Langkau ke kandungan utama

Bermula dengan Basmallah diakhiri dengan selawat ke atas kekasihMu

Via carian Google.com
Tulus dari kerdilnya sang nurani 
jika mahu aku dijemput pulang
undanglah si khilaf ini
penuh penghormatan

Semoga kepulangan
tidak terbeban dosa berlimpahan
Mohon dihijabkan keaiban
berkat keampunan
Rahim dan Rahman
sifatMu

Moga hanyir dosa
takkan terbau sampai ke kuburan
Wangian pahala terus seharum kasturi
mekar sepanjang zaman
sehingga dibangkitkan pada hari perhitungan

Amin!

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
Aku jua...

Aminnn.....
Terima kasih. Aku draf entri ni tadi. Malm ni, tiba2 saja sakit dada macam nnak abis nyawa rasnya.

Tolong aminkan doa aku, kawan maya. :)
makissa berkata…
aminnn... sesak nafas baca entry ni. tapi kita hanya manusia biasa juga kan kak.
gadis kaca mata berkata…
Amin..
Untuk mu dan untuk ku jua, kak..
Adik,
Akak kadang sesak nafas,tak sempat teringat Tuhan bila ujian menimpa.

Gadis kaca mata,
Amin jua untuk mu dan untuk kita semua saudara seagama.00
Aya Yus berkata…
Amin... untuk kita semua. :)

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…