Langkau ke kandungan utama

Kalau saya buka mulut, kamu kata saya pembangkang

Suatu pagi.
Saya tergerak hati untuk membuka pintu lebih awal. Dari koridor rumah, pandangan saya tertancap pada blok kuartes hadapan. Lelaki bujang lewat usia itu, teraba-raba menuruni tangga. Benar, kuartes kerajaan kebanyakan penghuninya adalah mereka yang berkhidmat untuk orang kurang upaya. Dari pembantu rendah awam, tenaga pengajar sampai ke pihak atasan. Kakitangannya pula, cuma minoriti oku.
Rumah-rumah yang disediakan untuk pegawai banyak terbiar kosong. Begitu juga, rumah-rumah kuartes. Rumah yang kami diami, tidak kira oku atau mereka yang sihat fizikal adalah kuartes empat tingkat tanpa lif.
Bayangkan yang berkaki palsu menaiki tangga. "Aduh! Nak tercabut kaki saya kak..." Selalu saya dengar Dee merungut setiap kali naik turun tangga. Ada teman-teman saya yang bertandang, terpaksa merangkak untuk naik ke tingkat tiga. Abang yang tidak dapat melihat itu. teraba-raba meneruni tangga. Kadang saya perhatikan ada anak-anak jiran yang memimpin tangannya. Anak-anak lebih prihatin, tetapi waktu pagi anak-anak semua ke sekolah.
Saya sendiri, pernah terjatuh tangga hingga berjahit bibir kerana gagal mengimbangkan badan. Sebab tergopoh-gapah mahu pergi bekerja (kejadian itu berlaku ketika saya masih berkerja).
Apa salahnya, pihak pengurusan sedikit prihatin? Rumah bawah yang terbiar kosong itu, diberikan kepada merka yang benar-benar memerlukan. Contohnya, berilah rumah bawah untuk pekerja yang tidak dapat melihat seperti abang itu.
Bukan saya mahu mempertikaikan hak pegawai atasan yang sihat walafiat diberikan hak mereka untuk menduduki rumah banglo di bawah. Ini asal kamu pegawai, bolehlah tinggal di rumah tersebut. Nasiblah, kalau oku tersebut pegawai.
Cuma seorang dua sahaja, yang diberikan pengecualian. Yang benar-benar tidak boleh berjalan, hatta merangkak sekali pun.
Manja? Ya..memang kami manja. Kami manja kerana keadaan kami yang tidak berdaya. Oleh itu, kami perlu berada di rumah yang selamat supaya keadaan tidak menjadi bertambah teruk. Takut. Bimbang. Jika berlaku kemalangan, kami tidak mampu mengurus diri.
Saya dengar yang menjaga kebajikan selalu juga datang ke pusat ini. Rasmikan acara itu ini. Pernahkah dia bertanya, golongan minoriti yang tinggal di sini.
Tak lain, menerima laporan muluk-muluk dari pihak atasan. Lawatannya pun, alah sampai depan dewan perdana yang tersergam indah itu sahaja,
Apa? Kamu fikir jika kami berkaki, tiada sebarang kesusahan bagi kami untuk tinggal di rumah yang bertingkat ini?
Barangkali ada yang tidak suka mendengar keluhan begini. "Kalau tak suka pindahlah!.."
Ya. Kalaulah kami mampu dari segi kewangan. Jika tempat ini, mempunyai kemudahan lif.
Jika kami sihat, tidaklah kami merungut-rungut begini. Bukan maksud kami mahu bermanja. Kami minoriti. Berdiam-diam sahajalah.
Mungkin saya mampu menulis di blog. Tapi berapa kerat sangatlah yang membaca.Ramai yang sekadar terima dan memendam rasa. Lainlah kalau menteri cakap. Dia ucapkan terima kasih kepada pengunjung blog pun jadi topik cerita.
Meloyakan!
Oh! Lupa mahu beritahu. Saya tinggal di kuartes pusat oku terbaik di Asia Tenggara.

Ulasan

Pa'chik berkata…
situ takde wakil 'rakyat' ke?
MARSLI N.O berkata…
Water Lily: Menarik isi tulisannya.
Aishah Nur Hakim berkata…
sememangnya kita ni manusia yang takkan sedar dan prihatin pada orang lain melainkan kita dalam situasi yang sama...dan malysia sudah hilang sifat kasih sayang pada sesama manusai mungkin.

kita tak cukup prihatin
Nafastari berkata…
Wah, ironi sekali ayat yang paling akhir itu!

Terus menulis Water lily!
Tanpa Nama berkata…
anyway,,if u just 'bercakap' at the back..nothing will happen n change..i pun pernah tinggal quarters, n tahu how far jurang antara kita n pegawai..but,kita must have keberanian to speak loudly depan dorang ntuk kemudahan n keselamatan kita..'zaman dah berubah''union' korang kena kuat untuk bersuara

2009 November 5 12:33
Water Lily berkata…
Kepada encik/cik/tuan/puan Anon,

Komen anda telah saya angkat ke atas kerana anda komentar anda tersalah masuk entri.

