Langkau ke kandungan utama

"Kereta Saya"

Ayako,saya dan Hiroko(Huriyaa nama muslimahnya)
Satu

Tengahari tadi sesudah saya mengetip kad perakam waktu tepat jam satu, saya bergegas ke luar dan mendongak ke langit. Jauh sekali mencari bintang. Langit itu gelap. Seakan mau memuntahkan hujan.

Lelaki saya hari ini menunggu di bawah pejabat.

Tik!

Tik!

Tik!

Dari tiga empat titik pada awalnya, ia mula gerimis dan kemudian melebat. Kami cuma punya sehelai jaket yang bukan kalis air. “Abang pakai sebab abang bawa motor”. Saya mengalah kerana tidak mahu dia dibasahi hujan dan kedinginan. “Awak pakai laaa”. Dia menolak kerana kasihankan saya yang sejuk dan kedinginan. Sesudah tiga empat kali bertolakan, akhirnya dia mengalah. Sepanjang perjalanan pulang, sayalah yang basah,sejuk dan kedinginan. Dia juga kebasahan di tahap minimal. Kemudian, terus menuju ke tempat dia mencari rezeki untuk kami.

Dua

Tik!

Tik!

Tik!

Hari terakhir saya di Nishiawaji. Hujan turun. Bukan hujan, cuma gerimis. Sewaktu saya mahu berangkat pulang. “ Jika hujan turun sewaktu kamu mau berangkat pergi, itu tandanya Dewi Langit sedang menangisi pemergian kamu”. Ayako Kawakita memberitahu saya. Bukan dalam bahasa ibundanya,tapi dalam bahasa yang saya kurang faham itu.

Entah.

Yang kelihatan di mata saya sewaktu itu, cuma seorang dewi cantik berkulit putih mulus sedang hampir menangis semasa mengangkat bagasi saya ke keretanya. Dia sedang mempelajari bahasa Melayu dan perkataan yang paling disukainya ialah “kereta saya”. Janggal bunyinya bila Ayako mnyebut perkataan itu. Ternyata Ayako amat menyukai perkataan tersebut, sehinggakan basikalnya juga dipanggil kereta. Dan saya akan ketawa sekuat hati.

“Kereta saya”.

Itulah kata kuncinya. Dan saya merindui Ayako Kawakita yang baik budi.

“Kereta saya”.

Setiap kali terpandangkan kereta di jalanan, saya akan teringatkan Ayako Kawakita yang sopan. Dia akan sembunyi-sembunyi menghisap rokok, ketika saya berada di apartment sewaannya. Dia tidak akan minum arak, ketika di hadapan saya. Dan saya merasa bersalah, kerana banyak merumitkan rutin hidupnya.

“Kereta saya”.

Alahai.
Mungkin kami tidak perlu kebasahan tengahari tadi jika kami mampu memilikinya.

Ulasan

Ungku Nor berkata…
*speechless*

selalunya kita hanya akan lebih menghargai bila kita tidak memiliki..

mulai dari saat ini, hargailah apa yang telah dan masih kita miliki hingga sekarang.

*hugs*
Tanpa Nama berkata…
Kereta saya = Watashi no kuruma.

Giliran akak pula belajar bahasa dia. Orang kata, perempuan Jepun adalah isteri terbaik di dunia. Orang kata.. Tapi adik rasa, akak pun layak dapat gelaran tu.

Nota tumit:

Adik janji, kalau adik turun, adik bawa akak jalan-jalan. ;-)
Tanpa Nama berkata…
uwah... adegan bonceng motosikal ni seakan-akan adegan pacaran dalam filem romantik. manis betul nak jaga satu sama lain, tapi pada akhir harinya, paling praktikal masihlah duduk dalam kereta. haih.
Sastri berkata…
saling jaga-menjaga antara satu sama lain, salah satu karakter yang makin pupus... seronok baca cerita Kak Lily dan lelakinya... menjadi iktibar dan membuatkan diri ini insaf...
Tanpa Nama berkata…
kak lily, beli la baju ujan utk akak ngn abang lps ni.

lgpun hari tak selalu hujan.

hargai apa yg ada sbb apa yg org lain ada tu tak la sehebat apa yg disangka.

hugs jugak... hehe
Benarlah hujan itu datang membawa rahmat. Saya melihat sentuhan kasih sayang seorang suami dan seorang isteri sambil di basahi hujan itu satu rahmat.

