Langkau ke kandungan utama

Sebuah coretan yang terjah-terjah

Rasa macam ingin menulis suka-suka hati. Mungkin macam karangan budak darjah satu. Blog saya, tentulah ceritanya banyak berkisar tentang saya. Tentang hidup saya. Tentang keterujaan dan kesukaan saya.

Ya! Saya masih teruja bertemu AJ dan Pyanhabib di Maskara. Tengah-tengah malam buta, saya telefon Khadijah dan jerit “ Oii! Adik, hang nak tau aku jumpa Pyanhabib yang kita suka sangat masa muda-muda dulu”

Dan saya gelak mengekek-ngekek macam pontianak mengusik anak teruna sunti di malam hari.
Hang ni mamai ka apa? Kut ya pun nak cerita esok-esok laa..aku nak tidoq ni” Khadijah terus matikan telefon. Saya kira, pasti Khadijah sedang menghamun kutuk kesewelan saya.

Esok via MMS, saya kirim gambar Bro Pyan serta foto-foto saya bersama Alina dan Muha.

Awat hang kak?” Khadijah via sms.
Awatnya?”Balas saya.
“Baju hang, sebijik macam baju Kak Long” Khadijah via sms lagi.

Ceh! Saya sudah agak, Khadijah akan kutuk pakaian saya. (Makluman: Kak Long, anak dara Khadijah saya yang dukung ke hulu ke hilir dahulu, kini sudah berumur empat belas tahun)

***
Tahun hadapan (insyallah jika tidak menjadi jenazah) umur saya genap empat puluh tahun. Dan saya sangat memahami kenapa Khadijah melarang saya memakai baju yang up to date.

Khadijah, kau tidak tahu kakakmu masih ada semangat forever young (sila baca – aku jenis memang perasan) haha!
Dan gemarkan band Hujan, Yuna,Coldplay, Norah Jones dan Zee Avi.(Barangkali kau tidak kenal muzik-muzik begini, kerana kesibukan menjaga kebajikan mak, suami dan anak-anak)

Sudah bosan dengan retro. Mungkin kerana sewaktu membesar, kita terlalu obses dengan muzik Wing, Search dan segala macam kumpulan rock kapak..

Khadijah!
Aku masih ingat mati adik! Aku masih belum lupa diri!

Lagu untuk kamu Khadijah.

Let's pack our bags
and lie on the easy stream
feel the water on our backs
where we can carry on dreamin'
where we can finally be
where we'd like to be
Darlin', just you and me
~zee avi, just you and me~


Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
Rockapak masih hidup ... dalam kenangan...
mOEha Aziz berkata…
salam kak,

takde masalah... mak saya yang dah nak menjangkau 7 dekad pun masih suka dengar lagu lagu hujan & yuna... :p
ckLah @xiiinam berkata…
Mar...





Maafkan jika ku tak sempurna. Doakan daku -9 pagi 13 Ogos...
en_me berkata…
lawa gigi tewww.. ehehe, salamm akak lily
Batara Guru berkata…
sabar....ujian tu.
oranglidi berkata…
sape ni? best nye!
dariana berkata…
salam. gi mari gi mari... singgah di sini.
melihat2 apa yang ada... semoga afiat, bahagia sokmo dan dilindungi Tuhan.
Lily Abdullah berkata…
Salam kenal untuk rakan blogger yang baru di sini.

Dariana,
Tiada apa2 di sini. Kadang sampah-sarap dari hati rusuh.

Joe,
kalau gitu kamu serupa akak ek?

Ko tanya penyanyi ni ke orglidi. Ni zee avi. Kalu ko tanya Khadijah,dia adik aku, bonda beranak empat. :)

Me,
Tu Zee Avi.

Batara,
Awak komen salah entri neh hahaha!

Kak Lah,
Saya doakan kak cepat pulih dan dapat bergurau semula dengan kami.

Lone,
Salam perkenalan :)

Tu lah kapten, pesal gua uploaded video jadik serabai. Benciiiiiiiii!

Muha,
Boleh join dengan bonda ya hahaha!

Nizam
Rock never die..yang mati pendukung dan penggemarnya eheh!

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc