Langkau ke kandungan utama

Sila marah, jika tidak setuju!


Aku tidak berselindung kawan. Aku cuba menjadi diri. Aku tayangkan wajahku di sini. Aku bogelkan segala isi hati. Aku tidak mahu menjadi penakut lagi.

Tolong hentikan tuduhan palsu! Aku tak cari nama di sini.

Aku tidak terikat dengan mana-mana parti. Merah,biru dan hijau sama sahaja. Semua itu bukankah warna semata?

Persatuan? Pergi matilah!

Bangsaku hanya akan bersatu untuk dua perkara sahaja. Satu, kenduri-kendara. Alasan mahu melantak kenyang-kenyang dan isi perut hingga penuh.

Dua, kematian. Takut jenazah busuk dan berulat!

Untuk perkara-perkara lain kita macam enau dalam belukar.

Sila marah, jika tidak setuju! Marah yang santun! Marah yang comel!
(Ditulis sebab geram melihat senario politik semasa. Bukan sebab hujan ya!)




Ulasan

Nafastari berkata…
Saya tidak punya alasan untuk marah. Saya bukan saja setuju, malah menyokong kuat Water Lily!!

Go go girl! Rock the world!! haha...
tasekM berkata…
ayat2 mengamuk kamu aku suka. sila ajar adikmu ini mengamuk.

he he.



.
Rahimin Idris berkata…
marah memang hak semua orang.
Aloy Paradoks berkata…
tak ah,,,, tak marah pun...
Pa'chik berkata…
kalili... aku tak ske gi kenduri... kikiki...

ada ke bangsa yang bersatu weh???
Pa'chik berkata…
pertubuhan bangsa-bangsa bersatu pun tak bersatu... :P
ckLah @xiiinam berkata…
Aku juga bukan pengikut mana-mana warna yang memualkan itu.....
Nizam.Ariff berkata…
Marah takpe, mengamuk jangan...
Pa'chik berkata…
aaa... jangan mengamuk weh... nanti pulis tembak buta je kat dada ang weh... takdak kira apa dahhh.... :P
mOEha Aziz berkata…
salam kak,

harung aje... jgn dipedulikan sgt tikus tikus yg poyo tu... :)
Tanpa Nama berkata…
saya mesti setuju dengan yang ini..

tp politik takkan hilang wajahnya.. ia akan tetap di sana walau tanpa dipinta
zizie ali berkata…
marah? tak takut pun...hehehe

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...