Langkau ke kandungan utama

Catatan dari sebuah tren komuter


Beberapa hari, aku berulang-alik memasuki perutmu. Berhimpitan dengan lautan manusia - aku tidak menemui kemanusiaan di dalammu. Sekurang-kurangnya jika bukan untukku, untuk seorang anak kecil yang dipaksa berdiri. Terhimpit di tengah-tengah perutmu.

Catatan perjalanan 22-24 Disember 2009 (ketika berulang alik menduduki peperiksaan akhir semester 2009).

Ulasan

aza ni berkata…
salam waterlily,
pastinya bergoyang sambil mengentri...
Aishah Nur Hakim berkata…
pemandangan yang selalu
Tanpa Nama berkata…
salam kak lily,
banyak yang kena sekolahkan semula orang kita nih..
Nizam.Ariff berkata…
Semester Akhir??

Aku lamaaa lagi... macam nak kluar lompat pagar la pulak!
Rozita berkata…
komuter yg penuh sesak. aku tak suka naik komuter, LRT..apa2 train pun
puding roti berkata…
kesian kakak n ank kenit tu. kita pun sedih dgn segelintir manusia kat dlm perut benda panjang warna kunin-biru dlm gamba tu
tasekM berkata…
kamu sehat kak? lama kan kita tak jumpa....



.
The Muppets Boy berkata…
Aslkm,gud info n gud blog.Nak jemput sesape je datang ke blog saye ni di http://metroskandal.blogspot.com , jom meriahkan lagi blog ini.harap maklum,terima kasih.
DeeN berkata…
Ya! Sudah lama ku tak mengalami situasi begitu. Dah setahun lebih. Ingatkan sepanjang tahun aku tiada, kebanyakan penumpang di dalam kenderaan itu kian berperikemanusiaan. Meleset sekali jangkaanku, kak!

Oh ya, selamat tahun baru 2010. Semoga kebahagiaan menjadi milik setiap insan di dunia ini!
sudut berkata…
fitrahnya sebegitu. namun aku lihat entri ini sebagai simbol - tampuk kuasa.
Lily Abdullah berkata…
Sudut,
Salam kenal. Saya melihat pengangkutan awam di dalamnya punya undang-undang rimba. Siapa kuat, dia akan mendapat tempat selesa.

Deen,
Sikap segelintir manusia tidak pernah berubah haih!

M Boy,
Salam kenal

Tasik,
Aku sihat. Sihat dengan cara aku ler. Dah 2 kali masuk terowong MRI tu. Aku masih baca blog ko dan kawan2 kita diam2 :)

Adik Puding,
Terpaksalah.

Rozi,
Itulah pilihan yang akak ada.

Nizam,
Tahun ni belum mula lagi. Ada 6 lagi subjek minor,2 subjek teras dan 3 subjek untuk diperbaiki grednya weh!

Akak pun rasa nak melompat juga hehe..

Shimi,
Bagaimana agaknya nak sekolah semula orang cerdik pandai ni haha!

Dik Aishah,
Hmmm..begitulah!

Azani,
Saya draf guna handphone je..

Salam perkenalan untuk pembaca & follower blog WL. Saya tahu siapa follower sebenar walau mereka baca diam2. :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.