Langkau ke kandungan utama

Permaisuri Berpesta Lagi.


Permaisuri berpesta lagi

Semalam, sang permaisuri berpesta sakan ditemani lelakinya dan
perempuan yang gemar beruniber itu. Separuh gajinya bulan ini dihabiskan untuk acara pesta-pestaan itu

Permaisuri Ah Tok, perempuan comel,kak Ungku (belakang sekali kakak tua)

Dan dia teruja amat amat. Mimpinya selama ini menjadi kenyataan. Bertemu ayahanda sasterawan negara yang amat dikaguminya. Dia membeli senaskah tulisan ayahanda itu yang berjudul “68 Soneta Pohon Ginkgo”. Jika diturutkan hati, mahu sahaja semua hasil karya Pak Samad Said diborongnya. Tapi apakan daya, poketnya telah ketirisan.


Dia kemudian ke gerai PTS.
Puan Ainon pasti teruja jika mengetahui bagaimana seorang berpendapatan kecil sepertinya sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk buku rujukan dan novel di gerai PTS.



Dan dia kemudiannya bertemu lelaki kacak tinggi lampai ini. Lelaki kacak ini mencadangkan dia membaca sebuah novel tulisan Sarifah Bakar berjudul “Dalam Kehadiran Sofiah”. Menarik.

Bersama jejaka kacak tinggi lampai

Satu bonus untuk permaisuri, tiba-tiba
Kusyi Hirdan menghadiahkannya “Umairah dan Kuda Putih” . Dia rasa dia patut menyembunyikan buku-buku ini daripada anak-anak Khadijah. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Hasil pujuk rayu anakanda-anakanda yang dikasihinya itu, telah menyebabkan dia kehilangan “Ayah Kita Boss” dan “Jongkang Jongket”.

“Perempuan memang tamak dan kedekut” . Demikian bicara
kekanda Naga dalam satu komentar di laman tip topnya itu. Sungguh. Dia mengaku dia memang kedekut dan tamak. Lebih-lebih lagi dalam bab-bab peminjaman dan pemberian buku-buku. Tapi,bak kata perpatah” Kita seharusnya memberikan sesuatu yang yang paling kita sayangi untuk orang kita sayangi. Barulah pemberian itu bermakna.” Dan dia menurut saja. Lagipun apa salah, memupuk tabiat dan minat membaca di kalangan anak-anak.

Sayang tidak sempat bergambar dengan saudari Kusyi yang baik budi. Terima kasih daun keladi.

Dia terus berjalan-jalan dan menjamu matanya. Tiba-tiba, dia terpandang novel Fatimah Busu yang berjudul “Ombak Bukan Biru”. Sudah lama dia mencari-cari novel yang pertama kali dibacanya sewaktu usianya mencecah dua belas tahun. Nostalgia sungguh novel itu baginya.


Kemudian permaisuri menjamu selera bersama geng unibers. Cerita gambar-gambar dan makan-makan sang permaisuri kurang arif. Serahkan saja kepada kak Ungku Nor.(kak Ungku tersayang - dengan ucapan bila nak update?)

Nota kaki:

Gambar lelakinya tiada. Permaisuri terlupa sebab sibuk berpesta. "Kanda, tolong maafkan dinda yang pelupa ini. "


Ulasan

arsaili berkata…
i missed d event..uhuaaa
Tanpa Nama berkata…
hingga 13 april? mungkin sempat pergi.
Tanpa Nama berkata…
Lily kalu tembung dengan Mat Jan, kirim salam sama dia bule. Bila nak tulis novel ala ala John Grishm. Kalau dia mau tulis aku orang pertama mau upah noh.

Aii nak turun naik mahkamah renyah, pakat ramai-ramai tulis novel pastu jual boleh dapat untung juga kalu kena cara, boleh tak lily?
cakapaje berkata…
Salam WL,

Saya takleh gi. Kalau gi, takut sangkut ngan aweks aweks cun seperti 4 yang kat atas tu!
Tanpa Nama berkata…
wah! seronoknya cuci2 mata (dan poket)
lama dah x pi pesta buku ni.. sejak kembali ke pangkal jalan.. ekeke..
Ungku Nor berkata…
malas nak apdet la..awak dah citer, cukup la kot.

ahahaha ;p
Isk..ni yang tak sabar nak pegi ni. Cepat la hari jumaat. hu hu
Nida Shaari berkata…
mak aih banyaknya Kak Lily borong..

patut la penuh aje beg yang cik abang kendong tu..
Sudah kehendak Tuhan kita tidak dijumpakan di situ. Di hari dan waktu yang sama.

