Langkau ke kandungan utama

"Thanks you for the tragedy. I need it for my art" Kurt Cobain

Salah satu imej dari pakcik Gugel
Kurt Cobain.

Kata Kurt Cobain “Thanks you for the tragedy. I need it for my art”

Jika dia seorang Muslim, sanggupkah dia bermadah begitu dan penghujung hayatnya juga adalah tragedi. Mengambil nyawa sendiri.

......................................................................

Hari itu, saya temui sebuah diari lama. Mungkin milik salah seorang teman serumah suami. Saya tahu tidaklah beretika membaca diari orang, tapi saya kepingin sangat untuk tahu apa yang ditulis oleh seorang lelaki.

Hasilnya, wah! Tiada apa-apa yang istimewa sangat selain dari cerita berkencan dengan awek-awek, lirik-lirik lagu zaman rock kapak dan betapa obsesnya dia dengan muzik Kurt Cobain. Ditampalkan foto-foto dan keratan akhbar mengenai Kurt Cobain. Dia pertikaikan apakah benar mendiang Mr.Cobain itu bunuh diri. “Suicide or homicide? Katanya.

Obsess gila! Ha! Ha!

Dan saya kagum, dia menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik sekali. Saya tanya suami, milik siapakah? Kata suami saya, dia lupa. Ramai sangat orang bujang yang masuk keluar dari rumah dia dulu. Sebelum rumah ini, menjadi rumah kami, kediaman ini adalah hotel orang bujang ha!ha!. Rumah dia okay!
Tragedi? Saya tidak mau hidup dengan menghadapi pelbagai tragedi. Saya takut, kalau-kalau iman yang senipis kulit bawang ini tertanggal. Na’uzubillah!
Tapi!

Kata Kurt Cobain “Thanks you for the tragedy. I need it for my art”
Siapa setuju dengan dia, angkat keyboard atau tetikus anda yay!!
ps: Jangan angkat kain oke!

8. 50am
12/3/08
Bangi

Ulasan

a.b geldofg berkata…
bukn org islam je..semua yg pcayakan agama tk akan kluarkan kata2 tu
Aki berkata…
Siapa agaknya tuan diari tu ya. Rasa macam teringin nak baca.
de_kerinchi berkata…
Salam kak....

Kurt Cobain tu teringat zaman nakal dulu... ;-)
azie berkata…
haih, kak lily dah terpengaruh dgn kak tasik ni. angkat kain plak dah,ahaha
amirahsyuhada berkata…
walaupun saya minat lkagu2 dia, tapi saya tak setuju lansung, sebab itu kata2 orang sadistic, yang suka pada tragedi.
Aishah Jamal berkata…
Tak setuju langsung dengan kata-kata dia.
BuRuuj berkata…
dia dh laloq tue kak. mmg la buat statement lagu tue...
Tok Rimau berkata…
Angkat kaki. No pain no gain.
tasikmerah berkata…
kak, kot2 diari tu abg razak punya. ha ha. dia kan ramai aweks.

;)


.
Monkey D Luffy berkata…
wah... kalau org tu ada blog
Nizam.Ariff berkata…
Kalau boleh, janganlah dapat trajedi baru bleh buat art... kalau dah mati, mana nak di artkan...
blackskin berkata…
Kurt Cobain....man of legends huh~
syng mati muda..
Cakap Kosong berkata…
kurt cobain...saya suka lagu2 dia!
aie akaike berkata…
aah. tah tah abg razak punya. dia minat cicak kobeng kan!
Pa'chik berkata…
buleh juga kata dia melihat musibah dari sudut positif.. kikiki...

kata koben...
ai'd rader bi heited for hu ai em den levd for hu ai em not....

err.. kalili... melayu eja tragedi ye... :P
mOEha Aziz berkata…
salam kak,

ramai jugak sebenarnya org islam yang sangat dramatik mcm cobain... sanggup mati kerana cinta la... minum klorox la... membunuh diri atas jalan raya la... apa la... harap harap kita dilindungi dari semua ni...
tajudin berkata…
pesanlah kat budak-budak la ni, jangan diikut perangai kurt cobain tu, walaupun kita dulu mengikut jugak...muziknya.
hegira berkata…
kalau ikutnya si plato, ramai orang suka menonton tragedi kerana lebih berhubungan dengan jiwa. dan tragedi juga bisa hasilkan karyakarya yang bagus dan menarik.

