Langkau ke kandungan utama

Bukan tentang angin



Via carian pakcik Google.com

Angin, mungkin terasa menyejukkan jika hembusannya sepoi-sepoi. Angin juga merupakan sahabat, ketika bermain layang-layang. Angin juga salah satu agen pendebungaan  kata guru sains saya. Angin jualah yang dimanfaatkan oleh burung sehingga mampu terbang selama berpuluh-puluh jam merentasi benua dan  lautan.


Seperti saya, angin jua punya sisi serongnya. Terasa menggangggu jika hembusannya keras, melayangkan semua kertas kerja dan memaksa kita memungut hamburan kertas yang berantakan. Angin dengan udara dingin, mungkin membuat kita jatuh sakit, masuk angin seperti kata orang tua-tua. Angin yang sangat keras, mungkin menjadi badai yang mampu memporak-perandakan bangunan-bangunan dari batu-batu yang berpasakan konkrit sekalipun.


Tapi apa yang dapat dikatakan jika angin yang berhembus lebih dari 100 km /jam kita hadapi sambil berlenggang dan berpayung?


Angin jenis inilah yang harus saya hadapi hampir setiap hari dalam menjalankan amanah tugasan saya. Mengapa berlennggang dan berpayung pada musim angin mengeraskan tiupannya? 


Kepayahan ini sering ditambah ketika hujan turun. Situasi tidak menentu adalah santapan sepanjang kehidupan saya. Tentunya berpayung dengan angin yang sedemikian keras, bukanlah hal yang menyenangkan. Dan payung ini menjadi teman seperjuangan saya setiap kali melawan hembusan angin yang tidak sepoi-sepoi itu.


Moleknya tentang angin, membuat perjalanan sepuluh meter terasa seratus meter. Jadi bayangkan jika angin berhembus dengan kelajuan ratusan kilometer dari pelbagai arah. Tersungkur saya yang kerdil ini, payung mungin berterbangan, rosak dan koyak.  Barangkali lebih aman meredah angin dan hujan tanpa payung. Meskipun bukan bererti perjuangan melawan angin sudah tamat.  Saya pernah jadi bahan kutukan, kerana meredah angin  dan hujan tanpa payung. 


Sempat terlintas di fikiran  kenapa angin selalu datang dari arah yang berlawan dengan arah yang saya tuju. Ketika saya belok ke kiri, ada angin dari depan, ketika berbelok ke kanan, tetap juga ada angin menghalang dari depan. Jarang sekali ada angin yang datang dari arah belakang, dan mendorong saya ke arah yang tidak kontras. 


Sampai pernah saya  terfikir, angin di sini memang ingin menyulitkan hidup saya. Padahal tidak ada dosa pada si angin tersebut. Dengan penuh keinginan mahu tahu, maka saya mulai mengamati arah angin 


Tekaan saya bahawa angin selalu datang dari arah kontras ternyata salah. Kadang saya merasakan ada dorongan yang membuat saya melangkah seratus meter ke hadapan   Selama ini, saya menutup mata dari mengakui faedah tiupan angin dari arah yang berlawanan. Saya memprotes tiupan angin yang datang. Yang lebih saya perhatikan adalah angin yang mendatangkan kesulitan daripada angin yang menolong saya.



Kemudian saya sedar, bahawa kehidupan manusia sememangnya begiini. Banyak protes  dan keluh kesah ketika kesulitan menghalangi jalan. Jarang bersyukur kdan tidak sedar ketika mendapat berkat atau pertolongan. 


Seringkali saya merungut kepada Tuhan bahawa kehidupan saya terasa berat dan banyak hal yang merintangi jalan. Pekerjaan atau urusan yang tidak lancar, banyak masalah, bahkan beribadat untuk Tuhan pun tidak terlepas dari ujian. Meskipun tanpa saya sedari, banyak berkat dan pertolongan dari Tuhan. Tidak sedikit dorongan ‘angin belakang’ dari Tuhan yang saya lupakan dan abaikan. ‘Angin’ tersebut justru menolong saya, menolong saya melangkah pantas. Sejak saat itu, saya belajar bahawa angin dari depan yang sering menghalangi jalan kita akan selalu ada, akan tetapi ada pula angin dari belakang yang mendorong dan memacu perjalanan.


Dan bukankah itulah indahnya hidup, terutama hidup bertemankan kepercayaan kepada Qada’ dan Qadar Tuhan.

 Nota kaki:
Jumaat - pada hari payung rosak & hati sedang galau

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
elok benarlah tu...
malam ini akak bercerita tentang angin.

esok pagi, jam 8.30am, aku keluarkan tentang ribut pula....
Kejap akak pergi baca entri yang sebelumnya dulu. :)
makissa berkata…
pernah berpengalaman meredah hujan tanpa payung sedang payung dijadikan tongkat mengimbang langkah melawan angin :(
sepa berkata…
kadang2 saya angin satu badan. :)
Sepa,
Kadang tidak apa, selalu badan sendiri jugak sakit hihihi..

Adik,
Untuk meneruskan langkah agar tidak tumbang, perlu kreativiti + doa :)

Begitulah kita sebagai OKU. Bukan kita sahaja, org lain pun sama juga.
-hazen berkata…
cinta tak boleh disamakan seperti angin, dia datang dan pergi bila mahu.

datang menyejukkan, pergi tanpa kesann huuu
Hazen,
Cinta tak kesampaian macam angin kut..entah :)

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…