Langkau ke kandungan utama

Dendang Cinta: sekadar mengulas rasa

Dendang Cinta Bertolt Brecht
Ini saja koleksi antologi puisi yang saya miliki

Sewaktu menghayati Dendang Cinta antologi puisi Bertolt Bercht (terjemahan Pauline Fan) pemberian Alina; saya yang kurang ilmu agak keliru. Terbiasa dengan karya Pak Samad Said, Allahyarham Usman Awang, penyair Marsli N.O, Suhaimi Haji Muhammad (sekadar menzahirkan beberapa nama besar yang diingati), saya bergumam sendirian” Sajak apa ni?”

Keselarasan

Bidi di Peking
Di Allgau, Bie
Selamat, dia kata
Dibalas, pagi

~ Bertolt Bercht~
Muka surat 9 (Dendang Cinta)

Dan saya tidak begitu mesra(baca: tidak tahu lansung,sekadar mendengar nama) dengan karya penyair-penyair dari tanah seberang kecuali Chairil Anwar. Atau mana-mana penyair dari Timur Tengah. Keterbasan bahasa juga menghalang saya menghayati puisi Keats, Shakespeare mahupun Pablo Neruda.

Ah! Dangkalnya ilmu saya.

Oleh itu, setiap kali melakar puisi, saya bimbang dan sangat berhati-hati. Saya takut lari makna dan segala macam ketidaksempuranaan. Paling saya takuti, persamaan tanpa sengaja. Takut, saya menjadi peniru tanpa sengaja. Dalam berhati-hati, ianya terjadi juga.

Saya menulis puisi/sajak sejak remaja; di dalam diari. Kini dengan adanya weblog berpeluanglah saya menulis dan tulisan saya dibaca. Terpulang pembaca mahu menilai apa. Saya ‘menghentam tulis’ seikut rasa kadang-kadang.


Saya tertarik dengan ulasan di perenggan terakhir kulit buku oleh Bapak Goenawan Muhamad.

Pauline Fan berhasil menangkapnya dan menyajikannya kembali dalam bahasa Melayu yang ringkas namun menyentuh. Jika dalam sajak yang diterjemahkan dalam Dendang Cinta ini ada interupsi di sana sini – ironi tiba-tiba masuk, bahkan juga cemuhan – mungkin itu cara ‘dialektik’ Brecht yang hendak mengingatkan kita bahawa di satu masa yang buruk untuk puisi,sebuah sajak cinta akan terasa membazir. Namun haruskah semuanya berguna?”
~Goenawan Muhamad~

Sekalung terima kasih untuk Alina. Pemberiannya menjadikan saya berani membuka weblog yang ditutup sebelumnya.

11.21 am
22 June 2009

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
Rasanya pasal budaya di tempat berlainan, dari segi bahasa kut...
Aloy Paradoks berkata…
persamaan tanpa sengaja itu mmg adat... tak ada sesiapa yg salah.
peniruan juga sebenarnya digalakkan hingga jumpa identiti.
Tanpa Nama berkata…
yang penting tulis saja kak apa yang terlintas. manusia sendiri yang beri makna.

tidak ada salah benar.


dan sama-sama.
mugiwara berkata…
banyak lagi yang saya tak tahu.
walaupun sedar saya selalu lari dari pengakuan.
literature masa sekolah sangat bosan bagi saya kerana selesa dengan bahasa sendiri.
lama lama saya sedar sendiri. perlu juga keluar melihat budaya lain.
: berkata…
~salam ziarah.. =)

puisi itu indah...dan saya masih mahu bnyak belajar tentangnya..
addyaholix berkata…
puisi tak semestinya difahami, dah cukup sekadar dihayati. itu kata seorang teman pada saya bila saya membebel tak faham sesetengah puisi.
ubilepih berkata…
Sis..kalau kamu terjumpa novel Iwan Samutupang bertajuk ZIARAH tlg infrm sama saya...sudah lama bangat cari itu buku blum dapat.Tq
tasekM berkata…
kak, aku mmg tak pandai nk berpuisi. teruk sungguh haih....


.
Rajuna berkata…
aku kurang selesa dengan penulis yang tidak mempunyai persekitaran seperti aku.

ceh.
Tanpa Nama berkata…
Bagus. Minat puisi!! :D

Nice post.

Salam, kami merupakan pekerja-perkerja yang telah dibuang tanpa menerima gaji dan pampasan oleh sebuah syarikat multinasional yangdalam proses untuk lari dari Malaysia

Please support kami.

Jadilah follower kami.

http://agni-energie.blogspot.com

Inilah usaha kami untuk menuntut hak kami.
Brader Black berkata…
Aku sama dengan mak mertua aku,
xtau langsung pasal puisi.

Aku cuma tau mengarut, dan cHreT!
AieSha berkata…
kak, tulis puisi tuk saya satu! heh.
ainunL muaiyanah berkata…
Tiada keselarasan yang jelas dalam puisi. Tulislah puisi dari jiwa dan orang terkesan membacanya. Bukan puisi yang penuh kosmetik.

Terima kasih kerana berkunjungan di blog saya (walaupun dalam senyap-senyap tanpa tinggalkan jejak ya)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...