Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

Catatan dari sebuah tren komuter

Beberapa hari, aku berulang-alik memasuki perutmu. Berhimpitan dengan lautan manusia - aku tidak menemui kemanusiaan di dalammu. Sekurang-kurangnya jika bukan untukku, untuk seorang anak kecil yang dipaksa berdiri. Terhimpit di tengah-tengah perutmu. Catatan perjalanan 22-24 Disember 2009 (ketika berulang alik menduduki peperiksaan akhir semester 2009).

Catatan terlewat dan terpinggir sempena Hari OKU Sedunia

Hari OKU Sedunia - beberapa sisi cerita terpinggir. Ini adalah cebisan cerita sisi gelap bergelar OKU. Media-media tempatan jarang melaporankannya. Dan, yang sentiasa ada dalam kebanyakan laporan adalah kejayaan insan-insan istimewa dan selebriti seperti saudari Ras Adiba Radzi. Atau kejayaan athlet-athlet paralimpik seperti Encik Suami. Kadang cerita saya sendiri. Ditinjau dari satu aspek, ianya merupakan perkembangan positif. Saya memahami, tujuan media mainstream. Wartawan, editor dan warga kerjanya mahu memaparkan sesuatu yang ‘manis’ supaya kejayaan kami dicontohi oleh rakan-rakan senasib yang lain. Seringkali juga, kita mendengar kisah-kisah bagaimana ibubapa yang dianugerahkan anak-anak istimewa, tetapi tidak tahu cara mengendalikan anak-anak ini. Saya adalah antara insan bertuah, di mana Allahyarham abah dan mak(semoga Allah panjangkan usia mak dan menempatkan abah di kalangan solihin) kerana saya dibesarkan dalam keadaan semulajadi. Dicubit mak ketika perlu, dimarahi abah keti

Akhirnya!

Akhirnya, merasa sedikit bertuah mampu melangkah perlahan-lahan. Sedikit ke hadapan setelah bertahun-tahun bertatih di dalam diari-diari usang dan blog. Permulaan yang cukup bermakna untuk melangkah ke tahun baharu. Rujuk blog AVA untuk maklumat lanjut. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menunjuk jalan. SALAM AIDILAHDA! PS: Jika ketemu nama Lily Mariana Abdullah di mana-mana media arus perdana, sila maklumkan saya.

Warkah ringkas buat anakanda yang gagal memperolehi 5A dalam UPSR

Telefon genggamku bernyanyi-nyanyi pada tengahari itu. "3A 2B saja, Chaq" kau kata via sms. Aku pasti ada nada kecewa dalam khidmat pesan ringkas itu anakku. Tidak mengapa anak. Paling penting kau telah cuba dan berusaha. Kebijaksanaan bukan sekadar diukur di atas kertas dan sijil. Aku cuma mahu kau pandai menjadi manusia sayang! Bukan sekadar menjadi pandai. Usah putus harap. Harimu masih panjang. Insyallah.

Sila marah, jika tidak setuju!

Aku tidak berselindung kawan. Aku cuba menjadi diri. Aku tayangkan wajahku di sini. Aku bogelkan segala isi hati. Aku tidak mahu menjadi penakut lagi. Tolong hentikan tuduhan palsu! Aku tak cari nama di sini. Aku tidak terikat dengan mana-mana parti. Merah,biru dan hijau sama sahaja. Semua itu bukankah warna semata? Persatuan? Pergi matilah! Bangsaku hanya akan bersatu untuk dua perkara sahaja. Satu, kenduri-kendara. Alasan mahu melantak kenyang-kenyang dan isi perut hingga penuh. Dua, kematian. Takut jenazah busuk dan berulat! Untuk perkara-perkara lain kita macam enau dalam belukar. Sila marah, jika tidak setuju! Marah yang santun! Marah yang comel! (Ditulis sebab geram melihat senario politik semasa. Bukan sebab hujan ya!)

Filem kadang memberi inspirasi

Kadang waktu kita terasa mahu tersungkur jatuh dan patah hati, ada sahaja jalan yang Tuhan tunjukkan untuk kita kembali bangun. Sebuah filem bukanlah apa-apa bagi sesetengah orang. Mungkin hanya fiksyen yang mengarut-ngarut. Tapi filem yang saya tonton di saluran HBO petang tadi amat bermakna buat saya. Sekadar mahu berkongsi. Barangkali ia juga bermakna untuk anda. Sayang, saya tidak pandai mengulas filem. Bukan bidang saya. Sekadar mengkagumi semangat Brad Cohen . Tourette Syndrome tidak jauh perbezaannya dengan ketidakupayaan yang saya hadapi. Brad Cohen berjaya melaluinya dan tidak membiarkan Touretee membataskan langkahnya. Filem Front of the Class berdasarkan kisah benar lelaki ini. Selamat menonton! Dan kadang kala, saya tertanya ke mana arah tuju industri perfileman negara. Kenapa tiada seorang pun yang mahu mengangkat kisah-kisah seperti ini ke layar filem. Takut rugi? Maka cerita-cerita jalang diangkat ke layar. Jual dan bikin untung!

Kalau saya buka mulut, kamu kata saya pembangkang

Suatu pagi. Saya tergerak hati untuk membuka pintu lebih awal. Dari koridor rumah, pandangan saya tertancap pada blok kuartes hadapan. Lelaki bujang lewat usia itu, teraba-raba menuruni tangga. Benar, kuartes kerajaan kebanyakan penghuninya adalah mereka yang berkhidmat untuk orang kurang upaya. Dari pembantu rendah awam, tenaga pengajar sampai ke pihak atasan. Kakitangannya pula, cuma minoriti oku. Rumah-rumah yang disediakan untuk pegawai banyak terbiar kosong. Begitu juga, rumah-rumah kuartes. Rumah yang kami diami, tidak kira oku atau mereka yang sihat fizikal adalah kuartes empat tingkat tanpa lif. Bayangkan yang berkaki palsu menaiki tangga. "Aduh! Nak tercabut kaki saya kak..." Selalu saya dengar Dee merungut setiap kali naik turun tangga. Ada teman-teman saya yang bertandang, terpaksa merangkak untuk naik ke tingkat tiga. Abang yang tidak dapat melihat itu. teraba-raba meneruni tangga. Kadang saya perhatikan ada anak-anak jiran yang memimpin tangannya. Anak-anak lebi

Jawapan kepada komentar di entri bawah.

Oke, dia sudah bungkus semua masalah dan kesedihan dan serahkan kepada-Nya. Dia yang di Atas lebih tahu. Nak sambung tulis cerita-cerita yang terbengkalai. Tugasan? Ye..ada sesiapa sanggup buat untuk dia. Dia sanggup upah haha! :p Semalam kucing dia menghilang selama tiga hari. Itu yang buat dia jadi emo. Tak emosional, bukan perempuan la kan? Terima kasih semua. Kerana dia tiada kawan untuk berkongsi duka. Jadi dia berkongsi di sini sahaja. Bersama teman-teman yang sentiasa memahami. Yang tak suka, sila jangan baca. Tutup sahaja tetingkap itu. Maaflah! Dia tidak tahu tulis isu-isu besar. Jadi dia tulis sampah-sarap sekadar meredakan kegusaran hati. Iklan: Salun Eksotikata masih di tangan. Kalau boleh jual semua, lepaslah duit dia mahu bayar yuran ke bengkel (Rujuk pautan blog AVA untuk maklumat lanjut). *senyum*

Anak

Dia kata, sangat lelah asyik memenuhi tututan-tuntutan orang lain. Misalnya, sudah kahwin sangat-sangat perlu memiliki anak-anak. Walau Encik Suami tidak kisah, dia tetap risau. Walau dia tidak tidak kisah, dia tetap risau memikirkan mulut-mulut 'puaka' saudara-mara dan jiran tetangga. Misalnya: "Orang dukung anak, kau asyik dukung kucing" Sambil Puan X tersenyum sinis pada dia. "Beranak la cepat, nanti laki kau cari lain" Sambung Puan Y. (Kenyataan paling auta) "Dah masuk 4 tahun, takkan nak 'honeymoon' lagi kut?" Soalan gampit Encik B "Oke! Aku perempuan mandul. So, apahal. Ada kena mengena dengan kamu ke?" Dia ingin jawab semua soalan itu dengan ayat yang paling gampang. Tapi. "Belum ada rezeki kami lagi" Ayat ini pula yang keluar. Memang mulut dia tidak tahu celupar. Sambil dia tersenyum kelat! Kadang dia suka tengok foto-foto seperti yang di atas. Kadang dia rasa sedih sangat. Sangat sedih! Cepat-cepat dia viewed

Spontanues!

