Langkau ke kandungan utama

Cerita orang kahwin


Cuti sekolah. Ramai kawan-kawan, saudara-mara naik pelamin. Cuti sekolah. Anak-anak kecil dan remaja di rumah. Yang tinggal di asrama balik ke rumah. Dan hari Ahad, sebaik sahaja mencecah jam sepuluh, jika engkau tinggal di flat murah DBKL atau kuarters kerajaan (untuk staff marhain), apa engkau dengar?

Ya. Dialog-dialog begini adik-adik. Dialog mereka yang berkelamin. (dan beranak-pinak)

“Along, tengokkan adik nangis tu. Mama nak masak ni” Si ibu,
“Alaaa....maa.. Orang nak tengok tivi ni.” Si anak dara empat belas tahun.

(Suara si adik, sekejap menangis, sekejap pause, sekejap tone tinggi, sekejap turun)

Si ibu memujuk” Alaa..adik diamlah. Nanti abah bangun, mama kena marah tau!”

(Makin kuat tangisan)

“Diam dik!”
“Mama kata diam, cepat diam!” suara si ibu semakin tinggi.

“Macam mana awak jaga anak. Awak tau tak saya penat kerja?” suara jantan si bapa baru bangun tidur(jam sebelas). Macam guruh musim tengkujuh.(He'elah..macam lu sorang cari duit, bini lu pun kerja juga). Apasal,aku pulak yang emo haha!

Anak diam. Ibu diam. Suara tivi sudah padam.(Diam tidak bermakna setuju; ada pemberontakan dari dalam)

Uh...takutnya aku. nak beranak!(hehe..) Jadi kamu, yang masih bujang, silalah faham. Berusahalah, supaya tidak mendekati suami/isteri orang. Jika tidak, kalian mungkin serbuk penaik atau bom peledak yang bakal meruntuhkan masjid orang. Lepas itu kamu boleh pula buat kenyataan macam Mimi atau Wahida.

Dan jangan takut pula nak kahwin.
Okay!

Ulasan

Atan berkata…
he he he bujang juga best kan... cuma tak best nya tak sempurna iman seseorang yang belum kahwin
iYda Juhar berkata…
yer.
saye mau kawen.
hermm

:)
Kay berkata…
itu realiti kehidupan - apa2 pun hidup ini hanya suatu persinggahan dan kita akan terus diuji sehingga ke nafas yg terakhir.
(^_^)
Nizam.Ariff berkata…
Kak, kalau gitu aku pun nak kahwin .......






....lagi satu.



HAHAHA
Aloy Paradoks berkata…
diam ada pemberontakan... gua setuju dan suke.

rangkap terakhir... ada kebenarannya.
A t i Q a h berkata…
Teringin je nak hantar surat layang kat bapak-bapak yang macam tu. "Jangan pentingkan diri anda sendiri!!" Haha.
AKUOKU berkata…
org pompuan kena lebih berani dan tegas... bukan bermakna derhaka.

entahlah lily, tak tahu nak komen apa..?
S.YanaZ berkata…
Bg perampas, merampas suami org itu cool.

*go to hell*
cakapaje berkata…
Salam WL,

Hmm...ni kish borat sikit, masuk bab nafsu dan jodoh. Memang dari mata kasar senang kita kritik orang yang 'gatai' nak tambah cawangan. Namun, sesuatu yang berlaku tu ada hikmahnya.

Ingat kisah nafs yang mempunyai nyawa tersendiri. Ingatkan juga kisah Nabi Ibrahim a.s. yang meninggalkan pesanan kepada Nabi Ismail a.s. melalui isteri Nabi Ismail yang pertama.
reverie berkata…
Setuju benar dengan entri ini.
Kapten Luffy berkata…
macam2 dugaan dah kawen

heheh
zaidharis berkata…
err?

esok saya khawin?
nak empat ke?

heheh,
dua pun masuk surat khabar.

madu?
yeah,
makin laris,
di dada kertas guna semula.
addyaholix berkata…
kahwin agenda saya yang paling akhir mungkin. belum masuk senarai pon.
Unknown berkata…
INI CERITA TIVI... SALAM
AieSha berkata…
bila tah boleh kawin...
Rajuna berkata…
secara peribadi
penyatuan dua insan untuk sepanjang hayat adalah momen yang paling menakutkan.

tidak berhadapan dengannya
maka tiada risiko berhadapan dengan pelbagai masalah.
K.H berkata…
Ini betul-betul dengar dialog jiran rumah sebelah ke?
tasekM berkata…
beranak dugaan. tak beranak pun dugaan. ye kak....?



