Langkau ke kandungan utama

Maka akan kubiarkan foto-foto ini bercerita

Saya yang 'hot' (Apa kes disuruh posing tengah panas lit-lit)
Gaza yang diuji penghuninya dengan perang-perang

Teratai yang indah di atas kanvas



Luahan hati sang pemilik kanvas




Hasil kerja mereka yang kurang upaya. Aku tabik!

Salah satu lukisan S. Amin Shahab




Bersama pelukisnya (tumpang glemer ahaks!)


Maka aku biarkan foto-foto ini bercerita ke mana kakiku melangkah dan dengan siapa telah aku bertemu atau mana-mana objek menarik yang telah bebola mata kami kongsikan.

Dan setiap kali kaki aku melangkah, aku teringat adik botak yang kakinya tidak mampu lagi untuk melangkah. Dan setiap kali aku melihat sesuatu yang indah, aku teringatkan dia yang sudah kehilangan nikmat itu.

Dan setiap kali aku menaip entri (biarpun dalam keadaan terketar-ketar), aku teringatkan Boy yang asyik bertanya padaku “Kak, kat sana ada kerja kosong tak?”. Boy menaip dengan menggunakan sebelah tangan
Dan melihat lukisan-lukisan ini, aku teringatkan Alia yang melukis dengan jari-jemari kakinya.

Seharusnya aku bersyukur!

..............................

Ps: Update kadar segara. Sangat sibuk dan sangat letih. Bak kata adik botak ”Orang lain keletihan sebab bekerja, kita keletihan sebab menanggong sakit” . Kami sama-sama ketawa. Dalam hati-hati kami, biar Tuhan saja yang tahu.

Ulasan

addyaholix berkata…
kalaupun kita bukan sempurna, tapi kita masih manusia.
yang sempurna itu bukan kita, tapi cuma DIA yang maha Esa.
xiiinam berkata…
Tipah jeles....posing dengan S Amin Shahab gitu. ckLah juga pernah jatuh cinta pada bekas birasnya si m Nasir itu...ahaks!!!


Mar..kau juga berseni jiwanya....sungguh!!!!
Water Lily berkata…
Salam.
Addy,
Sempurna itu subjektif :) DIA memang sempurna.

Kak Lah,
Jangan jeles ok. Kata minat Encik Rahim Razali, dah dapat, nak S. Amin pula hahaha!

pst..pst..kak Lah jgn cakap dengan orang lain pulak. Saya pun minat juga biras M.Nasir tu. Tapi apa kan daya, Encik Suami ada kat sebelah hahaha! :D
SHIMI berkata…
Kak Lily,
Hanya yang mengalami akan merasainya,
hanya melaluinya tahu erti deritanya,

Dalam lakaran dan coretan kakak banyak kisah yang dapat diungkapkan. Banyak teladan yang tidak tedapat pada mana-mana buku sekalipun.

Doakan moga kakak terus diberi kekuatan berkarya. Saya tetao jadi pembacanya walaupun menulis tidak sehebat kakak.

Salam
amirahsyuhada berkata…
luahan rasa dikanvas, saya paling tersentuh dengan luahan itu!
mugiwara berkata…
dpt diskon tak kalau beli lukisan2 tu?
tauke ada. siap bergmbr lagik. mesti bleh bodek2...kan?
haha..
Water Lily berkata…
Mugi,
Harga dia ribu riban dik oii! Kalau dapat diskaun pun,mesti ribu riban juga hahaha

ps:Akak beli lukisan kat kedai RM2 aja hahah..

Amirah,
Betul..luahan itu buat hati tersentuh.

Shimi,
Terima kasih kerana selalu ke sini dan memberi dorongan.:)

T/kasih.
mOEha Aziz berkata…
akak,

besar sungguh hati ini kerna dpt juga melangkah dan mengagumi keindahan menerusi akak... :)
aie akaike berkata…
Moga tuhan permudahkan segala urusan.

akak, tulis la plak entri2 yang ada unsur gembira. asyik yang menyentuh hati je. ;(
Water Lily berkata…
Aie,
Ok,OK...lain kali ek. Tapi itulah kehidupan. Kami gembira hape !

