Langkau ke kandungan utama

Catatan kecil untuk kamu

Gerimis senja
selamat turun ke tanah kita
mewakili air mata
barangkali sangkut dalam jiwa
warga Gaza, si yatim Lahad Datu
balu-balu, waris para syuhada
semoga aman dilapangkan dada
menerima takdirNya

Bukit Changgang, Banting
14/03/2013

 







Ulasan

sepa berkata…
semoga mereka tabah.

.
Nizam.Ariff berkata…
Yang sebelah sana berdoa kepada Allah agar diberikan kejayaan...

Yang disebelah sini pun berdoa kepada Allah agar diberikan keselamatan...
puding roti berkata…
hebatnya dugaan mereka. mr lah kita doakan sm2 utk sejahtera n aman mereka
Lily Abdullah berkata…
Sepa,
Ya, semoga.

Nizam,
Sebelah sana pun ramai yang jadi yatim dan balu. Perang sesama sendiri. Seagama. Serumpun. Menang jadi arang,kalh jadi abu.
Gazacerita lain. Tapi sedih tengok keadaan yang berlaku di bumi para Anbiya'

Adik Puding,
Ya semoga mereka bersabar & kita menagmbil iktibar.

pakurawan berkata…
yang menyakitkan bila kematian/perjuangan mereka makin memecahkan orang kita.

sampai bila.
Lily Abdullah berkata…
Hazen,
entah samapai kimat barangkali.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.