Langkau ke kandungan utama

Cerita sepasang kasut


Pada suatu hari yang kurang enak, Dee kawan saya sakit. Dia meracau macam orang kena rasuk dan terus pengsan.

Bila sudah sedar dari histeria, Dee bangun. Mencari-cari, ke mana pula hilang kasutnya.

Saya pun membantu. Okay jumpa sebelah cuma!

Saya terus mencari. Dan lagi. Dan lagi. Bawah katil. Tiada. Bawah loker pun tiada.

Hampir lima belas minit. Saya fikir-fikir. Takkan ‘saka’ yang ada itu sorokkan kasut Dee pula.

Setelah puas menjengok intai sana-sana, sini sini dan situ situ, akhirnya saya mengalah.

“Tak jumpa ler selipar yang sebelah lagi tu. Dee”

Dee dan kawan-kawan yang lain pandang saya semacam. Dan Tie tiba-tiba bersuara “ Bila masa pula kak Dee pakai sepasang kasut.?”

Oh Tuhan! Saya lupa. Benar-benar lupa. Kaki Dee cuma sebelah. Sebelah lagi diambil Tuhan.

Kami ketawa berjemaah.

*dalam hati, saya sedih sebenarnya*

Nota : Sekarang Dee sudah ada kaki palsu. Dan dia boleh memakai sepasang kasut. Walaupun keadaannya tidaklah sesempurna yang Tuhan ciptakan :)


Ulasan

reverie berkata…
Seorang abang saya pun hilang sebelah kaki. Akibat kemalangan. Tapi dia tabah. Dia kerja. Dan dia tak suka kalau dilayan lain macam. Saya respek dia. =)
SHIMI berkata…
salam kak lily,
tapi dia juga punya hati dan patut dilayan sama seperti manusia yang lain kan...

tentu cantik sepasang kasut baru kepnuyaan Dee kan
ibundo berkata…
kesian dee. semuga dia gembira dengan kaki baru.
Basuh Baju berkata…
yg penitng ialah jiwa... :)
Nizam.Ariff berkata…
Dia ada sepasang mata, sepasang hati, sepasang jantung, sepasang hidung dan lain-lain lagi.....

bukankah tuhan menciptakan semuanya berpasang-pasangan...?
AieSha berkata…
tabah ya Dee. Kak lily pun sama. ;)
DeeN berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
DeeN berkata…
Walopun begitu, kak dee sama seperti insan biasa yg lain, termasuk akak! Aku respek kat kau, kak! Dan aku jeles kat kau jugak kak, sbb layout blog kau lebih cantik dr blog aku. Huhuk!
zizie ali berkata…
kata hikmat dari iran: "saya sedih kerana kehilangan kasut sehinggalah saya melihat orang kehilangan kaki"
nuyuljana berkata…
nice entry.

bersyukur dengan apa yang kita ada.

:)
saudagar gaRAM.. berkata…
tabah sungguh..

buat gua rasa bersyukur walau gua hanya berkaki ayam..
kadok berkata…
dee pasti seorang yg tabah..setabah adik ipar saya yg kehilangan kaki pada hari pernikahan saya...:(
boe~ berkata…
takpe... apa yg penting? kerjaaaaa sama
en_me berkata…
kak lily, chantekkk kaki itteww..
tasekM berkata…
weh kak. berapa lama mengeram ni hah? hehehehe...



.
Unknown berkata…
salam kak lily..lama tak jumpa..sehat?
Aishah Nur Hakim berkata…
kak...nape lama menyepi?
setiakasih berkata…
a ah.. rindu kat akak.. sihat?
tia berkata…
cantiknyer gambar dalam blog ni..
salam perkenalan dibalas.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...