Adik Botak,
Ape kes delete komen 2 kali ni hahaha! Sapa yang menaip komen ni..Nizam ye? Kirim salam sayang sama dia.:)
bayan berkata…
Saya selalu terfikir kala menatap wajah mereka yang kurang upaya atau anak-anak gaza yang derita.

Kala itu.

Dan mampukah saya mengekalkan rasa itu ketika saya tidak melihat mereka?

Apa yang telah saya lakukan untuk mereka?
tasikmerah berkata…
kak, kalau ada masa kita gi dating yek. aku gi umah kamu ye... :) kita makan2. mabuk2. hahaha...

aku belanja la. :)

.
Water Lily berkata…
Dik Bayan,
Bantulah apa yang termampu. Jika kita hanya mampu menulis,tulislah tentang kepayahan mereka. Dan doakan untuk dipermudahkan jalan hidup mereka. Tidaklah mereka rasa terpinggir dan hnaya dipergunakan di waktu-waktu tertentu sahaja. Hampir pilihan raya misalnya.

Didokan yang terbaik juga untuk dik Bayan. Ameen!

Tasik,
Wei,datang le umah aku. Bila2 ko ada masa. Kita pergi mabuk2 white coffee kat Old Town kat CM hahaha.

Apa kata kita tinggal darling-darling kita. Baru remaja sikit ye tak? hahahah!

ps:Mabuk kopi takpe kan? Hari tu, aku nampak cawan kopi kat situ sungguh klasik. aku macam nak tanya"tauke ni cawan boleh jual saya tak"hahahah!
Nadine Zuharra berkata…
kak lily minat melukis tak..?saye minat..
seronok kalau dapat melawat galeri2 camni..kalau boleh,tiap2 satu lukisan tu nak ditatap lama utk cari cerita yang tersirat di sebaliknya.. : )
farazdaq berkata…
Lily,

x pernah melawat galeri seni..melihat gambar2 nih..teruja NAK PERGI..tgu karya lily pulak.
ab geldofg berkata…
wah2 peminat lukisan ye...bst
Water Lily berkata…
Earaz,
Uiks! karya saya..dah 2 tahun saya berkarya ni,,,tulis blog tak kira karya ek? hahaha!

Bila tulis cerpen rasa cam something wrong aja. Entah la..!

Nadine,
Akak pon dok belek2 lukisan tu satu persatu. Penuh penghayatan...sampai darling tegur"nak tdo sini ke?" .akak xde pernah melukis,keras tangan. :D
Water Lily berkata…
ab,
Ko mencelah masa saya jawab komen. ye..ye..minat lukisan,tapi tak pernah lukis apa2 kecuali orang lidi hahah!:)
ab geldofg berkata…
artis tdiri dari dau
1 artis aktif
2 atis pasif

saling mmerlukan


aku memang suka celah hehehehehe
Sastri berkata…
setiap manusia dikurniakan kelebihan yang berbeza...

insaf membaca tulisan akak...
Nizam.Ariff berkata…
Kak kalau mabuk-mabuk dengan Tasek, balik naik teksi tau. Jangan kasi Tasek drebar, lesen dia tak termasuk memandu dalam keadaan mabuk.... hahaha.

Semua kita ada kekurangan, tak kurang kat luar, kurang kat dalam. Tak kurang kat Dunia, kurang kat sana...
Water Lily berkata…
Nizam,
Jom la kita sama-sama mabuk kopi hahaha!

Dik Sas,
Betul tu..lama dah melawat blog Sas.Kejap lagi pgi tengok.Ada apa untuk disantap lalala!:D

Kay,
I love you muah!


ab,
Aku ketegori artis pasif hahaha!Kamu?
mugiwara berkata…
saya saja nk komen kt sini...
kalau komen kt entri baru nnt kene tag...
baru 2 org....
haha~
Water Lily berkata…
ok dah 5, sekarang juga akak titahkan kamu komen kat n3 atas hahahah!
kad0k. berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kad0k. berkata…
mabuk2 sambil cucuk bintang..syok juga..:p

kak..kite semua ada kekurangan..jangan khuatir...

p.s:
cawan "batu" ehhh?
hegira berkata…
painting saya ada di gantung di sana.. heee ..:)

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…