Langkau ke kandungan utama

Sebuah coretan yang terjah-terjah - siri 2


Pada suatu hari dalam tahun 2009, dia terjumpa suatu catatan lama yang berbunyi begini:

Sejak akhir-akhir ini, gua asyik fikir pasal mati. Umur sudah 33, paling lama gua boleh hidup mungkin 20 atau 30 tahun atau kurang. Atau malam ini atau sekejap lagi.

Sebelum gua pejam rapat mata dan tak buka-buka-buka lagi gua ada satu permintaan.

Eh! banyak sebenarnya. Satu, gua harap gua mati kemudian, biar gua boleh jaga abah dan mak dulu. Gua kena mati kemudian, sebab gua takut Khadijah sedih ditinggalkan kakaknya. Walau gua dan Khadijah macam anjing dengan kucing, gua sayang dia ya amat woo! Wa cakap lu!”

Lagi satu gua, belum boleh mati sebab gua belum kawin. Hahaha! Gua sangat musykil ada ke yang nak ke gua nih?”

~20/4/2003~

Dia terpisat-pisat. “Eh!Betul ke aku pernah tulis begini?”


Hahahahaha! Rock gila...dalam rock syahdu pun ada!

Sampai entri ini ditulis, usia dia dipanjangkan lagi. Dia sudah ada pakwe rempit, yang boleh diajak ke mana-mana kecuali ke bulan.





Ulasan

lonelyroseblack berkata…
dokumentasi masa lalu.. :)
SHIMI berkata…
salam kak lily. Rindu sangat untuk dapat selalu singgah disini. Seperti selalu masa dahulu.

Kan itu juga kenangan...
mugiwara berkata…
macam ahli kumpulan rock kapak membuat pengakuan berani pula~

haha~
Cikgooden berkata…
ahaaaa..rempit yo...hang ni?



ujan selalu..tak best dah merempit..
Adliff berkata…
Pakwe rempit yang akak ajak makan coklat itukah? Pakwe rempit itu memang terer sebab akak yang rock boleh diajaknya merempit bersama-sama.

p/s: miss u so much akak.
tasekM berkata…
abang R tu kan terer. sila merempit ke melaka. he he.


.
mOEha Aziz berkata…
salam kak,

hehehe... pakwe rempit akak mmg best... :)
Dearie Pearls berkata…
salam...

kunjung 1st time..

dari blog en_me sampai ke sini..

hehe..
zhfrz berkata…
rock rock pun hati gadis gak
haha
Basuh Baju berkata…
helo water lilly

lama tak dtg sini..hehe

ei, selalu gi maskara ke? best tak? tak pernah pergi la..ada apa ek?
Nizam.Ariff berkata…
Akak boleh ke bulan sebenarnya!

Pejamkan mata (tapi selepas baca habis tulisan aku ni la).

Pegang tangan abang R dan bayangkan Neil Armstrong menjemput akak turun dari Appollo.

Wuuihh.. giler rock-mantik.. hahaha
en_me berkata…
gua pong ader permintaan jugakk.. sebelom ko mati, leh buat TAG gua yg itteww takkk.. ekeke, salamm akak lily ittewww.. peace
Unknown berkata…
err..cuba rempit ke ampang ni..leh saya payung ABC ke..laicikang ke..
nono fara berkata…
saya pun suka tulis diary dulu-dulu.. bila baca balik rs kelakar gilerrr okaaaayh! ;P haha...

tapikan, best tau. ssb kita leh reminiscing masa lalu :)

-Nono Fara
Alina berkata…
Tuhan ada.
Water Lily berkata…
Alina,
Ya,keajaiban sentiasa berlaku dan kadang kita tak sedar :)


Nono,
Sejak blogging, dah tak tulis diari lagi :)

Kimie,
Ko nak payungkan akak ke, atau akak yang kena payungkan kau neh haha!

Me,
Gua lum mati, syukur sudah jawab tag hahaha!

Nizam,
Akak rasa nak pegi venus la pulak... giler rock-mantik tak hahha!

Adinda BB,
Ada makan-makan, baca-baca puisi, nyanyi2 artis bukan mainstream dan kawan2 yang kita suka :)

Zac,
Gua pun manusia biasa gak, bukan robot :)

Pearls,
Salam kenal. Nanti akak lawat blog u ye. :)

adik botak,
huhuhu..bodek le abgmu itu hahaha!

TM,
Aku ingat lepas raya nanti,aku nak rempit ke Melaka jugalah. Tumpang tidur rumah ko boleh? hehe...

Aliff,
Kamu pernah baca blog akak diam2 ke? Selama ni,tak pernah nampak kamu komen. Kamu rindu akak, dah berapa lama tak datang dan baca sini/atau kita pernah jumpa secara live ke?? :)

Cikgu,
Hang dah baik demam ka? hehe..

Mugi,
Bukan takat berani mati, berani giler neh hahaha!

Shimi,
Berpuasa di rantaukah? Sian Mi. Miss u too :)

Lone,
Blog- dokumentasi masa kini :)

Water Lily
de_kerinchi berkata…
Assalamualaikum

Selamat menyambut bulan ramadhan dari saya sekeluarga..semoga segala ibadah, diterima dan diberkati Allah S.W.T.
ubilepih berkata…
Selamat menjalani ibadah puasa,semoga amalan di berkati Allah

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...