Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

Siaran semula Cerpen"Pelangi Cinta Watanabe"

Bukan mahu berbesar diri, tetapi cerpen "Pelangi Cinta Watanabe" saya disiarkan kembali di halaman ini semata-mata menghormati permintaan sifu saya - Sifu Azmah Nordin. Moga-moga yang tidak sempat membacanya dan rakan-rakan sekelas maya saya memperolehi munafaat dengan siaran semula di sini. Saya juga berharap ada kritikan yang membina; maklumlah saya budak tua yang sedang bertatih dengan pena. MALAM itu dingin. Gelap kehitaman menempel pekat di dada langit. Bagai contengan rona hitam yang dipalit-palit tanpa tujuan di atas kanvas siang tadi. . Gelap dan pekat kehitaman memyiram mana-mana posisi yang diingini. Kedinginan begitu menyentak tubuh. Ninnie cuma bersendirian. Dia seolah mendengar langit gelap berbisik, “Dia telah membuatmu menangis, adakah kau mahu terus mencintainya?” Ninnie bungkam. Dia masih mendongak ke langit yang gelap. “Wahai bintang, apakah kau meninggalkan langitmu malam ini?” Angin berhembus semakin perlahan dan kedinginan semakin teras

Sepasang tangan ini

Sepasang tangan. Di antara anugerah Allah SWT yang paling nikmat. Kalau anda kehilangannya; atau keduanya tidak berfungsi seperti yang anda inginkan anda akan tahu bagaimana rasanya. Sebagaimana Tie, Siti, Neesa, Alia(dan lain-lain yang tidak saya sebutkan namanya di sini). Kerana saya mengerti sepasang tangan seorang manusia Cerebral Palsy juga begitu. Saya hanya mengetik askara menggunakan dua jari untuk menghasilkan ini. Terima kasih untuk Sifu Azmah Nordin Rakan-rakan AVA yang mendorong Puan Nisah Haron Rakan-rakan blogger yang mengunjungi blog di waktu terang dan di waktu kelam Terima kasih untuk Encik Marsli N.O. yang di awal-awal pagi mengirimkan saya sekalung tahniah.

Sampah-sarap dunia maya

Setiap kali saya klik perkataan'cerita' maka pakcik gugel secara automatiknya menyarankan beberapa cerita teeeeeeeeeeeeeet. Saya pun menjadi corius walaupun saya tahu coriusity will kill the cat. Saya kik satu laman saranan pakcik gugel. Rasa macam nak menyumpah seranah. Kenapa laman-laman seperti ini tidak dipantau oleh pihak-pihak berkenaan? Kenapa tak dengar pun orang buat laporan polis? Kenapa? Saya syak pakcik gugel gila sex juga agaknya Sama macam penulis-penulis yang suka menulis cerita teeett itu. Sama macam pembaca-pembaca yang suka viewed laman teeeeeeeeet itu. Ini tak boleh tulis lebih-lebih lah kan? Nanti saya ke 'dalam' pula. Cuit sikit pasal isu OKU pun sudah dimarah orang!

Maskara 19 dan teman-teman yang kita suka

Setiap kali pakai ke Maskara, warna acaranya tidak pernah menghampakan saya. Dan ini foto-foto bersama kawan-kawan yang kita suka.(yang lain boleh tengok Facebook) Cik Puan Daun sudah bertiga sekarang :) Foto di bawah Zhafir Mus Wahyudy Zhafir lagi Dila Raden Akak Ungku Nor(dia sudah tutup blog) ******* Encik Pyanhabib dengan 'lancar'nya,(jangan marah bang hahaha !) melancarkan produk terbaru Sindikit Soljah - Siapa Kekah Bidan Sepiah. Lihat aksi-aksinya dan kucing digunakan sebagai 'prop' bagi menggantikan 'harimau' yang enggan dipinjamkan oleh pihak Zoo Negara. Lain kali, jika ada apa-apa naskah yang mahu dilancarkan, jemput Encik Pyanhabib. Ini asyik-asyik jemput menteri . Saya belum sempat mengkekah apa-apa lagi kecuali Jurnal Sulong Soldadu kerana saya secara sukarela menyumbangkan dua cerita kontot di dalamnya. Intro oleh Encik Dean Sham sangat cantik. Saya fikir beliau mahu mempersembahkan kabuki. Saya ada juga fikir-fikir, jika rumah saya di sebelah

Demi

Kadang demi menjaga santun aku terpaksa membenamkan amarah mengurung luka dan menjadi seketul batu atau boneka atau bisu seketika Diam! PS: Jawapan kepada enteri di bawah(dan entri seumpamanya)