Setiap kali pakai ke Maskara, warna acaranya tidak pernah menghampakan saya. Dan ini foto-foto bersama kawan-kawan yang kita suka.(yang lain boleh tengok Facebook)
*******
Encik Pyanhabib dengan 'lancar'nya,(jangan marah bang hahaha!) melancarkan produk terbaru Sindikit Soljah - Siapa Kekah Bidan Sepiah. Lihat aksi-aksinya dan kucing digunakan sebagai 'prop' bagi menggantikan 'harimau' yang enggan dipinjamkan oleh pihak Zoo Negara. Lain kali, jika ada apa-apa naskah yang mahu dilancarkan, jemput Encik Pyanhabib. Ini asyik-asyik jemput menteri. Saya belum sempat mengkekah apa-apa lagi kecuali Jurnal Sulong Soldadu kerana saya secara sukarela menyumbangkan dua cerita kontot di dalamnya.
Intro oleh Encik Dean Sham sangat cantik. Saya fikir beliau mahu mempersembahkan kabuki.Saya ada juga fikir-fikir, jika rumah saya di sebelah Rumah Pena; saya mahu berlari balik ke sana mengenakan yukata. merah Semata-mata untuk bergambar dengannya. Di permulaan saya menulis blog, beliau pernah menyediakan satu entri khas bagi menjawab komentar saya. Sampai kini, saya masih tertanya-tanya nama sebenar beliau Shamsudin atau James Dean.
Intro oleh Encik Dean Sham sangat cantik. Saya fikir beliau mahu mempersembahkan kabuki.
Saya sempat berbicara sepatah dua kata dan bergambar kenangan-kenangan bersama Encik Marsli N.O yang sangat saya hormati. Terima kasih encik!
Jayzuan - saya suka dengan lagunya dengan teks yang berbunyi 'masa depan lebih menakutkan dari hantu'.King Binjai yang blognya saya baca diam-diam.
Saya terlupa siapa lelaki ini, tapi saya amat mengkagumi teks bacaannya. Di antara ayat-ayatnya yang berbunyi " Kita semua adalah alien! "
Saya kepingin sungguh berbicara dengan Dato' Ibrahim Ghafar dan Encik Ismas Saring. Saya marahkan mulut saya sebegitu berat untuk menegur kedua yang sudah berpangkat ayahanda ini. Walau saya berada, di luar jendela Rumah Pena dan mereka berdua di dalamnya.
Pak We Rempit saya, seperti selalu - tidur di belakang halaman Rumah Pena.
Buku-buku dan jualan semuanya nampak 'menawan'. Apakan daya, poket saya sudah kekontangan. Walau hati saya kepinginkan kesemuanya.
Buku-buku dan jualan semuanya nampak 'menawan'. Apakan daya, poket saya sudah kekontangan. Walau hati saya kepinginkan kesemuanya.
Syabas dan sekalung terima kasih untuk para Soljah!
Ulasan
saya ke frinjan..ada ulangtahun kawan..
.
Aku pesen gugup pentas, ada uncontrol movement dan speech disability. Aku cuba jadikan bro Pyan idola aku. Tak berapa nak menjadi beb! hahaha!
Kau datang tak? atau kau pergi Frinjan...
Tm,
Shad up u! aku tak nak kawan ngan ko 5 second :p
Tok,
Itulah pasal...kenapa harimau..bukan tapir..sudahnya Vovin mendera haiwan kesayangan saya tu tok.
Alahai bila agaknya nak jumpa tok ni? Bila Tok ada, saya 'segan' nak menyapa.
Dik Aishah,
Insyallah, mungkin di lain waktu. Sudah baca tulisan kmau di Jurnal Sulung Sol-dadu.
akak suka - Dia cari teman lelaki untuk harijadinya.
:)
Silalah ambil :)
Semoga bertemu lagi :)
HAPPY CNY everyone!!!!
Hv a great holiday & for those driving back to their home town...remember! drive safely.
(^_^)