Langkau ke kandungan utama

Kak, bertabahlah


Hari ini, bangun pagi. Belum sarapan. Buka blog. Nampak komentar kakak ini.
Baca
entrinya.

Tanpa sedar, airmata tiba-tiba mengalir.

Ah! murahnya airmata pagi ini. Ramalan cuaca di dalam hati hari ini diramalkan moody.

Kak, bertabahlah!

Aku pun dalam kesakitan juga. Menelan ubat-ubatan sehingga naik loya tekak juga. Tapi selagi ada kurnia bernama nyawa, kehidupan tidak harus diisi dengan berduka sepanjang masa.

*nangis*

8.59am
Maaf, aku tak telefon. Takut ganggu kamu kak!

Sekali lagi kak, bertabahlah! Doa sahabat dan saudara terdekat mengiringimu. Dan Allah akan melindungimu. Moga kau selamat kak, Ya! kita tahu. Tahu amat. Tiada siapa pun sempurna! Selain dariNya.

Ulasan

mOEha Aziz berkata…
salam kak,

adikumu ni pun tiba2 mengalir air mata... simpati bercampur kagum dengan kakak yang sedang berjuang kini di meja bilik penuh cahaya itu....
Tanpa Nama berkata…
"Kadang-kadang tuhan hilangkan matahari, datangkan hujan, kita resah dan menangis mencari matahari, dihujung waktu, rupanya tuhan nak hadiahkan kita dengan pelangi"..

Tuhan amat memahami derita akak, kerana dia lebih dekat dari urat leher hamba2nya.

Senyumlah kak..
Nizam.Ariff berkata…
Tumpang risau....
Unknown berkata…
betul tu kak..takde manusia yang sempurna..tapi mamat sebelah saya ni ngaku dia sempurna pasal isap rokok sampoerna..apa barang rokok tu..winston light gak best kan akak kan..kan?
addyaholix berkata…
moga kita semua dipelihara tuhan. yang sakit itu ujian. dan moga ujian mampu buat kita lebih mengingati-Nya.
en_me berkata…
salam akak lily itteww.. u hv been TAGGED by me.. ehehe
tasekM berkata…
doa yg baik2 buatnya..



.
ckLah @xiiinam berkata…
.....
Salam...terima kasih atas doa yang dikirim...



Maafkan ckLah kerana rupanya telah membuat Mar menangis.....jangan risaukan akaklah...semuanya baik-baik saja. Alhamdulillah,.
Lily Abdullah berkata…
Salam untuk semua,
T/kasih. Alahamdulillah kak Lah kita dah beransur baik. Boleh le kita bepoya2 semuala.

Citt! Tarak baik punya niat...[apa punya orang)

Ps- pinjam ayat samy vellooo daa!

:)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...