Langkau ke kandungan utama

Kau, aku, secangkir kopi dan kepulan-kepulan nikotin


Barangkali, kerana aku pencinta kopi lalu selalu aku menganalogikan bahawa segala sesuatu yang berkaitan kita adalah seperti kopi. 

Kopi itu hitam dan pahit. Gabungan bersama gula dan susu menjadikan kopi enak dan manis. Tapi yang pasti, kopi itu selalu mengundang ketagihan. Kadang terlebih minum membuat kita berjaga sepanjang malam


Barangkali, di dalam secangkir kopi yang kau cicip ada cinta yang sedang memekat. Kopi itu sebahagiannya, sejujurnya adalah tentang cinta.  Segalanya tentang kehidupan berpusat tumbah kerana cinta. Lantaran itu, aku sesekali tidak akan sempitkan definasinya

Kamu pun tahu. Aku ini bagaimana. Selalu pahit dan sinis dalam berbicara, selalu sulit untuk berbaik sangka dengan orang lain dan selalu bermuka serius saat bertemu orang baru. Tapi kamu selalu, dan masih  senang dengan itu.  Sama seperti kesetiaan kamu dengan kopi.  Kopi hitam yang pahit. Aku selalu membuatmu marah, tapi di setiap baris kemarahan yang ada, kamu selalu kembali kepadaku. Kamu tidak peduli. Sama ada di dalam situasi marah atau senang.  Makanya aku sedar, secangkir kopi dan aku sudah membuat kecanduan yang maha hebat. Atau kau kembali kerana kau sudah tiada pilihan.

Di kotak fikirmu, hanya aku. Aku dan aku. Wah! Betapa kalau ianya benar.

Kamu sangat tahu bahwa kopi sngat buruk untuk mengekalkan keputihan warna gigi Bagaimana pun setiap pagi, kamu selalu meminta disajikan secangkir kopi. Kamu pun selalu tahu bahawa  aku sangat tidak baik untuk selalu kau kenang. Tapi kamu masih dan akan selalu bertahan. 

Kamu tahu bahawa saat kamu menghirup kopi, pekatnya kopi akan terus terasa di halkum meskipun setelahnya kamu cuba mentralisasikan dengan segelas air putih. Kamu pun maklum bahawa saat kamu nanti harus berjauhan, akan ada banyak kenangan yang masih tersisa.

Meskipun kamu cuba untuk meminimakan kenangan. Mengatur hari-hari mendatang dengan gadis baru.  Ya kamu tahu semua risiko itu. Kamu sangat tahu. Tapi mengapa kamu masih bertahan denganku?

Lalu bagaimana halnya dengan rokok yang selang jam tidak pernah lepas dari jarimu kecuali di awaktu kau berdengkur. Pastikan cinta itu adalah sebatang rokok, kamu harus menghisapnya berbungkus, satu persatu sampai habis?  Jika kamu menghisapnya langsung bersamaan dua atau tiga sekaligus, maka rasanya tidak akan nikmat. 

Sama halnya dengan cinta, kamu harus “menghabiskan” satu kekasih dahulu sebelum beranjak pada kekasih lainnya. Benarkah ketika kamu menikmati dua atau tiga kekasih sekaligus, maka kamu akan kehilangan seni mencintai. 

Setiap perokok, aku kira sangat maklum, bahawa jika kamu merokok maka kamu akan terkena kanser, serangan jantung bahkan impotensi.

Kamu maklum, bahawa saat kamu memilih untuk bersamaku kamu akan merasakan sakit hati atas tindakan dan akan merasakan kecemburuan teramat dalam melihatku bersama dia.
Namun, kamu masih kukuh untuk tetap berada di situ. Kamu tahu bahwa rokok dapat menyebabkan impotensi, begitu pula kamu sangat tahu bahwa aku bisa membuatmu “tidak laku” di depan para perempuan, tapi kamu tetap menghisap rokok itu tiap harinya, dan kamu masih setia ada disampingku tiap detiknya. 

Rokok menyulitkan sistem pernafasan, bisa membuat semua organmu tidak berfungsi. Kamu maklum itu. Kamu tapi kamu masih setia dengan sebatang rokok dan seorang aku.  Kita maklum bukan? Tahu saat hari pertama kita memilih mendampingi sebatang rokok maka ketagihan akan menyulitkan kita seumur hidup. Kita, seorang kamu,seorang aku, tahu segala risiko ketika memilih untuk duduk-duduk, minum-minum secangkir kopi dan tempias asap sebatang rokok pada hari pertama kita bertemu.

Nah! Kita pasti tahu betapa sulit ketika dipaksa untuk berhenti mencintai seorang aku, secangkir kopi dan sebatang rokok.

Sebagaimana kita tahu, bahawa seorang aku, seorang kamu, secangkir kopi dan sebatang rokok akan selalu ada menemani hari-hari gelap dan sulit.

 Big Apple. Alamanda Putrajaya.

Nota kaki:
Terima kasih Tuhan. Bersama dia, sacawan kopi dan sebiji donut yang dikongsi dan hari-hari yang memanjangkan usia kami.


Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
hah.... ?

sebatang rokok dan sebatang impotensi?
sepa berkata…
aku suka kopi. :)
Sepa,
Kak pun, kopi dan kopi..

Zam,
Aha..aku pun xtau la..tapi alhamdulillah abg hang tak hisap rokok..masalahnya dia pesen kecanduaan internet.

Mencik jgk aku :P

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…