Langkau ke kandungan utama

Tidur Saya Terganggu Kerana Sekeping Gambar


Semalam kepala saya kurang enak. Pancreas saya memulas-mulas. Saya bangun. Mengejutkan lelaki saya yang tidur mati. Malangnya, mati juga tidurnya. Daripada saya terus cuba membangunkankannya, kemudian membuat darah mendidih berdarjah Celsius; ada baiknya saya bangun sendiri mencari ubatan dalam peti sejuk.

Jam tiga empat puluh minit pagi.

Sesudah menelan paracetamol, niat saya mau menyambung tidur. Si Coco pulak menggesel kaki dan mengingau-ngiau kelaparan. Saya mencari-cari di mana biskutnya. Pasti lelaki saya terlupa membeli, walau telah berkali saya pesan siang tadi. Terpaksalah saya membuka peti itu semula, mencari ikan kembung untuk direbus. Huh! Rezeki si Coco. Nasib baik ada dua ekor lagi.

Setelah kekenyangan, Coco kembali menyambung tidurnya. Enak ditemani kedinginan pagi. Saya yang tidak bisa untuk kembali mengulit mimpi. Lalu, saya membuka pintu belakang bercermin. Masih gelap dan dingin amat.

Ah! Coco. Kamu dan saya memang bertuah. Saya dan kamu memang tidak pernah kelaparan. Kadang kala lebihan makanan dibuang-buang. Para syaitan bersorak sakan. Dan saya rasa berdosa amat. Apabila memasak, tiada yang menjamah. Tidak memasak, dikata perempuan malas. Serba salah saya.

Alahai….

Lalu saya teringat sekeping gambar yang saya temui tanpa sengaja sewaktu merayap-rayap di ruang cyber.

Hancur luluh hati saya jadinya…....

Nota kaki:
Credit to Naïl Heper

Ulasan

shahril aley berkata…
bercerita ttg makanan berlebihan teringat masa kecil saya mmg suke makan banyak hingga badan lebih membesar dr adik beradik yg lain tapi tidak melepasi status gemuk (kanak2 mesti aktif & riang). pernah dipanggil DBKl apabile suke menghabiskan makanan yg berlebihan lebih lg malam. mungkin suke aktiviti makanan kot sampai skrg ni. hehehe... skrg ni krg lakukan aktiviti senaman hingga berat naik. sedang dalam proses untuk kurangkan pengambilan makanan.
Hasrul Halid berkata…
Tak silapnya photographernya mati bunuh diri, kerana melihat 1001 kesengsaraan di bumi yang dia lawat tu.

Tak ingat ini Photo Of the Year untuk tahun bila..
Amalina berkata…
Aduh mak, sampai bunuh diri photographer? Mmgla kesian, kita tolong dan buat sekadar mampu di mana kita berada dahla. Tulah, org Islam dah kena puasa pun utk mengingati org2 yg susah mcm tu.
Kak Mar, kadang2 ada hari tiba2 rasa lain mcm. Perasaan tak kena, kecut perut tak tentu pasal, kadang tanpa sbb, kadang bersbb.
violet berkata…
1.sedih tgk gambr tu. insaf, insaf...

2.setuju ngn stmt kak lily:

"Apabila memasak, tiada yang menjamah. Tidak memasak, dikata perempuan malas. Serba salah saya."

*sigh*
tasekM berkata…
mereka sakit kerana kurang makan... kita sakit kerana lebih makan...

sayu hatiku menatap gambar itu...
Pa'chik berkata…
sebab tu kalau ada orang makan membazir, aku saun je... dah baik Tuhan bagi, sukati dia je nak buang... buatnya lepas tu dah takde lagi rezeki dari Tuhan.. nak mintak ngan sapa... dolah badawi? johbush? mahadei? abu bakar elah? jins samsudin? elton john? huh.. mereka tu pun Tuhan yang bagi...
Tanpa Nama berkata…
sy pun pernah terbaca mcm yg hasrul ckp tu..
kita tgk gambar pun dah rasa lain mcm.. apa lg org yg tgk depan mata sdiri.. org yg menanggungnya apatah lg..
13may berkata…
hmmm....sayu ajer tengok gambaq tuh..

