Langkau ke kandungan utama

Taubat 2

Oh Tuhan! Termampukah aku menulis yang indah-indah, dengan bahasa yang molek mulia, dengan prasangka yang baik-baik ketika melihat bangsaku mengkejami bangsaku. Bangsa yang mengucap "Tiada Tuhan, selain Engkau." Dan bangsa yang mengaku "Nabi Muhammad saw itu pesuruhMu".

Yang ada-ada menindas si papa.
Yang cerdik pandai mengambil kesempatan.

Yang berkuasa membela anjing-anjing untuk mengigit bangsanya yang tidak bersatu suara dengannya. Dan anjing-anjing itu juga terdiri majoriti bangsaku. Kenyang disuap tulang-temulang babi, maka menyalaklah ia dan tunjuk taat setia sambil menggigit mangsa.

Oh Tuhan! Kau ampunkanlah aku ketika aku tidak berdaya menegakkan ajaran yang disampaikan kekasihMu..

Di hari ulangtahun keputeraannya, sambutan-sambutan adalah retorik semata.

Airmata aku tumpah lagi.
Dunia ini dan isinya telah tua barangkali.

Kepada balaci-balaci, pencacai dan penzalim dalam bentuk yang pelbagai, tahukah kamu doa orang dikejami sentiasa didengar Tuhan?

Oh Tuhan. Aku patut bertaubat lagi sesudah menulis ini. Kerana jiwaku sedang kepanasan dan mengamuk kemarahan.

8.09 am
Bangi

Ulasan

Pa'chik berkata…
laaa... mengamuk ke... ingatkan cuma membebel je...
kikiki... hang tak ganaih la kalili... kikiki...
addyaholix berkata…
ya. moga tulisan akak kali ni mampu buat semua orang mula berfikir.

salam maulidurrasul kak lily!
Tanpa Nama berkata…
Kak Lily,
moga kata-katamu itu dibaca di Parlimen sebagai ayat-ayat kesedaran
Lan Bingka berkata…
mereka tu dah lupa dunia ni hanya sementara..
Kay berkata…
salam Maulidur Rasul...
(^_^)
mOEha Aziz berkata…
salam kekandaku,

merasa apa yang membakar jiwa dan rasa akak... :(
Nafastari berkata…
"Di hari ulangtahun keputeraannya, sambutan-sambutan adalah retorik semata".

Sangat setuju, dan sbb itulah saya tidak pernah kisah untuk keluar ke jalan raya berarak. Ada yang lebih penting dari itu.
A t i Q a h berkata…
Sewaktu siaran sambutan Maulid Nabi pagi tadi, saya terfikir kak, adakah Baginda di hati mereka.
Nizam.Ariff berkata…
Luahkan dan sabar, kak...
p_kadok berkata…
salam maulidurrasul kak...
fezaL Mohd berkata…
mendalam sungguh. yeahhh.
takbir.

;)
Ck berkata…
Dunia dah akhir zaman kak...semua retorik sajork!!!!
a.b geldofg berkata…
sgguh kcau jiwa mu...tapi merdu bila bsuara/bkata2
HEMY berkata…
dalamnya puisi ni...tak reti aku nk kuar idea2 camni..ehehe

salam kunjung
Mak Su berkata…
bab taubat, saya susah nak cakaplah bab taubat ni. subjektif. rasanya kalu luahan perasaan ok kot, tangisan hati, rayuan jiwa. moga doa didengari dan diaminkan oleh para malaikat juga.

saya kakak kot, saya tahun ni berumur 40 tahun, saya lahir tahun 1969.

~ kak mak su ~
tasekM berkata…
pakcik, habis tu tak kan nak mengamuk angkat2 kain weh... ha ha.



.
AL-BIMA SAKTI berkata…
benarkah begitu ada?
terlindunglah kita semua di bawah kebesarannya...

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...