Lama tidak bersuara di halaman ini. Tangan pun mula terasa gatal hendak menulis pula. Sebetulnya saya sibuk. Walau saya bukan PM, kesibukan saya adalah memberikan keutamaan kepada sesuatu yang benar-benar perlu dilakukan. Ya! Menyiapkan apa-apa yang perlu sahaja. *senyum paling manis untuk anda* Saya sudah tidak mahu sekadar bersuara di sini cuma. Saya mahu lontaran kata saya melantun lebih jauh. Tapi hari ini, saya nak membebel jugalah. Isu yang telah lama saya tinggalkan. Bukan saya lupa asal saya. Saya sedar motif awal saya memblog adalah kerana isu-isu sebegini. Nak marah-marah, angkat-angkat sepanduk pun tak guna. Bak kata orang utara "pi mai,pi mai dok tang tu juga". *senyum sumbing/sinis* Hello untuk majikan-majikan yang menggaji OKU(tak kisahlah awak dari sektor mana pun, sama saja kan?) Walau janji kamu manis macam gula, tindak-tanduk kamu kadang macam orang gila kuasa. Saya faham okay!...Motif kamu sebagai majikan tentulah nak tingkat produktivi, tambah kualiti. M

Mohon Maaf

Blog puisi dan fiksyen saya ditutup atas nasihat perundangan yang saya terima. Saya akan membuat jemputan kepada individu tertentu sahaja. Maaf!

Mari bunuh rama-rama

Mungkin kerana terpengaruh dengan ajaran-ajaran terpesong Jimmy Mahmud , Teh Junaidah dan Alina (mereka adalah pari-pari motivasi aku); maka aku dengan ghairah sekali mahu baca sajak depan khalayak. Maka aku gugel tip-tip deklamasi dan ternyata praktikal tidak berapa menjadi. Dan di pelantar perut aku sekarang semakin banyak rerama berterbangan. Okay! Mari bunuh rama-rama. Aduh! Semakin banyak yang datang. Poster: Cilok dari blog Sufian Abas. Nota kaki: Wahai pari-pari, pinjamkan aku sayap. Kerana aku mau baca sajak paling seksi.

Temuduga

Baju baru paling ummp! - RM40 Tudung ala Ekin - RM40 Beg tangan buruk - RM35 Kasut raya lepas - RM20 Kos foto dan salinan sijil - RM10 Jawatan temuduga - rahsia Jawapan temuduga - ada rezeki adalah nanti Pengalaman pahit manis - tidak ternilai Kata bijak pandai, hanya orang dungu akan berhenti berharap.

Saya cuma mencatat

Mardhiah Yusuf mengulas sajak saya yang Encik AJ katakan menyelak kain itu. Saya gembira kerana, ada yang mengerti bahawa saya hanya pencatat dan pemerhati. Bagaimana pun saya tetap menghormati pandangan Encik AJ kerana bagi saya berbeza itu keindahan. Boleh baca ulasan Mardee di lamannya - di sini . Malangnya sajak tersebut, tidak termuat di naskah SE kerana dicatat selepas naskah tersebut dalam proses suntingan mungkin. Mungkin saya akan membacanya di acara Salon Nikotina.(Sila rujuk blog Sufian Abas)

Mohon Maaf

Mohon maaf kepada pengunjung setia blog-blog saya. Blog-blog saya mungkin tidak akan dikemaskini untuk satu jangka waktu yang agak panjang. Terima kasih kepada pembeli, teman-teman yang menempah dan sudah pun memiliki selonggok sajak tanpa metafora SALUN EKSOTIKATA, teman-teman blogger yang mengiklankannya secara sukarela lagi percuma. Tidak lupa juga yang mengulas di halaman sosial Facebook. Mungkin ada satu dua rencana mengenainya di media arus perdana. Bukan saya merajuk hati kerana naskah yang masih banyak di tangan saya. Cuma saya mahu berehat, mengatur semula keutamaan saya; antara yang minat dan yang membolehkan saya menjana pendapatan. Terima kasih kepada yang tidak jemu-jemu menyokong dan berkunjung.