hepi weekend kak lily...
saya mcm biasa...kena masuk keja gak :D
Tanpa Nama berkata…
kita patut bersyukur sangat kerana nikmat yang tuhan bagi kat kita ni melimpah ruah. nikmat hidup aman, nikmat kemudahan dan nikmat rezeki yang tak pernah putus. sengsara bila lihat mangsa2 keganasan, kebuluran, bencana alam...
mOEha Aziz berkata…
salam kak,

cm mana demam? sakit lagi ke perut?

gambar dan cerita yg cukup menginsafkan.. kita memang bertuah krn berada di sini kan?

hai kema.... :)
A t i Q a h berkata…
Sedih. Sayu. Tengok gambar.

Burung tu pun nampak lagi besar dari si kecil itu.

Dan lebih kejam lagi, saya nampak seolah-olah burung itu menunggu si kecil itu untuk menutup hayatnya.

Coco, sangat beruntung ya kamu. Kamu patut berterima kasih pada Mama Lily kamu tau. ;)
Lily Abdullah berkata…
Salam

Shahril,
Kakak ini juga pernah makan nasi berlaukkan sayur kankung yang mak pungut di belakang rumah. Bila sudah sedikit ada(bukan mewah sangat), selalu lupa diri. Bayngkan jika orang yang menikmati kemwahan sedari kecil, jika jiwa benar-benar tidak dididik pasti hancur...

Hasrul,
Terima kasih atas infomasi. Di satu sudut lain, di atas bumi yang sama ada manusia bermewah-mewah. Gaun pengantin mencecah jutaan ringgit/dollar. Di satu sudut lagi.....

Memang trajis!

Tasik,
Ya. Betul di sini dan di negara-negara maju ramai yang sakit kerana lebihan makanan.

Amal,Vee dan Pa'Chik,
Ada waktunya bukan niat kita mau membazir. Berjimat memerlukan kerjasama seisi keluarga.

'Od,
Kita yang melihat gambar itu pun, rasa amat sayu. Apatah lagi yang melihatnya secara live atau yang menanggong sengsara itu.

May,
Weekend kerja ye. Jika punya lebihan rezeki jangan dibazir-bazir ya. Simpan buat pi Mekah atau untuk sedekah.(pesanan untuk tuan punya diri juga) :)

Kema,
Ya. Sengsara amat. Tidak perlu menoleh keluar. Tengok saja jiran-jiran kita, si ibu tunggal dan sebagainya. Hidup mereka kais pagi,makan pagi.

Muha,
Ya. Kita memang bertuah amat. Walaupun sakit, kita masih boleh makan :)

ps: ooo...dok usha cik Kema kat sini pulak :D

Atiqah,
Coco memang pandai berterima kasih. Mungkin kakak ini barangkali yang menumpang rezeki yang Tuhan berikan untuknnya :)
Petra berkata…
Eh eh... apa khabar dgn Maryani skrg? Maryani oke ke?
Lily Abdullah berkata…
Petra,
Saya okay aje. Cuma sedikit kesal kerana gagal menyempurnakan amanat Mrs Kim. Sharul, Tiara dan Vanee sihat. Yg lain2 sudah lama hilang termasuk Nala.

Blook itu akan publish on May.
Petra berkata…
Blook apa ni? Sori, saya keliru.

Jgn rasa kesal, Maryani sudah cuba. Tuhan mungkin ada sebabnya tersendiri. Skrg masanya utk Maryani fikirkan diri sendiri, sehingga peluang utk berlakon memaparkan diri.
Lily Abdullah berkata…
Petra,

blook(blog + book). Tengok pixkat atas itu.

Ya. mungkin Tuhan ada sebab tersendiri. Maaf belum sempat balas email.

Kalau nak tau pasal blook ini sila ke http://gangguan.blogspot.com/

Good Luck.
Petra berkata…
Kalau tak silap, jurugambar yg ambik foto ini menerima anugerah. Tetapi membunuh diri beberapa bulan kemudian, walaupun anak perempuannya masih kanak-kanak lagi.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...