:D
Mommy Aisy berkata…
hi waterlily,
amcm Pesta Buku? ok x? byk ke diskaun mcm Mega Sale? hehe...
sinaganaga berkata…
Water,
Burung Kakak Tua? Kah kah kah. Weh, carilah burung yang okay sikit - burung cenderawasih ke, burung nuri ke, burung terkukur ke, burung helang menyonsong angin ke, terung pipit ke (ha ha)... kalau semua pakat2 nak jadi burung ni - siapa nak jadi kucing plak weh? Ha ha.
Lily Abdullah berkata…
salam,
Arsaili. Panjang umur kita pesta-pestaan lagi :)

Zz,
Sempat, masih berkesempatan jika kamu mahu menyempatkan diri kamu ke sana(bahasa ape ni weh!):)

Mardee,
Tu la first time jumpe jejaka galah itu. Terasa betapa rendahnya Lily. Buku John G...alahai minat kita serupa... Boleh tulis secara kompilasi ni.

Od,
Kat pesta buku pun boleh sesat jugak ka huhuhu..:D


Shah,
Sila cari yang lain. Yang 4 itu semua permaisuri orang,kecuali perempuan comel bertudung putih di tengah sekali :)

Kak Ungku,
Kata tak mo hapdet, tetiba ada part 1 and 2 and 3 hape...Terima kasih temankan Lily.
(berani dia tak hapdet, nanti geng unibers dia mogok lapar hak!hak! hak!)

tiqah,
Pergi,jangan tidak mana tau betemu ehemm..ehemm( menyelam sambil minum air weh!)

Madu,
Woh..tu sikit jer...kalau bawak ribu-rbuan RM mau sengit bahu lelakinya :D

Purp,
Ala kak Lily tau kamu lelaki kacak yang pemalu(dan bertopeng hahaha)
Gambar pun tutup muka. Mungkin di lain waktu ya.

Fana,
Entah..Water tak pernah pergi mega sale...tapi dijamin relatif murah.
Salam kenal.

Kekanda Naga,
Dinda tidak berniat jadi burung. Apatah lagi kakak tua. Dinda mau jadi merak kayangan...tapi telah lahir sebagai kakak tua. Terima sajalah.

Kucing? Oh..Dinda telah jatuh kasih dengan seekor kucing besar weh!!hak!hak!hak!

Terima kasih.
bestnya...sy ingat nak pegi jugak tp xberkesempatan...bulan ni sy keje weekend...emm insyaAllah kalo sempat sy pg weekdays la...
Tanpa Nama berkata…
ala jelesnya...

weekend ni saya mesti pergi!
Sastri berkata…
kak lily pergi hari jumaat ek? kami p hari sabtu... takde rezeki lagi untuk kite bertemu... (err, perasan lak saya ni... ada ke yang mahu bertemu dengan saya ni...)
Lily Abdullah berkata…
Oda & Vee
Pergi jangan tak pergi...rugi dan kempunan nanti.

Dik Sas,
kak Lily pergi hari Sabtu. Hmm...kami?? Siapakah kami itu?:D
Tanpa Nama berkata…
I pun pergi pesta buku hari tu. I masuk ke lobi pwtc dan terus ke toilet. Kemudian I keluar dari toilet dan dengan sengaja I pun balik rumah terus. Ahak!
Tanpa Nama berkata…
Seriuska Lily, hangpa minat Grisahm? I tak minat tapi blog friend saya semue buku Grishm dia baca, itu pasal kadang-kadang syak wasangka dia macam polis Special Branch. Semua orang dengki dan mau inaya sama dia HA HA HA

enche Naga, saya ada tinggal pesan di blog FT tapi dia tak siar, incase itu Zeynab women sensed...
saya mau bagi tau, itu kakak Lebar tidak pergi Pesta Buku sebab kawan kami enche Jimadie yang sentisa gay cakap, itu Pesta buku KL untuk buku dia untuk anak TADIKA juga ada. Kami shopping buku itu dekat Pesta di Al Azhar. HA HA HA
Lily Abdullah berkata…
Azzam,
I tak pergi toilet lelaki heh! :D

Mardee,
Minat gitu2 ajek.Uwaa gitu pulak ye..hak!hak!hak!
marhaen vintaj berkata…
kak waterlily...

mau berpergian ke pesta buku juga...
tapi tiada modal...

tapi yang paling mahu 68 Soneta Pohon Ginkgo,
aduh....

salam kenal kenalan juga.
Nida Shaari berkata…
Semalam. Hari terakhir. Semua buku Pak Samad (yang masih berbaki) dijual dengan harga RM10.00 sebuah.
Lily Abdullah berkata…
Nota,
Takpe. Lain kali ada rezeki boleh berpesta insyallah. Kak Lily dulu begitu juga. Hanya mampu memijam dari perpustakaan. :)

Nida,
Woo..apakan daya. Cik abg kita ajak pergi pesta PC pulak. Terlepas laa peluang. Kepingin juga nak beli en Bekrudin Bekri(Dingin)..Tak sampai hajat. Mungkin ke toko buku sahajalah. :)
Tanpa Nama berkata…
terima kasih kerana sudi membaca buku saya,
saripahbakar@wordpress.com

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...