Salam Aidilfiri

Catatan-catatan yang ringkas-ringkas sebelum kepulangan hari ini jam 11.00 am. Destinasi, sebuah kampung yang sering ditengelami air kerana sistem perparitan yang teruk walaupun hujan lebat turun selama sehari tanpa henti. Kenderaan, dengan tambang paling efektif (kata bapak menteri) ;walau kenaikan berlaku setiap kali musim perayaan. Sibuk dan kesibukan yang entah apa-apa, tiba-tiba menjadi seolah gerila perang yang paling ganas menyebabkan aku ketandusan idea mengemaskinikan blog, kecuali laman sajak. Sajak/puisi merupakan cara paling ringkas mendokumentasikan pelbagai emosi dan peristiwa. Sewaktu Coco kutinggalkan di klinik veterina semalam, terasa seolah aku seorang ibu yang paling kejam. Meninggalkan bayi luar nikah di dalam tong sampah. Selama sepuluh hari, tentu montel badannya susut. Ia bukan kucing yang sukakan makanan palet. Coco sukakan kembung rebus atau tulang-temulang, kaki-kaki ayam yang aku borong di pasaraya Mydin Putrajya dengan harga yang paling murah. Kucing-kucing

Suatu malam Ramadhan

Suatu malam Ramadhan entah mengapa mata tidak dapat aku lelapkan. Sulit sangat terpejam. Aku pulas-pulas tombol radio buruk dengan empat beteri yang hampir putus nyawa. Bosan. Tiada satu pun menarik perhatian. Udara panas, tambah rancak mengganas. Tambah gelisah dan mood mahu tidur hilang ditelan udara panas dan nyamuk-nyamuk rancak berdendang di tepi telinga. Aku melirik ke arah jam dinding. Sudah dini hari. Tiba-tiba teringat akan malam ini lima belas purnama. Bulan pasti terang dan cantik. Aku bergegas keluar ingin menyaksikan kalau-kalau ada bintang jatuh. (Sebenarnya, aku mahu tengok kalau-kalau ketemu Lailatul Qadar, katanya pohon-pohon pun sujud ke tanah; menyembah Yang Esa). Zaman anak-anak, tidak banyak yang kita tahu. Benar! Tapi bukan bintang yang jatuh. Ada seekor ibu kucing yng comel dibuang di hadapan rumah. Bersama lima ekor anaknya. Anak-anak mengiau-ngiau minta disusukan, sedang si ibu mengiau kelaparan. Kasihan! Aku ambil lebihan makanan Cutie, lalu ku hulurkan pada i

Sudah Terbit: SALUN EKSOTIKATA

“Menurut kata Cina printer, buku tersebut akan siap dicetak pada 17 atau 19 September. Dan, oleh kerana 20 September tu kita dah nak raya dah - kami percaya, anda semua tak akan peduli pun kalau disuruh datang ambil buku ni pada tarikh tersebut, ha ha.” ~ Tuan Jenderal Sindikit Sol-Jah~ Via email . Kepada peminat puisi penulis-penulis lain, jika mahu menempah dengan saya,anda dialu-alukan. Untuk makluman, buku kompilasi /antologi puisi ini akan berada di tangan saya selepas hari raya. Jadi, mulai sekarang (jika anda berminat memiliki) sila kumpul duit raya sebanyak mungkin. Tempahan boleh dibuat sekarang melalui email sicksadcity@yahoo.com dengan kata kunci “ SAYA MAHU SALUN EKSOTIKATA” dengan menyatakan nama, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi. Harga pasaran (ketika sorokan gula berlaku) adalah RM15.00 senaskah. Jika anda mahu sampai laju dan selamat, tambahan kos pos-mengepos adalah di bawah tanggongjawab anda. Di pihak saya, cuma ada 21 naskah yang bakal dijual; di mana 4 na

Putus sudah

Hidup perpasangan dengan ikatan perkahwinan membuatkan kita gembira walaupun ia kadang melukakan. Ikatan itu istimewa dan hanya anugerahkan kepada orang yang bertuah. Perkahwinan kadang ibarat pasu antik; sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh dan pecah berderai. Anugerah yang bernama perkahwinan, sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Bisa sebaliknya jika tersalah tempat. Dan engkau tuang asid hydrochloric pekat ke atasnya. Perkahwinan bukanlah kata-kata tetapi berdiri teguh bersama segumpal ikrar dan tanggongjawab. ************ Suatu hari kau dan aku duduk-duduk berbicara kosong. Waktu rehat jam sepuluh dua tahun yang lalu. “Kak, dia terlalu baik untuk aku. Banyak berkorban. Enam tahun baru kami dapat berkahwin kak! Itu pun kami kongsi wang hantaran” Aku dengar dan kau menyambung “Walau aku macam ni (kau maksudkan kita satu species – kurang upaya dengan CP) dia masih sudi terima aku seadanya.” Aku ingat hari perkahwinan kalian kawan. Dia bergaya sakan bergamba

Sekadar catatan yang terjah-terjah - Kenapa saya blog

Kata orang bila kita masuk terowong MRI, rasa macam masuk lubang kubur atau dalam keranda. Entah! Aku belum pernah masuk dalam keranda. En_Me pesan via komentar entri di bawah, sebelum terjadi sesuatu aku kena jawab tag dari dia dulu. Nah! Aku sudah jawab secara ringkas. Aku tau kau mesti tidak puas hati, tapi aku tengah senang-senangkan hati menunggu tarikh masuk keranda MRI. Tarikh belum ada, jadi aku masih boleh berpoya-poya dengan kalian hahaha! Ada yang bagi award, maaf aku tak sempat ambil kawan-kawan! Award lama pun tercampak ke mana setelah blog aku bertukar cat. Selamat menyambut Ramadhan kawan-kawan! Aku tag Khairy Jamaluddin(Rosmah Mansor pun oleh juga) sebab dia hensem...voolley Me? hahahaha!

Sebuah coretan yang terjah-terjah - siri 2

Pada suatu hari dalam tahun 2009, dia terjumpa suatu catatan lama yang berbunyi begini: Sejak akhir-akhir ini, gua asyik fikir pasal mati. Umur sudah 33, paling lama gua boleh hidup mungkin 20 atau 30 tahun atau kurang. Atau malam ini atau sekejap lagi. Sebelum gua pejam rapat mata dan tak buka-buka-buka lagi gua ada satu permintaan. Eh! banyak sebenarnya. Satu, gua harap gua mati kemudian, biar gua boleh jaga abah dan mak dulu. Gua kena mati kemudian, sebab gua takut Khadijah sedih ditinggalkan kakaknya. Walau gua dan Khadijah macam anjing dengan kucing, gua sayang dia ya amat woo! Wa cakap lu!” Lagi satu gua, belum boleh mati sebab gua belum kawin. Hahaha! Gua sangat musykil ada ke yang nak ke gua nih?” ~20/4/2003~ Dia terpisat-pisat. “Eh!Betul ke aku pernah tulis begini?” Hahahahaha! Rock gila...dalam rock syahdu pun ada! Sampai entri ini ditulis, usia dia dipanjangkan lagi. Dia sudah ada pakwe rempit, yang boleh diajak ke mana-mana kecuali ke bulan.

Kak, bertabahlah

Hari ini, bangun pagi. Belum sarapan. Buka blog. Nampak komentar kakak ini. Baca entrinya . Tanpa sedar, airmata tiba-tiba mengalir. Ah! murahnya airmata pagi ini. Ramalan cuaca di dalam hati hari ini diramalkan moody . Kak, bertabahlah! Aku pun dalam kesakitan juga. Menelan ubat-ubatan sehingga naik loya tekak juga. Tapi selagi ada kurnia bernama nyawa, kehidupan tidak harus diisi dengan berduka sepanjang masa. *nangis* 8.59am Maaf, aku tak telefon. Takut ganggu kamu kak! Sekali lagi kak, bertabahlah! Doa sahabat dan saudara terdekat mengiringimu. Dan Allah akan melindungimu. Moga kau selamat kak, Ya! kita tahu. Tahu amat. Tiada siapa pun sempurna! Selain dariNya.

