkat keampunan
Rahim dan Rahman sifatMu

Moga hanyir dosa
takkan terbau sampai ke kuburan
Wangian pahala terus seharum kasturi
mekar sepanjang zaman
sehingga dibangkitkan pada hari perhitungan

Amin!