Langkau ke kandungan utama

Filem kadang memberi inspirasi




Kadang waktu kita terasa mahu tersungkur jatuh dan patah hati, ada sahaja jalan yang Tuhan tunjukkan untuk kita kembali bangun.
Sebuah filem bukanlah apa-apa bagi sesetengah orang. Mungkin hanya fiksyen yang mengarut-ngarut.
Tapi filem yang saya tonton di saluran HBO petang tadi amat bermakna buat saya.
Sekadar mahu berkongsi. Barangkali ia juga bermakna untuk anda.
Sayang, saya tidak pandai mengulas filem. Bukan bidang saya. Sekadar mengkagumi semangat Brad Cohen. Tourette Syndrome tidak jauh perbezaannya dengan ketidakupayaan yang saya hadapi.
Brad Cohen berjaya melaluinya dan tidak membiarkan Touretee membataskan langkahnya.
Filem Front of the Class berdasarkan kisah benar lelaki ini.
Selamat menonton!
Dan kadang kala, saya tertanya ke mana arah tuju industri perfileman negara. Kenapa tiada seorang pun yang mahu mengangkat kisah-kisah seperti ini ke layar filem.
Takut rugi? Maka cerita-cerita jalang diangkat ke layar. Jual dan bikin untung!

Ulasan

hafiz zainuddin berkata…
betul kak. industri perfileman malaysia. kadang2 yusof haslam sangat.
tasekM berkata…
apa kita suruh tokR yg bikin. he he.

;)
Lily Abdullah berkata…
Tasik,
Tok R,bikin filem komedi kut hehehe...

TK,
Betul tu, asyik2 cerita orang kaya,orang koperat dengan imej paling stereotype -bukan semua orang kaya jahat.

ps:akak baca blogmu diam2. :)
mOEha Aziz berkata…
salam kak,

bila ada penulis muda nak cadang crita begini... mereka taknak pulak... nak crite yg klise... sbenarnya diaorg cuma kesahkan duit... ;p
Tanpa Nama berkata…
Muah,
Itulah kan bila kita mau tulis ttg cinta, mereka kata klise.

Tapi untuk dijual..demi 'sen' yang klise pun okay!


akak WL
Tanpa Nama berkata…
Err..salah eja pulak..nama muha hahaha!

Sakit gigi weh haha!
Anonymous berkata…
saya hampir menitiskan airmata melihat filem itu.

sebak dengan perjuangan dia.

bukan dengan kekurangan dia.
ubilepih berkata…
lili...paling hampas pilem sinario...tapi pilem2 gini yang ada demand...wa tukang bikin skrip je...itu pun belum laku2..sebab maybe cerita wa tak banyak merapu ahak..ahak

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.