1. Saya kurang gemar anon-sekurang2nya perkenalkan diri anda. Walau bagaimana pun saya masih bertoleransi.
2. Saya memang suka cakap belakang - kerana suara saya tidak didengar di depan.
3. Persatuan? Tak de persutuannya. Kaki ampu yang ramai.
4. Saya tak pandai bercakap,tidak petah dan tidak jelas butir perkataannya. Saya Cerebral Palsy with speech difficulties.

Jadi saya menulis, jika ada yang membaca dan tolong sampaikan apa yang terbuku dalam hati.

T/kasih kerana memberikan pandangan.

Encik Ahmad,
Itu sahajalah yang termampu. Saya sedar, bukan semua orang suka bila kita menulis begini. Adatlah, saya terima dengan lapang dada.

Dik Aishah,
Beginilah, kehidupan kami..sekadar menumpang teduh di bumi Tuhan yg sementara ini.

Encik Marsli,
Seperti tagline saya, sekadar bersuara di sini melepaskan yang terbuku dalam hati.

Cik,
Aku tak tau pun siapa wakil rakyat kawasan ni? haha!

Nanti kalau ada kematian atau lompat parti,mungkin adalah hebahan di tv. :)

T. kssih.
Tanpa Nama berkata…
Tunggu saya jadi wakil rakyat. InsyaAllah.

-Rev-
rudy bluehikari berkata…
Saya membaca ini dengan serius. Akan saya panjangkan kepada sahabat di Kementerian berkenaan.
Makbonda61 berkata…
Agaknya bangunannya dibena sejak masa zaman bila ye,sebab di pusat belibelah,di hotel-hotel atau ditempat parking dah banyak tempat di sediakan untuk OKU
Lily Abdullah berkata…
Kak Has,
Entahlah, tapi asrama pelatihnya ada kemudahan seperti itu. Rasanya dari tahun 2002/03 dah ada pelatih. Mungkin mereka tak menjangka untuk mengambil OKU sebagai tenaga kerja. Sebab itulah, kuartes ini begini binaanya.

En Rudy,
T/kasih. Saya berbesar hati,jika ia dapat dipanjangkan. Saya terpaksa menulis. Kalau diketahui pihak pentadbiran, mungkin lain pula jadinya. encik faham2 sahajalah, menjadi mentimun. Menggolek kena duri, digolekpun kena duri.

Rev,
Capatlah hahaha! Parti cap apa? Tiket bebas..cap payung :D
(gurau2 dalam serius)

T.kasih.
ckLah @xiiinam berkata…
ckLah pernah 'tinggal' bersama rakan rakan yang tidak dapat melihat secara fizikalnya di Brickfield......tetapi secara mata hatinya, mereka dapat melihat apa-apa yang kami tak dapat lihat....




Semoga ada 'mereka yang berkuasa' yang memahami ....dan melakukan sesuatu...
Lily Abdullah berkata…
Kak Lah,
Abang itu juga tidak pernah komplen. Bertahun dia naik-turun tangga!

Tabah kan? Mungkin hatinya 'celik' musibah yang akan diterima jika dia bercakap banyak.

Dan dikunci rapat mulutnya, terus bangun teraba-raba dan bekerja demi kelangsungan hidup!
Alina berkata…
Erm. kadang terlalu banyak b(e)rokrasi, banyak proto(ng)kol, banyak red tape yang menyusahkan rakyat.
mrs.apple berkata…
jgn lupa invite saya juga kalau privatekan blog ye :)
Lily Abdullah berkata…
Mrs. Apple,
Blog ini tidak akan diparavisikan. Jika mahu membaca sajak & fiksi gaya lama di dua blog lagi sila email saya.


Purp,
Ya..begitulah nampaknya :)

Rakyat yang bergelar 'kroni'...


Alina,
Syhhhhhhhh! :)

T/kasih.
makissa berkata…
kak lily. rupenye2 nye lagi rmai orang yg berpelajaran, lagi bodoh diorang gnekan ilmu kan? hurmm,oku tetap oku, yang normal blom tentu kekal normal selamanye kan kak (jahatnye mlut aku kan kak)
fauzi rashid berkata…
assalamualaikum
salam waterlily
pertama kali menemuimu di sini

bersimpati membaca kisahmu
manusia sihat memang tidak pernah memikirkan keperluan manusia yang kurang upaya...
namun suaramu harus dipanjangkan dan harus diperjuangankan...
Tanpa Nama berkata…
Sadra Fauzi,
Mereka berfikir sebenarnya - cuma mereka fikir apa yang mereka buat utk OKU sudah memadai.

Cuma diberi kail, tapi tak diajar cara memancing.
Cuma asal ada cukuplah.

Adik,
Tulislah isu-isu begini diblogmu. Jika kita tak bersuara siapa lagi. Bak kata Cikgu Muha, untuk generasi akan datang. Bukan utk kita. Bagi akak dan orang macam cikgu Muha, mugkin esok lusa dah nak pejam mata. Paling lama pun 20 tahu lagi..adat katalah...walau pun maut bukan ketentuan kita.

WL
setiakasih berkata…
Kemudahan taraf dunia.. bla bla bla..
diurus oleh minda tahap unta.. bla bla bla..
memang tak dapat diharap punya.. bla bla bla
rasa nak suruh dia blah blah bla saja...

kak Lily,
Insan macam akan mungkin org lain lihat OKU di mata...
Tapi ada insan lain yang lebih teruk...
OKU di hati dan minda...

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc