Langkau ke kandungan utama

Saya cuma mencatat


Mardhiah Yusuf mengulas sajak saya yang Encik AJ katakan menyelak kain itu. Saya gembira kerana, ada yang mengerti bahawa saya hanya pencatat dan pemerhati. Bagaimana pun saya tetap menghormati pandangan Encik AJ kerana bagi saya berbeza itu keindahan.


Boleh baca ulasan Mardee di lamannya - di sini.

Malangnya sajak tersebut, tidak termuat di naskah SE kerana dicatat selepas naskah tersebut dalam proses suntingan mungkin.


Mungkin saya akan membacanya di acara Salon Nikotina.(Sila rujuk blog Sufian Abas)

Ulasan

ckLah @xiiinam berkata…
Anak bujang ckLah, Nabil Emir...suka amat sajak Tok Rimau...
"Valentine's Day' tu...






Baru darjah Enam...
tasekM berkata…
kamu nk baca sajak? aku nk ikut!

:)
Water Lily berkata…
Tasik,
Ko sposor baju lip lap aku ek hahaha..

:)

Kak Lah,
Sajak TokR sangat simple, tapi bermakna - dari hati seorang lelaki yang jujur dan tak tau bermuka-muka hehe
Nizam.Ariff berkata…
Bila dapat je buku tu, aku terus ke bahagian kak Lily...
Lily Abdullah berkata…
Akak ingat ko suka sajak Mimi hahaha!
AL-BIMA SAKTI berkata…
berharap itu usaha.
usaha itu cita-cita.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.