Sebuah coretan yang terjah-terjah

Rasa macam ingin menulis suka-suka hati. Mungkin macam karangan budak darjah satu. Blog saya, tentulah ceritanya banyak berkisar tentang saya. Tentang hidup saya. Tentang keterujaan dan kesukaan saya. Ya! Saya masih teruja bertemu AJ dan Pyanhabib di Maskara. Tengah-tengah malam buta, saya telefon Khadijah dan jerit “ Oii ! Adik, hang nak tau aku jumpa Pyanhabib yang kita suka sangat masa muda-muda dulu” Dan saya gelak mengekek-ngekek macam pontianak mengusik anak teruna sunti di malam hari. “ Hang ni mamai ka apa? Kut ya pun nak cerita esok-esok laa ..aku nak tidoq ni ” Khadijah terus matikan telefon. Saya kira, pasti Khadijah sedang menghamun kutuk kesewelan saya. Esok via MMS, saya kirim gambar Bro Pyan serta foto-foto saya bersama Alina dan Muha. “ Awat hang kak?” Khadijah via sms. “ Awat nya?”Balas saya. “Baju hang , sebijik macam baju Kak Long” Khadijah via sms lagi. Ceh ! Saya sudah agak, Khadijah akan kutuk pakaian saya. (Makluman: Kak Long, anak dara Khadijah saya yang d

Maskara Ogos dan teman-teman yang menjadikan saya teruja

Pasca Maskara . Saya roger rakan-rakan siber termasuk si Pam . Ada yang demam, yang sibuk dan pening dengan peperiksaan dan tugasan. Yes , gua sudah merdeka dan sedang cuti-cuti semester! Saya dan suami membawa seseorang istimewa ke Maskara kali ini. Bagi saya, ini Maskara yang paling mengembirakan kerana dapat menikmatinya bersama-sama Adik Botak saya. Terima kasih, untuk Nizam yang sudi memandu untuk kami ke destinasi, walau dia berkerja keesokan pagi. Saya gembira biarpun hanya berpelukan seminit dua dengan Taf Teh dan Dila Raden. Terkilan juga sebab tidak sempat bergambar dengan akak Engku Noor. ( pasai apa tutup blog, invite la cek ! hahaha !) Muha dan Alina Nizam dan Muha Oh ya! isteri kesayangan Encik Awak semakin slim . Serius ni ! haha ! Persembahan. Agak terkilan kerana terlepas persembahan Beha. Saya tidak gemar mengulas panjang tentang seni persembahan, kerana ia diluar kemampuan ilmu yang saya miliki. Bagaimana pun saya sertakan empat suku bintang untuk Meor. Dan sa

Cerita sepasang kasut

Pada suatu hari yang kurang enak, Dee kawan saya sakit. Dia meracau macam orang kena rasuk dan terus pengsan. Bila sudah sedar dari histeria, Dee bangun. Mencari-cari, ke mana pula hilang kasutnya. Saya pun membantu. Okay jumpa sebelah cuma! Saya terus mencari. Dan lagi. Dan lagi. Bawah katil. Tiada. Bawah loker pun tiada. Hampir lima belas minit. Saya fikir-fikir. Takkan ‘saka’ yang ada itu sorokkan kasut Dee pula. Setelah puas menjengok intai sana-sana, sini sini dan situ situ, akhirnya saya mengalah. “Tak jumpa ler selipar yang sebelah lagi tu. Dee” Dee dan kawan-kawan yang lain pandang saya semacam. Dan Tie tiba-tiba bersuara “ Bila masa pula kak Dee pakai sepasang kasut.?” Oh Tuhan! Saya lupa. Benar-benar lupa. Kaki Dee cuma sebelah. Sebelah lagi diambil Tuhan. Kami ketawa berjemaah. *dalam hati, saya sedih sebenarnya* Nota : Sekarang Dee sudah ada kaki palsu. Dan dia boleh memakai sepasang kasut. Walaupun keadaannya tidaklah sesempurna yang Tuhan ciptakan :)

Tentang kematian

Jika boleh memilih, tiada siapa pun mahu mati dengan cara yang paling dajal. Maksud aku, diselubungi misteri dan tragedi. Semua mahu mati di atas tilam paling empuk! Di kelilingi insan-insan tersayang yang mendoakan kesejahteraan kita memulakan perjalanan ke alam baharu. Tidak kisah apa ras atau kepercayaan atau ideologi potitik; manusia punya keinginan yang hampir sama walau tidak serupa. Tiada seorang pun mahu mati hangus. Mati dengan tubuh bersepai. Atau mati dengan tubuh diletup dan dikecai-kecaikan mahu pun dikerat lapan. Jadi, sekalung tahniah untuk manusia yang sanggup mengambil nyawa manusia lain atau menyebabkan kematian mereka dengan cara yang tidak dipinta. Tanpa hak! * hari ini aku dalam kesakitan dan aku pun menulis fasal kematian * Tiada kena-mengena dengan soal politik okay! PS: Sebenarnya aku risau “mati” di bawah akta yang bernama penindasan. Aduh! Di sini sahaja, jari sudah mengebas. * senyum *

