Langkau ke kandungan utama

Anak


Dia kata, sangat lelah asyik memenuhi tututan-tuntutan orang lain. Misalnya, sudah kahwin sangat-sangat perlu memiliki anak-anak. Walau Encik Suami tidak kisah, dia tetap risau. Walau dia tidak tidak kisah, dia tetap risau memikirkan mulut-mulut 'puaka' saudara-mara dan jiran tetangga.


Misalnya:

"Orang dukung anak, kau asyik dukung kucing" Sambil Puan X tersenyum sinis pada dia.
"Beranak la cepat, nanti laki kau cari lain" Sambung Puan Y. (Kenyataan paling auta)
"Dah masuk 4 tahun, takkan nak 'honeymoon' lagi kut?" Soalan gampit Encik B


"Oke! Aku perempuan mandul. So, apahal. Ada kena mengena dengan kamu ke?" Dia ingin jawab semua soalan itu dengan ayat yang paling gampang.


Tapi.
"Belum ada rezeki kami lagi" Ayat ini pula yang keluar. Memang mulut dia tidak tahu celupar.
Sambil dia tersenyum kelat!
Kadang dia suka tengok foto-foto seperti yang di atas. Kadang dia rasa sedih sangat.
Sangat sedih! Cepat-cepat dia viewed ke halaman lain.
Tapi bayi sangat comel oke!


Ulasan

mugiwara berkata…
saya juga suka budak budak.
saya juga benci orang yang bercakap sumbing tu!
Nizam.Ariff berkata…
Rezeki kita kut tempat lain...
Aishah Nur Hakim berkata…
kisah macam ni buat saya rasa nak bunuh orang yang buang anak..

huk...

selalunya tuhan memilih untuk menguji dengan cara paling dekat di hati kita..supaya kita tak lupa kan kak?

err..orang2 yang mulut macam tu memang nak kena dijeritkan..dalam hati je la berani
SHIMI berkata…
susah nak kata apa kak,
dalam keadaan ni, berkata menyuruh bersabar memang mudah.
tapi orang yang menanggungnya,
hanya Allah yang tahu
Kay berkata…
petua cepat dpt anak

1.Ambil segenggam kacang hijau.
2.Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
3.Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
4.Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
5.Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
6.Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
7.Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata.

sumber dari:

http://pakarhowto.com/belajar-bisnes-internet/petua-cepat-dapat-anak.html

(ada seorg sahabat yg amalkan - alhamdulillah berjaya)
Kujie berkata…
Orang yang bercakap macam tu dia tak pernah nak faham - itu urusan Allah.
tasekM berkata…
aku yg beranak sorang ni sedih juga bila tak bertambah2 ahli keluarga nih...

tapi. soal rezeki hanya Dia yg tahu kak. aku percaya itu...



.
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...