Langkau ke kandungan utama

Warkah ringkas untuk Lorna

Semalam, kita masih duduk semeja dan makan tengahari bersama. Ketika entah lembu-lembu bodoh mana membakar rumah ibadahmu.

Kita masih mampu ketawa dan bercerita. Dalam suasana harmoni dan mesra.

Aku berharap kita akan kekal begitu.

Nota kaki: bacaan tambahan di halaman ini.


Ulasan

ckLah @xiiinam berkata…
Etika peperangan dalam Islam pun...melarang kita memusnahkan rumah ibdat!


....biarlah kita faham dengan apa-apa yang kita lakukan, jangan bertindak dek kerana mengikut-ikut sahaj!
nafastari berkata…
lembu2 bodoh yang keliru dan ingin menangguk di air keruh, tetapi akhirnya kebodohan mereka terselah, dan tiba2 mereka menafikannya....
reverie berkata…
Menyedihkan kak keadaan ni.
Nizam.Ariff berkata…
Dia org tak baca konvensyen Geneva kut... hahaha
aza ni berkata…
sure ke org melayu/islam yg buat?
Lily Abdullah berkata…
Encik Azani,
Entah, mungkin di kalangan mereka sendiri.

Apabila saya menulis perkataan 'entah lembu-lembu bodoh mana' terpulang kepada pembaca untuk membuat telahan.

Nizam,
Konvensyen tu pun tarak guna le weh. Atas kertas semua cantik,praktikal sangat2 hampes.

Rev,
Ye,cukup menyedihkan. Bertambahlah momokan ke atas umat Islam.

Encik Ahmad,
Adatlah, dalam isu2 sebegini ramai yang mau jadi hero. Yang tak solat pun sama2 ikut demo.

Kak Lah,
Entahlah kak, dari mana mereka ni belajar agama.

Sedih!
Rasanya lembu pun lebih cerdik dari 'kaki bakar' itu.
Lelaki Autumn berkata…
ini semua adalah propaganda masyarakat yang ingin melihat perpecahan.
Water Lily berkata…
Maaf ya kawan2, Encik Ahmad kita dah privatekan kembali blognya.

Saya mengerti mengapa beliau bertindak begitu.
DeeN berkata…
Owh! Patutlah takleh masuk blog beliau. Xperlah :)
en_me berkata…
salam pagi senin akak lily itteww..

muger2 negara akan tetap aman damai sentosa sejahtera senantiasa.. aminn

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...