Duit ini saya mahu guna untuk beli makanan kucing saya. Click Please!

16.12.09

Catatan terlewat dan terpinggir sempena Hari OKU Sedunia


Hari OKU Sedunia - beberapa sisi cerita terpinggir.


Ini adalah cebisan cerita sisi gelap bergelar OKU. Media-media tempatan jarang melaporankannya. Dan, yang sentiasa ada dalam kebanyakan laporan adalah kejayaan insan-insan istimewa dan selebriti seperti saudari Ras Adiba Radzi. Atau kejayaan athlet-athlet paralimpik seperti Encik Suami. Kadang cerita saya sendiri.


Ditinjau dari satu aspek, ianya merupakan perkembangan positif. Saya memahami, tujuan media mainstream. Wartawan, editor dan warga kerjanya mahu memaparkan sesuatu yang ‘manis’ supaya kejayaan kami dicontohi oleh rakan-rakan senasib yang lain.

Seringkali juga, kita mendengar kisah-kisah bagaimana ibubapa yang dianugerahkan anak-anak istimewa, tetapi tidak tahu cara mengendalikan anak-anak ini.


Saya adalah antara insan bertuah, di mana Allahyarham abah dan mak(semoga Allah panjangkan usia mak dan menempatkan abah di kalangan solihin) kerana saya dibesarkan dalam keadaan semulajadi. Dicubit mak ketika perlu, dimarahi abah ketika nakal. Kasih sayang dan layanan yang saya terima tidak jauh berbeza dengan Khadijah. Tidak pernah terkurang atau terlebih.


Saya mengakui, jika saya sendiri dianugerahkan dengan anak istimewa saya belum ada perancangan bagaimana untuk membesar dan mendidiknya.. Adakah perlu kasih sayang berlebihan atau mereka patut dibesarkan secara semulajadi?


Persoalan ini, saya gantungkan supaya kita sama-sama boleh berfikir, berkongsi dan berbincang dari hati ke hati. Terutama untuk ibubapa ‘terpilih’ yang memiliki anugerah Tuhan yang sama sekali kita mungkin tidak pernah membayangkannya.


Cuba renungkan sisi-sisi cerita terpinggir di bawah. Nampak kecil, namun impaknya cukup besar ke atas anak-anak ini.


Cerita 1

Aqilah, adalah anak istimewa yang melewati usia 17 tahun. Dia agak lurus bendul tetapi ringan tulang orangnya. Setiap hari gurunya akan meminta dia membersihkan bilik darjah. Walaupun kerjanya, tidak sempurna tetapi dia cuba melakukan yang terbaik.

Kerana kerajinannya membantu, maka gurunya menghadiahkan dia sebiji epal. Gurunya menyuruh kulit epal dibuang sebelum Aqilah memakan buah tersebut. Aqilah menggunakan giginya untuk mengupas kulit epal. Kelihatan sungguh melucukan. Tetapi apabila diselidiki rupa-rupanya, dia tidak pernah memegang pisau atau gunting kerana ibunya melarang Aqilah menggunakan objek tajam.


Cerita 2

Zaida sudah pun berumur 21 tahun. Dia tidak pernah bersekolah atau bekerja. Seorang saudara jauh di sebelah keluarga bapa Zaida ingin sekali membantu Zaida setelah kematian bapanya. Dia dibawa ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Malang sekali, hendak menyidai kain pun Zaida tidak tahu. Rupa-rupanya, selama ini ibu Zaida amat memanjakannya. Semua kerja dilakukan oleh ibunya.


Cerita 3

Hans, sering dianggap tidak tahu apa-apa oleh ahli keluarganya. Salah satu tabiat buruk keluarganya adalah menonton video lucah. Mereka menonton, tanpa memperdulikan kehadirannya. Kadang, Hans mencuri-curi menonton apabila keluarganya tiada di rumah.