Kalau punya kereta, barangkali sentuhannya tak serupa. Saya cuma kata barangkali.

:)
shahril aley berkata…
pasangan bahagia akan saling memahami & menjaga antara satu sama lain. itu mahu pasangan mereka berada dalam kesulitan di kemudian hari. sanggup berkorban demi kebaikan pasangan yang sentiasa setia di sisi walau apa keadaan pun.

bestnye kak lily pegi jepun. ermmm teringin ke sana tetapi pasti kos ke sana mahal yang teramat sangat & itu masih lagi belum dicampur perbelanjaan untuk mencuci mata.
sinaganaga berkata…
"ku re ta sa ya!"

Eh, nampak kak ungku di sini! Hai kak ungku! Pinjam seluar soljah hok ketot tu buleh? Ha ha.
Lily Abdullah berkata…
Salam.
Kak Ungku,
Ya. Perlu hargai apa yang kita ada. Teringat pesanan allahyarham abah, walau basikal buruk pun ia hak kita,maka perlu dihargai.

Adik Ying,
Terima kasih. Oh..sungguh terharu kak Lily. Harap dapat ketemu di Maskara encik Naga Enggang :)

Chen,
Bukan cerita filem Hindi. Kami berdua selsema hari ini.

Dik Sas,
Ya ke? Entah apa-apalah cerita kak Lily dan lelakinya. Ambillah iktibar cerita Khadijah dan Junjungan Besar SAW.

Vee,
Baju hujan itu ada. Tapi kami pasangan dewasa(baca: tua) yang selalu terlupa :D

Rudy,
Thanks for dropping by again and information.

Purp,
Ya barangkali. Kak Wl telah melihat banyak contoh sepanjang hidupnya.

Shahril,
Kakak ini ke Osaka dengan duit penaja. Manalah kita yang marhain ini mampu.
Ya. Pasangan yang baik akan saling melindungi dan menadi cermin antara satu sama lain.

Bang Naga,
"Ku re ta sa ya"...itulah sebutannya. Bang tentu lebih arif tentang gadis Jepun.

Ala seluar soljah yang ketot pun mau tanya kak Ungku. Enggang besar, boleh pakai ke? HAK!HAK!HAK!
Ungku Nor berkata…
seluar sojah tu?

Lily, dia memang dengki sejak azali kat akak sebab akak je yang nampak comel bila pakai seluar tu..dia tak.
HAHAHA ;p
cakapaje berkata…
Salam WL,

Jom, kita merempit! :)
pengkao berkata…
lama x merempit dlam hujan

http://attapulgite.myminicity.com/
Tanpa Nama berkata…
I naik 'kapcai' je kalau hari tak hujan. Kalau hujan baju I basah dan melekat di badan...tak rela kalau orang tengok! Too sexy ahak!
A t i Q a h berkata…
Bawa motor dalam hujan, muka saya sakit. :(

Kak, akak ada peminat baru. Jemput ke entri blog saya. :D
Lily Abdullah berkata…
Shah, L dan en Azzam,
Jom rempit. Tapi motor beroda empat agak sukar mau rempit.

Azzam,
Seksi hah! Ya..ya..kena pakai tebal sikit.

Kak Ungku,
Cik abg tu tak rindu ngan kite...dia sibuk mendenak Bayan weh!! :)

Tiqah,
Ye ke? Oooo..terujanya kak Lily. Kirim salam dengan bonda itu.

Terima kasih.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...