Ayat cinta untuk jejaka pencuci baju

Ya, kalian tahu aku sangat suka mencari dan melompat dari blog ke blog. Pendek cerita laptop aku ni, jika dia ada boleh bersuara maka mungkin inilah madahnya. "Sudah-sudahlah lu menekan keyboard, menghadap skrin dan mengheret tetikus. Gua dah naik menyampah tengok muka lu, Lily". Tapi ia hanyalah laptop tanpa perasaan dan suara. Berbalik kepada pokok persoalan. Hari ini, aku jumpa seorang jejaka dan aku suka cara dia membasuh baju. Blog dia di sini . P.S. I LOVE YOU. Selamat membasuh baju hahaha!

Telah aku pelajari luka-luka silam yang menendang setiap detak jantungku. Dan aku berhasil, kadang tidak kawan!

~Telah aku pelajari luka-luka silam yang menendang setiap detak jantungku. Dan aku berhasil, kadang tidak kawan! ~ ******* Berbekal mantra dan do'a dari kitab suci yang paling suci dan buku-buku ensiklopedia psikologi, telah aku tukarkan segala menjadi serum yang mampu menghanyutkan segala pedih, mengelupas segala duka yang menyesak denyut nafas. Serum itu juga membuat binasa segala rasa putus asa yang telah lama berlonggok berbonggol di dalam dada. *********. Namun aku ini hanya manusia biasa kawan! Apabila diri terasa dihina dan diludah maruahku di hadapan khalayak, jangan kau suruh aku bersabar dan berdiam. Telah lama; berabad rasanya aku berdiam dan tahu aku menangis cuma. ************* 12 Julai, jam sebelas pagi berlokasikan kaunter bayaran sebuah pasaraya aku bertemu makhluk betina yang paling kurang adab sebagai manusia. Puncanya, sebesar kuman sahaja. Dan aku mengakui kekhilafanku; mengambil barang tanpa melihat wang di kocek sama ada mencukupi atau tidak. Malangnya, cara a

Pengumuman

Maaf, dalam penyelengaraan. Harap maklum. Tuan punya blog sedang 'gila' berekspresi dengan template baru. Link anda akan dimasukkan kemudian. hahaha!

Sayang

Sedar tak sedar sudah dua tahun menulis di sini. Sudah ada enam blog. Satu sudah ditutup. Satu hidup segan mati tak mahu. (kes tak tahu delete akaun wordpress). Dua lagi kurang aktif (rasa nak tutup juga). Dan dua lagi agak aktif Akaun Tagged sudah delete . Freindster terlupa password (tak dapat delete ). *menulis dalam mood yang paling bosan gila * Maaf entri di bawah tidak dijawab kerana tuan punya blog sekadar mahu memperkenalkan siapa dirinya si sebalik topeng Water Lily kepada pembaca baharu. Terima kasih untuk Reverie kerana fokuskan entri tersebut di lamannya. *menulis dalam mood khayal ubat-ubatan tahap gaban* Selamat menulis, untuk blogger-blogger baharu. TUTUP....ah! ada-ada sahaja yang menjadi alasan agar tidak ditutup. Contohnya, ternati-nanti untuk mengiklankan sesuatu yang penting! *mau berhenti sekejap, tangan dan jari-jari menggeletar*

Cerita bahasa dan sekeping sijil yang terkurang nilai

Ini adalah sebuah cerita luka. Luka yang pedih sehingga saat kisah ini ditulis. Cerita sekeping kertas bernama sijil yang terkurang nilai. Tahun 1987, saya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Berbekalkan lapan matapelajaran yang diambil, enam daripadanya saya telah perolehi kredit dan gagal sepenuhnya untuk dua lagi. Metematik dan Bahasa Inggeris. Walau berjaya memperolehi pangkat satu, sijil itu tidak berjaya membawa saya ke mana-mana. Ketika rakan-rakan seusia berjaya ke universiti, maktab perguruan, politeknik, atau ITM (waktu itu); pilihan yang saya ada hanyalah berhenti sekolah atau memasuki tingkatan enam. Malangnya, keputusan STPM saya juga kurang memuaskan dengan satu principal, saya hilang arah tujuan. Namun saya bukan jenis yang mudah berputus arah. Sampai kini, saya masih belajar, berusaha agar tidak ketinggalan. Tahun hadapan merupakan tahun terakhir untuk saya mengisi borang SPA. Perkerjaan terbaik yang pernah saya perolehi ialah bekerja sebagai pembantu guru d

Nuffnang oh Nuffnang Ads.

Saya meletakkan widget itu untuk mengintai mana-mana rakan maya yang menziarahi laman saya. Terutama yang menjadi pembaca senyap. Minggu ini, saya membuka blog Fiksyen Cinta untuk tatapan umum. Tidak menarik sangat pun. Sekadar entri kitar semula dan cuma satu dua yang terbaru. Dan yang menarik tentang nuffnang (baca: meluat) saya baru dapat lebih kurang RM10.00 setahun. Mereka sudah “cilok” RM50.00. Berbaloi kan? Antara kata kunci yang membawa pengunjung ke laman-laman saya. ~ Cerebral Palsy ~ Akta OKU ~ kerusi roda ~ Cerita cinta ~ Blog waterlily ~ nota peperiksaan ~ OUM (haha!) ~ Salji ~ Muha Aziz(femes juga mamat botak ni) Dan hari ini ada kata kunci yang paling menarik iaitu “Adakah Joanna Bessy (pelakon tu la!) orang Islam?” Saya tergelak sendirian. Bila masa pula, saya menulis pasal pelakon itu. Dan saya perhatikan, ruang komentar semakin pudar!

Sajak spontan di pekan Frinjan 3.0

Bersama Alina dan Dila Raden Rahmat Haron(lu pakai syampoo apa bang hahaha!) Rahmat Haron lagi(gambar lain semua tak jadi, asyik gambar dia je. Gue syak ni pasal syampoo dia juga hehe..jangan mare bang!) Frinjan 3.0(poster ke banner ke hape entah,gue menggong sikit) Gambar ini pun masuk sekali daaa! Harap punya kesempatan suatu hari, berkongsi pentas berdiri seiring kalian melaungkan puisi dalam dingin campur pijar malam walau suara tidak selantang merdu seperti keinginan mahu kalis semua malu dan rasa rendah diri tanpa tentu rasa kerdil diri tanpa perlu yang masih kebal dalam diri doakan aku! 27/6/09 Dataran Shah Alam. Nota kaki: Terima kasih untuk Alina kerana memperkenalkan Christopher Merrill melalui pemberiannya. Gembira berkenalan dengan Dila Raden si profaniti karut aka salah seorang perempuan simpanan.(gue baca blog depa diam-diam beb!)

Dendang Cinta: sekadar mengulas rasa

Dendang Cinta Bertolt Brecht Ini saja koleksi antologi puisi yang saya miliki Sewaktu menghayati Dendang Cinta antologi puisi Bertolt Bercht (terjemahan Pauline Fan) pemberian Alina ; saya yang kurang ilmu agak keliru. Terbiasa dengan karya Pak Samad Said, Allahyarham Usman Awang, penyair Marsli N.O, Suhaimi Haji Muhammad (sekadar menzahirkan beberapa nama besar yang diingati), saya bergumam sendirian” Sajak apa ni?” Keselarasan Bidi di Peking Di Allgau, Bie Selamat, dia kata Dibalas, pagi ~ Bertolt Bercht~ Muka surat 9 (Dendang Cinta) Dan saya tidak begitu mesra(baca: tidak tahu lansung,sekadar mendengar nama) dengan karya penyair-penyair dari tanah seberang kecuali Chairil Anwar. Atau mana-mana penyair dari Timur Tengah. Keterbasan bahasa juga menghalang saya menghayati puisi Keats, Shakespeare mahupun Pablo Neruda. Ah ! Dangkalnya ilmu saya. Oleh itu, setiap kali melakar puisi, saya bimbang dan sangat berhati-hati. Saya takut lari makna dan segala macam ketidaksempuranaan. Paling