Langkau ke kandungan utama

Sayang


Sedar tak sedar sudah dua tahun menulis di sini. Sudah ada enam blog. Satu sudah ditutup. Satu hidup segan mati tak mahu. (kes tak tahu delete akaun wordpress). Dua lagi kurang aktif (rasa nak tutup juga). Dan dua lagi agak aktif

Akaun Tagged sudah delete. Freindster terlupa password (tak dapat delete).

*menulis dalam mood yang paling bosan gila *

Maaf entri di bawah tidak dijawab kerana tuan punya blog sekadar mahu memperkenalkan siapa dirinya si sebalik topeng Water Lily kepada pembaca baharu. Terima kasih untuk Reverie kerana fokuskan entri tersebut di lamannya.

*menulis dalam mood khayal ubat-ubatan tahap gaban*

Selamat menulis, untuk blogger-blogger baharu.

TUTUP....ah! ada-ada sahaja yang menjadi alasan agar tidak ditutup.
Contohnya, ternati-nanti untuk mengiklankan sesuatu yang penting!

*mau berhenti sekejap, tangan dan jari-jari menggeletar*

Ulasan

Monkey D Luffy berkata…
jgn ler tutup

kalau ada idea tulis... tak ada tinggal
nizamsani berkata…
sama la.
sejak 2003 dah tulis kat merata2 blog.tahun ni.buat blog baru lagi.yang lama?abaikan.haha.
kakpah berkata…
satu pun kpah tak larat nak maintain. apatah lagi lima enam.
.
.
kadang-kadang dapat rasakan tulis blog ni macam boleh releasekan tension. Baik untuk darah tinggi aku hehe..
ubilepih berkata…
lili kamu berehat lah seketika.semoga kamu sejahtera selalu.
zhfr berkata…
Saspen!
AL-BIMA SAKTI berkata…
saalam,

kena ikut keadaan dan kesesuaian...
atau (keperluan?)
xiiinam berkata…
Tak jawab pun tak apa.....



Banyak sangat blog...kekadang ckLah klik sana klik sini...ujung-ujung tak ingat yang mana satu nak direspon...Maaf yee...
tajudin berkata…
waterlily,awat bukak banyak sangat, satu je memadai rasenya...
yginsaf4 berkata…
melangkah pergi .. ghiteww
Water Lily berkata…
Encik Tajuddin,
Saya sekadar mau mengasingkan, antara ruang sebenar hidup saya, antara fiksi dan puisi. Itulah tujaanya. :)


Kalau kak Lah datang, dan membaca saya amat berterima kasih. :)

Encik Al,
Saya membukanya banyak-banyak kerana mengikt keseuaian. Macam jawapan saya kepada Encik Tajuddin. Gila menulis tak bertempat kadang-kadang, dan saya anggap tulisan saya itu cuma 'homework' latihan-latihan
kecil sahaja.

Nizam,
Suka tulisan kamu, walau tak meleret-leret macam aku;sangat menarik dan lucu.

Ps:Jozan kamu dah pulang?haha!


Hafiz(betul kan nama kamu)
Saya suka tulisan kamu. Saspen? hahahaha!

Encik Ubi,
Sudah agak ok hari ini.Alhamdulillah :)

Kak Pah,
Tolong aku buat asaiment kakkkkkkkkkk! hahaha!

Kapten,
Time takde idea tuh yang aku rasa nak tutup hahaha!

Maaf,kawan2 tak pergi laman kamu,aku sibuk tahap ikan sepat(pinjam ayat Tasik Merah). :)
Water Lily berkata…
Ala me, kau menyampuk tika akak jawab komen. t/kasih sb sentiasa datang ke sini. :)
oh, sara berkata…
satu pun sudah cukup rasanya.
kalau penat, rehat sebentar.
nanti post lg.
tidak mengapa.
orang masih membaca blog anda.
Nizam.Ariff berkata…
kak, rojakkan semua jenis entry dalam satu blog, cam aku...
- j o h a r i - berkata…
sy yg ade satu ni pon terkial2..akak bleh ade smpi enam..hebat la ni..mmg otai
alinaabdullah berkata…
takyah tutup. mungkin akan ada yang berjalan-jalan dan terserempak, dia baca. atau tegur.
A t i Q a h berkata…
*Angkat tangan!*

Untuk tak setuju kalau akak nak tutup blog. :P
Water Lily berkata…
Atiqah,
Haha..kaki sekali ye :D

Alina,
Saja gediks hahaha!

Joe,
Letih akak..tapi dah masuk tahap gila' blog. Best hape hehe..

Nizam,
Rojak tak best la..rela akak berpenat. :)

Sara,
Sebenarnya suka banyak blog,tapi bila sakit datang le tensionnya.

T.kasih.

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…