Langkau ke kandungan utama

Mari bunuh rama-rama


Mungkin kerana terpengaruh dengan ajaran-ajaran terpesong Jimmy Mahmud, Teh Junaidah dan Alina (mereka adalah pari-pari motivasi aku); maka aku dengan ghairah sekali mahu baca sajak depan khalayak. Maka aku gugel tip-tip deklamasi dan ternyata praktikal tidak berapa menjadi.



Dan di pelantar perut aku sekarang semakin banyak rerama berterbangan.
Okay! Mari bunuh rama-rama.



Aduh! Semakin banyak yang datang.

Poster: Cilok dari blog Sufian Abas.

Nota kaki: Wahai pari-pari, pinjamkan aku sayap. Kerana aku mau baca sajak paling seksi.

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
Jangan bunuh rama-rama.. tak baik.

Hehehe
addyaholix berkata…
selamat baca sajak esok. saya tahu akak akan jadi yang paling seksi sampaikan sajak seksi =)

kenal siapa-siapa dengan nama sity zabedah?
Yunus Badawi berkata…
Takkan tak biasa baca sajak?
Semoga semuanya dipermudahkan esok.
zhfrz berkata…
aiur liur memleleh sama kak sambil baca sajak seksi
13may berkata…
oh! bersastera rupanya :)
Tanpa Nama berkata…
Nizam,
Rasa macam pernah baca teks skrip drama tu hehe..

En YB,
Itulah pertama..gigil,gugupdan gabra hahaha!

Addy,
Huh, seksa adalah..nasib baik Jimmy Mahmaud tak datang. Tidak, sah2 sah mati akak digelakkannya hahaha!
Tapi hepi dapat jumpa Wahyudy dan Zhafir.

Zhafir,
Huh, akak baca sajak seksi pun jadi seksa kan. Gembira dapat berkenalan dengan kamu dll.

May,
Akak rasa cam tak berbakat nak baca puisi ni,takat nak tulis tu bolehlah juga. Tapi tak rugi belajar dan mencuba kan? hehe.

W.Lily
DeeN berkata…
Amacam bacaan sajak, akak ari tuh? Masih ada rama-rama yg berterbangan? Hehehe....!
Alina berkata…
Permulaan yang baik untuk perjalanan yang seterusnya, kan?

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.