.
Leman Cintan berkata…
hahahaha...musim mengawan dahh utk 2 minggu nih
Lily Abdullah berkata…
Leman,
Istilah 'mengawan' cuma untuk haiwan :)

Tasik,
Tiada dugaan,bukan kehidupan namanya.


Indra,
Line clear,macam siaran lansung.

Juna,
Membujang pun lagi banyak risiko tau.

Aie,
Ko tunggu gadis macam Agnes kan..kan..haha!

Budak kampung online,
Ye, saya suka ciplak.

Encik Ubi,
Senyum aja ye :)

Addy,
Akak dulu pun gitu jugak hehe..

Zaid,
Itulah kerja manusia, semua nak disensasikan.

Rev,
Kenyataan memang payah kan?

Akhi Syah.
Saya tak pertikai bab hukum-hakam. Ketidakadilan,ketidakprihatinan kadang kala agak mendukacitakan.

Kapten,
Orang bujang pun banyak dugaan juga.

Yanaz,
Biasalah, dia takkan mengaku salah.

Mama adik dan kakak,
Kita tengok by caselah. Jadikan iktibar untuk diri.

Tiqah,
Jangan masuk campur hal rumahtangga orang. haha!(nasihat konon hehe..)

Aloy,
Dah kawen sok,jadilah bapa2 yang prihatin..erk..kamu tak kawen lagi kan?

Nizam,
Ambil borang cepattt..suruh mama sign...calon dah ada ka? haha!

Kay,
Betul. Dunia tempat menguji iman. :)

IYda,
Cepat..cari calonnya..Atan kat atas pun bujang lagi haha!

Atan,
Kalau kawen,jemput akak ye hehe..

t/kasih
Lily Abdullah berkata…
Purp,
Okeh! Jangan lupa menjemput,jika tiba jodohnya hehehe..!
Tanpa Nama berkata…
sonoknyer kawenn kanns.. salamm akak lily tewww
Nafastari berkata…
Ada orang kata, berkahwin dari satu segi seperti berjudi. Tetapi kita boleh menang jika kita berusaha untuk menang. Saya berkahwin, gembira dan tidak menyesal.
Lily Abdullah berkata…
Me,
Alahai..seronoknya Me. Nak tambah cawangan ke haha!

Sdra Ahmad,
Saya juga merasa lengkap setelah berkahwin. Bahagia diterima seadanya :)
ckLah @xiiinam berkata…
Salam...
Salam....



Ku ingin tumpang beraksi di gelanggang selalu-selalu..


apakan daya...





Line tumpang orang ni...


curi-curi...


Broadband ckLah hancur...anak bawa pergi kem...
NoraHash berkata…
Salam, bila kita bole jumpa ye?
Lily Abdullah berkata…
Salam

Kak Lah,
Alaa..siannya broadband dicuplik Nabil ke? Patut lama tak sampai ke sini. :)

Noor,
Entahlah. Nanti saya email. Masih pakai no fon yang dulu ke?
DeeN berkata…
Salam,
Kak, bila fikir2 balik aku rasa cam takut jer nak kawen, pastu ada anak. Tp lagi tak best kalo tak kawen kan, kan, ... hahahahahaha!

Laki orang? huhuk! Bala, bala. Karang jadik cam yg dah sedia ada dah. Mintak simpang la.
BuRuuj berkata…
akak, kdg2 perasaan berkawan dgn suami org itu suatu yg amat berbeza..ntahlah...
rudy bluehikari berkata…
penamat etri ini aku suka!
boe~ berkata…
"man....tolong abah kau tu..."
"baik mak"
Lily Abdullah berkata…
Zambri,
Beruntung kalau ada anak serupa Man :)

En Rudy,
Apa yang suka benar tu haha!

Ruuj,
Suami orang sangat 'kool' kan hahaha...

Deen,
Jodoh tak boleh nak kira jugak dik. Yang dah kawin ni pun belum tentu selamat dari menjadi 'serbuk penaik' hehe..
YomahaYomaso berkata…
kahwin itu bukan la untuk berseronok2 saje dengan isteri...
nikah itu diiringi dengan tanggungajawab...ramai yg tak faham ni...ramai yg anggap kahwin ni hanya untuk beranak pinak aje...adoiii
CikBunga. berkata…
Saya tak berniat nk jadi macam Memey or Wahida....pengakuan berani mati. Singkap rahsia hati!

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam