Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

Obsesi terhadap langit

Netty si bidadari patah sayap sangat gemar mendongak. Melihat langit. Kadang cerah, kadang malap. Sekarang asyik malap kerana langit Disember asyik meruntuhkan hujan.  Dahulu, ketika kecil pertama kali diberitakan ada sorga; dia sangka sorga ada di atas sana.

Kini, dia tahu.
Sorga ada di dalam hati
Neraka pun sama
Ok! Ini metafora.
Sorga dan Neraka cuma ada dalam pengetahuanNya.
Dia takut dilebel sesat.  Netty takut masuk neraka
Apatah lagi, apabila petanda-petanda kiamat saban hari bisa dilihat. Ada pula ramalan kiamat sudah dekat

Realiti & Escapism

Penghujung Disember.  Ribut dek tangisan langit yang enggan berhenti.  Barangkali seperti mana Netty si bidadari patah sayap menangisi diam-diam takdir yang Tuhan ujikan untuknya. 
 Ayuh! Sedikit cuma. Sekelumit musibah buat kafarah dosa.  Ya Tuhan! Netty berdoa. Jangan sampai dia patah hati. Kufur nikmat. Ayuh, jadilah jentayu. Patah sayap bertongkatlah apa yang termampu.
*****

Hujan berhenti saat Netty merenung seekor merpati. Loceng-loceng kecil yang tergantung di pohon berusia ratusan tahun sedikit basah namun masih bergemerincingan.
"Aku akan pergi,"Ucap lelaki separuh abad itu kepada Netty. Lelaki asing separa beruban menyambung pengucapannya. Katanya dia bakal melewati lautan dan hutan-hutan.   Mungkin hinggap di kota-kota tanpa penunjuk arah.      
 "Apakah kau mau menitip pesan? " Dia masih mahu berbicara dengan Netty
"Katakan aku bermimpi, tidur di bahunya. Dalam keretapi yang meluncur laju" Netty menjawab. Perlahan. Seakan bergumam. Sungguh!
Mutakir…

Hujan dan engkau yang pergi

Hujan dan kita cuma perlu dua cangkir kopi panas untuk mabuk-mabuk cinta bersama.
Hujan dan kita sekadar perlukan sekaki payung kertas untuk bersiar-siar bersama.
Atau kita boleh meredah rintiknya dan kebasahan bersama.
Esok, kita akan bersama mencari paracetamol, antibiotik dan priton dari farmasi atau premis tujuh sebelas
Hujan, dan kita boleh pilih selimut tebal untuk baring-baring di bawahnya; dan kucing kesayangan kita menumpang di antaranya.


Tapi!

Kau pilih untuk merewang entah ke mana-mana dan meninggalkan aku dengan sebuah laptop yang maha bisu. Aku masih berharap, masih bermimpi tentang engkau.
Hiroshi 


ps : salin tampal dari blog konon2 rahsia tu. :p

Dunia Palsi Serebrum

Dunia kita adalah 
sunyi dalam riuh
yang enggan luruh

Beginilah dunia kita
diam, walau adasejutacerita
sejuta resah tidak terzahir
lesu menanti,jemu meminta
moga ada yang mahu mendengar

Dunia kita seharusnya
dunia ceria  dan berwana
dalam tari dan gerak
kadang perlahan,separa kaku
dan berjeda

Harus tahu
bagaimana dan bila
untuk tersenyum tertawa
kunci kepada bahaagia
di atas nikmat cinta
anugerah Tuhan paling berharga
bergelar nyawa

Dunia kia adalah
dunia jarang dimengertikan 
sebahagian dari mereka.






ps: Entri terlewat sempena Hari OKU  Sedunia 2012

Disember, aku datang - Netty

Masih dengan rasa rindu yang paling dalam. Di mana lagi harus dikongsi sebahagian rasa kecuali di halaman ini. Dan, di luar sana, suaranya seperti selalu.  Langsung tidak lagi diperdulikan. Netty mendongak.

Langit Disember masih serupa dua bulan terdahulu. Murung dan kelabu. Aspal basah melembabkan sepatu dan memperlahan langkah. Netty datang.  Fizikal masih sakit dan lesu.  Namun dia masih mampu untuk tersenyum.  Netty percaya teguh.  Satu musibah Tuhan ujikan, seribu kesenangan akan menyusul kemudian.


ps: taip patuh ayam guna tangan kiri.