Di sekolah dia sering mengantuk dan keletihan. Apabila ditanya guru, Hans menceritakan hal yang sebenar. Guru kelasnya cuba membawa ibunya berbincang; malang sekali guru tersebut pula dituduh mengada-ngadakan cerita. Bagi ibu Hans, dia umpama anak mentah yang tidak tahu apa-apa tentang seks.

Suatu hari hal yang menggemparkan telah berlaku. Hans dibelasah jiran-jirannya kerana cuba mencabul kehormatan seorang gadis, anak kepada salah seorang jirannya.


Cerita 4

Melalui seorang kawan karib yang telah membongkarkan rahsia, seorang guru akhirnya mendapat tahu Zakiah pernah melakukan hubungan seks. Apabila ditanya Zakiah mengakuinya, dan menurutnya setiap kali melakukannya dengan seorang pemandu teksi yang juga jirannya, dia akan diberikan wang saku antara RM5-10. Zakiah gembira dengan pemberian tersebut apatah lagi katanya ia menyeronokkan.

Guru tersebut memberitahu ibunya, seorang ibu tunggal supaya membuat laporan polis. Malangnya, apabila disoal ibunya, Zakiah menukar cerita kerana takut dimarahi.

Walaupun ibunya tahu kebenaran cerita tersebut, ibunya tetap eggan membuat laporan polis kerana malu kepada penduduk kampung.


Aqilah, Hans, Zakiah dan Zaida adalah anak-anak istimewa dengan pelbagai ketidakupayaan. Mereka mungkin Autisms, Syndrome Down, Cerebral Palsy dan mempunyai masalah dalam pembelajaran. Pertumbuhan fizikal yang tidak selari dengan perkembangan kognitif dan sosio emosi mereka.


Dan, di luar sana ada sebegitu ramai ‘dajal’ yang ingin mengambil kesempatan dengan menjadikan anak-anak ini kaldai pemuas segala serakah.

11 ulasan:

aishah_conteng_je berkata...

aduh kak..:(

.....................

sedangkan yang sihat akal menjaja diri dengan percuma~

Nizam.Ariff berkata...

Over protective memang tak bagus...

~~~ kay ~~~ berkata...

★~★SalAm MaAL hIjrAH 1431H★~★

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

bersama kita hiasi diri dengan ilmu, amal, dan iman.

(^_^)

Khar berkata...

Ehem, ehem ... sinopsis novel mana ni? Bengkel dah dekat ni kak ...

DeeN berkata...

Kak, kau memang benar kak..! Aku pon tumpang risau dengan penerimaan masyarakat. Aku pon punya adik sepupu seorang oku (cerebral palsy), baru berusia 4 tahun. Aku sangat berharap keistimewaan dia dapat diterima seadanya. Seperti aku dan keluarganya menerima dia sebagai seorang insan biasa!

Neddo berkata...

Pernah sekali ketika menjalani sesi klinik pakar kanak-kanak di Hospital Kluang, seorang budak perempuan comel berumur 5 tahun disuspek ada masalah pendengaran. Walhal dari perilakunya saja, dapat diagak bahawa dia ada attention-deficit hyperactivity disorder *masalah psikiatri kanak-kanak. Saya suarakan pada doktor yang bertugas, dan doktor tersebut telah mencadangkan pesakit dirujuk ke HKL kerana terdapat kepakaran di sana. Apabila si ibu mengatakan dia tidak mampu dari segi kewangan dan pengangkutan, doktor tidak kelihatan seperti mahu memberikan alternatif lain. Maka, adik yang berusia 5 tahun tadi pulang begitu sahaja dengan ibunya.

en_me berkata...

akak lily fandaiii menyidai kainn takks.. ihikss

Pa'chik berkata...

cerita last tu... ada kes ibu mangsa yang pegi repot kat polis kena marah ngan orang kampung... ropenya... anak derang pun kena cabul sama ngan che'gu sekolah derang... tapi demi jaga muka huduh derang... sanggup je derang senyap kan...

Aie Akaike berkata...

selamat tahun baru kak.

日月神教-任我行 berkata...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛

香草泡芙Landy berkata...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社