Langkau ke kandungan utama

Reset minda yang kadang kau pura-pura tidak tahu apa patut reset

Nota : Tulisan ini adalah santai-santai, tanpa draf, tanpa suntingan dan sedikit beremosi.

Cuba praktikan ajaran Prof Muhaya "Dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya" 
Oh! Saya juga suka fesyen tudung Prof.

- Dunia dalaman saya, menentukan dunia luaran saya -.

Cuti sekolah, beban kerja sedikit berkurangan. Siapa cakap? Tuuu.....stok dan inventori bersepah-sepah kau belum rekod perempuan. 

Saya tengok kawan-kawan ofis, asyik pergi ke Website dan Facebook jual-jual tudung, jubah,tuppaware dan make up2. Saya pula asyik melangkau curi-curi baca blog. 

Pukul 12.00, saya cabut balik sebab dah tak ada sapa-sapa yang boleh dijadikan kawan. Asrama kosong. Rumah warden kosong. Kakak cleaner bailk awal selepas kerja cuci-cuci tingkap selesai. 

 Secebis fiksi untuk melapangkan hati sendiri.

POPPY DAN LELAKI DI KACA TV.

Poppy sukakan dia. Lelaki itu. Lelaki di dalam kaca TV.  Kaca TV yang digelar sesetengah orang sampah tekonologi, masih hidup, masih releven dan sentiasa berinovasi. Lelaki itu, apabila bercakap tentang Rasul, mukanya bercahaya. Matanya berkaca-kaca. Kegembiraan terpancar di wajahnya, setiap kali dia menyebut nama Muhammad SAW. 

Non Muslim seperti Poppy, adalah tidak begitu ajaib jika tidak tahu dan atau benar-benar mengeanali siapa Rasul akhir zaman.  Sedangkan yang mengucap syahadah pun sekadar ibadah ikut adat, pun gagal mengenali dan mencintai manusia istimewa ini.

Poppy pandang Andrew, teman serumahnya. Sejak mutahir ini, Andrew dan isi rumah ini sungguh membosankan. Kesunyian dan kesepian mereka berlawanan sesama sendiri. Rumah yang mereka beli, hasil dari menjual kehidupan mereka tidak lagi menjadi rumah yang aman.

Kunyahan coklat yang berkeping-keping tidak juga meredakan kesedihan.

Pagi itu, Poppy datang bertanya saya. Macam-macam tentang Islam. Saya yang kurang fasih tentang agama sendiri termalu-malu. Takut tersalah infomasi.

Lantas saya petik kata-kata yang saya dengar entah dari mana-mana ceramah.

"Kebahagian hakiki adalah apabila anda berjuang mengenepikan 'dunia'  dari ruang hati."

Dalam cahaya yang berbalam-balam, di sebalik cermin yang retak entah bagaimana saya melihat bayangan saya adalah Poppy.

Bagaimana ini? Di kad pengenalan dan paspot serta sijil kelahiran saya tertera nama Soffiyah Hanim Binti Abdullah.  Lelaki yang saya nikahi itu, bukan Andrew. Nama suami saya Ahmad Iskandar bin Abdul Salam.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...