Langkau ke kandungan utama

Mohon Maaf


Mohon maaf kepada pengunjung setia blog-blog saya. Blog-blog saya mungkin tidak akan dikemaskini untuk satu jangka waktu yang agak panjang. Terima kasih kepada pembeli, teman-teman yang menempah dan sudah pun memiliki selonggok sajak tanpa metafora SALUN EKSOTIKATA, teman-teman blogger yang mengiklankannya secara sukarela lagi percuma. Tidak lupa juga yang mengulas di halaman sosial Facebook. Mungkin ada satu dua rencana mengenainya di media arus perdana.



Bukan saya merajuk hati kerana naskah yang masih banyak di tangan saya. Cuma saya mahu berehat, mengatur semula keutamaan saya; antara yang minat dan yang membolehkan saya menjana pendapatan.



Terima kasih kepada yang tidak jemu-jemu menyokong dan berkunjung.

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
Akak nak buat roadshow ke?
Aishah Nur Hakim berkata…
alahai kak..sudah rindu. kalau nak dapatkan buku by hand boleh ke?

semoga segera pulang~
tajudin berkata…
maaf.

bukankah minat dan menjana pendapatan itu boleh dilakukan serentak?
SATIRA + KACAU berkata…
Water Lily: Maaf cakap. Patutnya menulis tidak sampai menjadi masalah atau sebab yang menghilangkan punca pendapatan.

Kenapa tidak fokus, menulis sebuah novel dalam bentuk diari secara terus menerus.

Saya lihat Water Lily mampu dan boleh bercerita.

Jadi tinggalkan blog, pindah ke novel.

Bolehkan?
Tanpa Nama berkata…
Ya,terima kasih. Itulah yang sebenarnya yang ingin saya usahakan insyallah. Blog ini akan (dan blog-blog lain) akan saya tinggalkan untuk berhijrah kepada sesuatu yang lebih bermakna.


T/kasih kepada rakan-rakan yang menggalakkan

Aishah,
Akak akan memberanikan diri untuk membaca naskah SE di Silvefishbokstore pada 17/10 jam 5-6ptg. Jika mahu by hand silalah ke sana. Boleh rujuk blog Sufian Abas @ FB dia.Jika tidak sempat, silalah email. :)

Nizam dan En Tajuddin
T/kasih kerana berkunjung dan menyokong :)

Water Lily
DeeN berkata…
Walau apa pun yg Kak buat, aku du'akan semoga berjaya dan diberkatiNYA. Kak, kalau dah ada 'buah tangan' jangan lupa iklankan, yer!

:)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...