Langkau ke kandungan utama

Maskara 19 dan teman-teman yang kita suka

Setiap kali pakai ke Maskara, warna acaranya tidak pernah menghampakan saya. Dan ini foto-foto bersama kawan-kawan yang kita suka.(yang lain boleh tengok Facebook)
Cik Puan Daun sudah bertiga sekarang :)

Foto di bawah Zhafir
Mus

Wahyudy
Zhafir lagi
Dila Raden
Akak Ungku Nor(dia sudah tutup blog)


*******




Encik Pyanhabib dengan 'lancar'nya,(jangan marah bang hahaha!) melancarkan produk terbaru Sindikit Soljah - Siapa Kekah Bidan Sepiah. Lihat aksi-aksinya dan kucing digunakan sebagai 'prop' bagi menggantikan 'harimau' yang enggan dipinjamkan oleh pihak Zoo Negara. Lain kali, jika ada apa-apa naskah yang mahu dilancarkan, jemput Encik Pyanhabib. Ini asyik-asyik jemput menteri. Saya belum sempat mengkekah apa-apa lagi kecuali Jurnal Sulong Soldadu kerana saya secara sukarela menyumbangkan dua cerita kontot di dalamnya.

Intro oleh Encik Dean Sham sangat cantik. Saya fikir beliau mahu mempersembahkan kabuki. Saya ada juga fikir-fikir, jika rumah saya di sebelah Rumah Pena; saya mahu berlari balik ke sana mengenakan yukata. merah Semata-mata untuk bergambar dengannya. Di permulaan saya menulis blog, beliau pernah menyediakan satu entri khas bagi menjawab komentar saya. Sampai kini, saya masih tertanya-tanya nama sebenar beliau Shamsudin atau James Dean.

Saya sempat berbicara sepatah dua kata dan bergambar kenangan-kenangan bersama Encik Marsli N.O yang sangat saya hormati. Terima kasih encik!

Jayzuan - saya suka dengan lagunya dengan teks yang berbunyi 'masa depan lebih menakutkan dari hantu'.King Binjai yang blognya saya baca diam-diam.
Saya terlupa siapa lelaki ini, tapi saya amat mengkagumi teks bacaannya. Di antara ayat-ayatnya yang berbunyi " Kita semua adalah alien! "

Jonos si kartunis dengan aksinya.
Cik Anna Raffali, suaranya bisa membunuh mana-mana lelaki :)

Meor dengan persembahan yang tidak pernah menghampakan.



Saya kepingin sungguh berbicara dengan Dato' Ibrahim Ghafar dan Encik Ismas Saring. Saya marahkan mulut saya sebegitu berat untuk menegur kedua yang sudah berpangkat ayahanda ini. Walau saya berada, di luar jendela Rumah Pena dan mereka berdua di dalamnya.


Pak We Rempit saya, seperti selalu - tidur di belakang halaman Rumah Pena.
Buku-buku dan jualan semuanya nampak 'menawan'. Apakan daya, poket saya sudah kekontangan. Walau hati saya kepinginkan kesemuanya.


Syabas dan sekalung terima kasih untuk para Soljah!



Ulasan

Aishah Nur Hakim berkata…
alahai..kalau pergi..dapat bergambar dgn kak lily.. ;(

saya ke frinjan..ada ulangtahun kawan..
Tok Rimau berkata…
Menyiksa binatang la budak-budak ni.
tasekM berkata…
sori tak dapat dtg kak. aku balik kl pagi. petang darren ajak balik melaka balik. ada kerja. alahai...



.
Lelaki Autumn berkata…
kamu bila lagi mahu membaca puisi disini ?
Lily Abdullah berkata…
LA,
Aku pesen gugup pentas, ada uncontrol movement dan speech disability. Aku cuba jadikan bro Pyan idola aku. Tak berapa nak menjadi beb! hahaha!

Kau datang tak? atau kau pergi Frinjan...

Tm,
Shad up u! aku tak nak kawan ngan ko 5 second :p

Tok,
Itulah pasal...kenapa harimau..bukan tapir..sudahnya Vovin mendera haiwan kesayangan saya tu tok.

Alahai bila agaknya nak jumpa tok ni? Bila Tok ada, saya 'segan' nak menyapa.

Dik Aishah,
Insyallah, mungkin di lain waktu. Sudah baca tulisan kmau di Jurnal Sulung Sol-dadu.

akak suka - Dia cari teman lelaki untuk harijadinya.

:)
kingbinjai berkata…
terima kasih kerana ambil gambar saya. boleh saya copy gambar tu?
Lily Abdullah berkata…
King Binjai

Silalah ambil :)


Semoga bertemu lagi :)
Lily Abdullah berkata…
Akak pun rasa nyesal woo..menulis gitu. Bahasa akak dalam cerita kontot yang akak hantar tu macam bahasa perempuan 'samseng' hahaha!
Kalaulah saya ada di dalam negeri dan menghadirkan diri, agaknya saya pun mahu bergambar dengan WATERLILY. :)
NoraHash berkata…
Salam,lama tak jengah wl ,nampak gambar dah berisi sikit, senang hati gaknya...saya pun dah semakin berisi..aduhai apa nak jadi dengan semangat 'mahu sentiasa langsing'.
Kay berkata…
salam,
HAPPY CNY everyone!!!!
Hv a great holiday & for those driving back to their home town...remember! drive safely.
(^_^)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam