Langkau ke kandungan utama

Letaklah tajuk apa-apa pun. Mungkin A Fishy Story.

Hero dan heroin filem A Fishy Story


Setelah dua minggu. Hampir setiap hari. Inilah aktiviti aku. Kadang bermonolog sambil cuba-cuba membetulkan pronunciation bahasa baru. Sedangkan bahasa kedua itu pun terkial-kial mau memahaminya.


Minggu pertama.

Anata no namae wa nan des ka?” Aku bertanya. Dan ia diam. Oleh kerana ia makhluk Tuhan yang hanya tahu mengiau-ngiau, maka aku terpaksa menjawab soalan sendiri. :p

Wakutashi Mariani desha!ha!. Aku syak si Coco pun sudah menyampah dengan aku.

Hari ini. Ada sedikit kemajuan.

Tadi aku bertanya khabar Morita san dalam bahasa ibundanya. Pulang ke rumah aku menghafal apa yang diajarkan.
Ko re wa nan des ka?
Sore wa bla..bla..aa re wa bla..bla” . Itu tanda aku sudah lupa dan esok perlu kembali merujuk nota.


Tiba-tiba.

Aku terasa aku macam Huang aka Maggie Cheung yang belajar bahasa Inggeris dalam filem “A Fishy Story”
“Every Monday I eat bla..bla..bla”
“Every Tuesday I eat bla..bla..bla”


Ha! Ha!

Itulah sebahagian dialog dari filem “A Fishy Story” dan ceritanya (juga keayuan Maggie Cheung) yang masih segar dalam ingatan aku. Untuk yang tidak pernah menonton cerita tersebut, di bawah aku salin tampal sisnopsis ceritanya. Selamat gugel untuk maklumat lanjut.

In the politically turbulent Hong Kong of the 1960s, Huang (Maggie Cheung) is a stunning, upwardly mobile young woman with acting ambitions. She finds love in an unexpected place when she moves into the apartment below a working-class, unlicensed cab driver (Kenny Bee).

Mempelajari bahasa baru, tiba-tiba buat aku terasa aku macam Huang aka Maggie Cheung yang belajar bahasa Inggeris dalam filem “A Fishy Story”.:p

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
Aku book dulu no.1
Nizam.Ariff berkata…
Baru komen,

Bahasa jawe bila nak mastger? hahaha
BuRuuj berkata…
slamat berusaha kak. Chaiyo'!!!
mugiwara berkata…
maggie nmpk comel dan menyelerakan masa ni...
hegira berkata…
yes! u can do it.. hehe.

ganbatte kak. tonton byk byk bfilem jepun!
kadok berkata…
wahh..kwn sy ada sorang..asik tgk cite jepun..bahasa jepon dia pon semakin maju..maybe akak akan begitu juga nnti..chaiyokkkkkk..hahaha
Amiene Rev berkata…
Cerita ni saya rasa saya ingat pernah tengok dulu. Dia belajar perkataan curry dengan coffee tak silap.

Lepas tu dia masuk ke satu restoran dekat hotel, dia order a cup of coffee dan chicken curry.
SHIMI berkata…
moga berjaya ye kak
Tanpa Nama berkata…
saya juga sangat teringin utk belajar bahasa jepun...tp entah bila lah kesempatan itu ada..

chaiyok akak!gud luck!!
aie akaike berkata…
kak, saya org jepun pe..

nama jepun, aie akaike.

tp tak pandai ckp jepun. hah. akak ajar ye.
addyaholix berkata…
saya jarang tengok tivi.
dan saya tak pandai cakap jepun sebab lahir kat new york. haha!
Lepas ini belajar Bah. Jerman Timur pulak. Saya boleh ajar kalau nak. Hehehe!
Kopulasi berkata…
maggie cheong adalah pelakon kegemaran aku dulu. hampir seangkatan dengan chow yuen fatt.
tasikmerah berkata…
macam mana aku nk pnadai bahasa jepun ni kak. doraemon pun cakap melayu. hahahaha...



.
Tanpa Nama berkata…
ish, saya selalu cemburu dengan orang yang mampu belajar banyak bahasa ini. Saya bahasa jawa pun tak lepas, bengang.

Ya, selamat maju jaya, nanti boleh pula mengajar, ya!
lanterajiwa berkata…
salam... tuan tulis... tumpang promote tee-shirt ya... =)

T-Shirt Kenangan PERISTIWA PERDANA BULAN MAC

(1) T-SHIRT ANTI PPSMI ( RM30 termasuk biaya pos )

(2) T-SHIRT JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA ( RM25 termasuk biaya pos )

(3) T-SHIRT SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK ( RM25 termasuk biaya pos )

(4) T-SHIRT KERANDA 152 ( RM25 termasuk biaya pos )

http://lantera-jiwa.blogspot.com/2009/03/t-shirt-kenangan-peristiwa-perdana.html
Water Lily berkata…
Lantera,
Dipersilakan tuan!

Mirah,
Sedang berusaha :)

Tasik,
Moh kita larang depa alihbahasa haha!

Kopu,
Yes,Maggie memang hot masa tu haha!

Purp,
Hai(ya).Arigoto. Terima kasih. Kadang kala jengok jugak ke Manggo Mampir tu.:)

addy,
Ko jangan nak 'cong' dengan akak. Mentang2 la akak ni inesen haha!

Aie,
Tu nama samaran ko je. Bunyi macam Jepun,rupa ada la sikit2 kut hahaha!
Water Lily berkata…
Thine(cam ne nak sebut nama kamu nih?)

T/kasih. semanagat akak nak belajar nih.

Shimi,
Doakan akak kamu ni tak hangat2 tahi ayam hehehe..:D

amien,
ya betul. Baru teringat. Sangat best cerita itu.

Fadok,
Yup,tengah bersemangat tinggi ni haha!

Lina,
Kat mana nak tonton banyak filem Jepun eh? HBO asik filem Amerika ja haha!

Mugi,
Masa muda remaja,akak pun comel oke! haha!
Water Lily berkata…
Nizam dan Nizam lagi.
Takde hadiah oke..apa2 pun terima kaish kerana kamu selau menghiburkan hati kakak :)

Buruuj,
T/kasih juga.

ps:maaf lama tak melawat blog kamu.
ayobkelubi berkata…
A fishy story mmg kisah cinta yang sgt bau ikan tapi sweeeettt! ;P

Catatan popular daripada blog ini

Sekaki Payung Kertas

Foto pinjam

Kala langit muram dan meruntuhkan molekul-molekul H2O; di waktu dingin basah begini, ingatan pun menguakkan pintu ke zaman lalu.

Sekaki payung kertas dalam kenangan. Abah(allahyarham) sering-sering menggunakannya ketika berbasikal di waktu hujan.
Orang kampung juga menggunakannya ketika kehujanan. Atau mengiringi jenazah ke teratak sementara menunggu hari perhitungan.

Biarpun puluhan tahun berlalu, aromanya masih terbau-bau. Waktu itu ia cuma berwarna asli. Coklat kehitaman.

Wangi!!

Saya sering-sering menghidunya. Ketagihan. Umpama penghidu gam. Rasa mau dipatah-patahkan bilah-bilah rantingnya dan diratah-ratah.

Memang gila!

Kini.

Payung kertas berganti nylon. Walau bercorak cantik warna-warna, hilang seri tanpa aroma.
Katanya nylon tahan lebih lama!

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…