Langkau ke kandungan utama

Suatu malam Ramadhan


Suatu malam Ramadhan entah mengapa mata tidak dapat aku lelapkan. Sulit sangat terpejam. Aku pulas-pulas tombol radio buruk dengan empat beteri yang hampir putus nyawa. Bosan. Tiada satu pun menarik perhatian. Udara panas, tambah rancak mengganas. Tambah gelisah dan mood mahu tidur hilang ditelan udara panas dan nyamuk-nyamuk rancak berdendang di tepi telinga.


Aku melirik ke arah jam dinding. Sudah dini hari. Tiba-tiba teringat akan malam ini lima belas purnama. Bulan pasti terang dan cantik. Aku bergegas keluar ingin menyaksikan kalau-kalau ada bintang jatuh. (Sebenarnya, aku mahu tengok kalau-kalau ketemu Lailatul Qadar, katanya pohon-pohon pun sujud ke tanah; menyembah Yang Esa). Zaman anak-anak, tidak banyak yang kita tahu.
Benar! Tapi bukan bintang yang jatuh. Ada seekor ibu kucing yng comel dibuang di hadapan rumah. Bersama lima ekor anaknya. Anak-anak mengiau-ngiau minta disusukan, sedang si ibu mengiau kelaparan.


Kasihan! Aku ambil lebihan makanan Cutie, lalu ku hulurkan pada ibu kucing itu. Dan ku angkat anak-anaknya satu persatu. Aku masukkan ke dalam kotak yang dilapik sehelai tuala lusuh.
Ya! Pada saat aku melihat ibu kucing itu, aku terjatuh sayang padanya, dan anak-anaknya yang masih menyusu. Kini, Cutie akan mempunyai teman-teman dan aku harap ia tidak tidak akan menyombong diri.


Walau abah dan emak membebel-bebel, mereka juga tidak sampai hati membuang kucing-kucing yang aku pungut di jalanan. Tidak pasti. Samada abah dan emak juga sayangkan kucing. Dan yang aku pasti mereka sayangkan aku.


Aku masih ingat kata-kata abah “Barangkali kita yang berdosa ini, menumpang rezekinya. Bukan kucing-kucing ini yang menumpang rezeki kita”.


Nota kaki:
Catatan ini sekadar mengenang Allahyarham abah yang pergi sehari sebelum Syawal 2004 menjelang.


Ulasan

Alina berkata…
Kak, saya sentiasa ska malam yang ada batu-batu bercahaya di langit, dan mentol besar yang penuh tergantung.
xiiinam berkata…
Macam Imau.....

Dari kecil, sayangkan kucing ya Mar......
Monkey D Luffy berkata…
buat baik ada balasan baik tau
zhfr berkata…
Mungkin pertemuan dengan kucing-kucing tu Lailatul Qadar yang kak harakan?
rizwan's sweetheart berkata…
salam berteman...

harap2 dapat menambah teman berblogging...

~ wanfeedahoney from http://wanfeedahoney-myendlesslove.blogspot.com
~~~ kay ~~~ berkata…
alahai cute nyer kucing2 itu... kalau dekat nak jer ambik seekor, boleh? hehehe
(^_^)

Al-Fatihah buat yg telah pergi...
Water Lily berkata…
Salam

Kay,
Pix kucing tu,pakcuk gugel punya. Yang saya jumpa masa kat kg dulu,ada la iras2nya, :)


Rizwan,
Salam perkenalan kak Lily ucapkan :)

Z,
Zaman anak-anak,bukan kita faham sangat makna malam seribu rahmat itu. Yang kita mau tgk,hanya keajaiban.

Kapten,
Pembalsan adalah kerja Tuhan dan Tuhan sentiasa menepati janjiNya. Kalau dikifarahkan dosa pun, alhamdulillah!

Kak Lah,
Saya ni dari kecil sampai sekarang hidup di kelilingi kucing :) dan kucing-kucing di luar rumah.

Alina,
Akak pun suka.Malam memang waktu yang menenangkan :)
tajudin berkata…
Al-Fatihah untuk Arwah Abah, semoga termasuk dalam mereka yang mendapat rahmat Allah. AMIN.
Nizam.Ariff berkata…
Tahun ini tahun ke dua kami beraya tanpa ayah...
Ungku Nor berkata…
sangat-sangat setuju dengan abah..
tasikmerah berkata…
sgt setuju dgn abah.


kak, aku dh lebih 20 tahun tak ada abah.



.
lonelyroseblack berkata…
kak...benar kata2 arwah abah akak tu.. :)

alfatihah untuk arwah...saya pun dah takder abah..
iYda Juhar berkata…
wahhhhhhhhh..

dah lame tak singgah sini. dah muke baru rupenye..

hehehe
Pa'chik berkata…
oitoit... aku panggey ang kakhurairah eh kalili... ekekeke... :P
Water Lily berkata…
Pakcik,
Kak Khurairah, woih! sedap bunyinya tuh hahaha!

IYda
Dah dua tiga kali tukar dik!

Tasik,Lonely,Nizam,
Ye, sama2 le kita takde abah. Kita bersyukur la, dah berumur sikit baru yatim. Ada orang dari bayi lagi dah jadi yatim.

Kak Ungku,
Ada abah lagi ke?Kalau ada, alhamdulillah..

Encik Tajuddin,
T/kasih :)


pst..pst..tak nak ke order buku salun hehe...
speckurosaklagi berkata…
slamat hari raya.....

al fatihah utk arwah abah akak..
hans berkata…
tiba - tiba teringatkan kucingku yg sudah pergi
haih,sedih2
Water Lily berkata…
spec,
Selamat Hari Raya. Akak balik hari ni.tak dapat merayau hampir 10 hari tu.

Hans,
Salam kenal.Kamu pun sayangkan kucing juga hehe..
The Purple Cat berkata…
Selamat Hari Raya, waterlily :D
Maaf Zahir Batin.
zizie ali berkata…
terima kasih . catatan ini 'amat ringkas'.

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…