entahlah.

mungkin ya. mungkin tidak.
Artozy berkata…
aku suka membaca tulisan2 lama. banyak karya agung ditulis pada ketika si penulis masih remaja.

hamka, misalnya.

tapi aku sudah terlambat.
masa remaja yang sia-sia, agaknya.
Rajuna berkata…
i benci Kurt. dia tak mandi.
tak macam i, i wangi.
so i angkat diri i.
Rozita berkata…
salam ziarah..oopsss sudah terangkat kain oke
hairieusoff berkata…
angkat tocang
Kipas berkata…
hmm... kurt angle maen wrestling kan2??
sinaganaga berkata…
Bebeh,
Lu ada lighter?
Water Lily berkata…
Bang Naga,
Gua bukan takat lighter,tong gas pun ada..lu mau bebeh? haha.

ps: Wa pakai lighter waktu dapur gas buat hal aja.


Kipas,
Wrestling tak minat beb!

En Hairie,
Awak rambut panjang ke? Wooo..sungguh rawk ahaks!

Rozita,
Saya tutup mata oke haha!

Juna,
Mana lu tau dia tak mandi weh..oke sila angkat diri hehe..

Art,
Aku pun sama.Masa remaja yang sungguh sia-sia. Yang sempat kubaca, cuma separuh tafsir Al Qur'an oleh Pak Hamka dan beberapa novelmya.

Alina,
Tragedi yang berlaku ke atas hidup orang lain,boleh kita tulis-tulis atau lakar di kanvas. Hidup kita..ahhh..perlu simpan diam-diamkah?

En Tajuddin,
Budak-budak remaja sekarang..ada yang baik,ada yang buruk..macam zaman kita dulu juga.:)

Adik Botak,
Yang buat begitu nama keturunannya saja Muslim..mudah-mudahan dijauhkan.Ameen!
Water Lily berkata…
Chik,
Melihat dari sudut positif?
Aha..dah edit,tengkiu. Aku ni mengeja pun cemerkap,metematik lansung tak cekap.

Aie,
Abg Razak cuma minat rock yang tangkap leleh aja & dia minat cicak man haha!

Emely
Lagu dia best giler..

Blackskin,
Ye..ye..legand,sayang itulah nasib orang yang jauh dari Tuhan.

Kay,
:))

Nizam,
Mayat pun boleh buat art. Ada ko tengok CSI Vegas hahaha!

D Luffy,
Entah,orang tu kalau ada blog mesti ramai peminat kan?
Water Lily berkata…
Tasek,
Ada 2 dalil yang menunjukkan dairi tu bukan milik darling ai haha..
1) Tulis dalam B. Inggeris
2) Abg Razak tulis dairi dalam bahasa separuh matematik.
Contoh: hari ni 16/3/2009 - belanja dapur bla..bla.bil air..bla..bla..bla..baiki motor...rm...bla..bla..bla :D

Tok,
Apasal mau angkat kaki? No pain ,no gain.Yup..setuju gak hehe..

Ruj,
Agaknyalah..otak tengah ting tong tu!

Aishah,
Itu kata-kata orang kurang waras.

Amirah,
Yang mana baik ambillah, pakai tapisan agama dan budaya kita.

Azie,
Siapalah tak terpengaruh dengan dia yang jelita macam apam balik tu hahaha!

D kerinchi,
Alah..zaman muda2..sapelah yang pernah nakal2 hehehe..

Aki,
Mengikut pemahaman saya,yang tak berapa faham English ni, dia tu budak U. Usianya waktu diari tu ditulis mungkin dalam awal dua puluhan. Setelah,4 tahun saya menyimpan diri tersebut untuk berkenalan dengan si empunya..tapi tak juga datang. saya baru je buang dairi berkulit hijau itu.

ab,
Begitulah, bila jauh dari Tuhan,kata-kata yang tak sepatutnya terucap akan diucapkan(termasuklah diri saya yang lemah ini)

ps:T/kasih..uiks!rajinnya aku jawab komen hahah!

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…