Saya mula ke blognya setelah melihat link di Soljahs dan dia merebiu Gangguan Teksual. Membaca dalam diam dan saya terpikat. Saya kira tulisannya tak kurang menarik. Dia barangkali penggemar tulisan Encik Pinter.
Tiba- tiba “Chop! Anda telah ditag.”
Entri pertama saya selepas balik kampung, adalah menjawab tag Cik Fisha. Tag untuk berkenal-kenalan ha!ha!ha!
Lapan fakta rambang tentang saya.
Jangan berkisah tentang peraturan, kerana saya paling suka melanggar peraturan. Saya sentiasa melanggar peraturan yang manusia reka-reka untuk kepentingan pihak tertentu dan saya mengalami kerugian dalam banyak perkara.(Oh ya! Malam ini rasanya kita patut merompak mana-mana stesyen petrol atau kita patut rompak mana-mana rumah tuannya telah menaikkan harga petrol.)
- Saya adalah sorang yang berdikari. Buktinya saya telah berkelana ke Osaka bersendirian tanpa menguasai bahasa Jepun dan hanya tau speaking English sikit-sikit.
- Saya adalah seorang yang berani. Saya bangga kerana berhenti kerja ketika kegawatan ekonomi kerana mau selamatkan diri dari dihina dan diinjak kepala.
- Saya pernah membuat persembahan teater di KLPAC.
- Saya pernah masuk tv, masuk suratkhabar dan majalah KLUE.
- Saya riak lagi takbur. Tok Rimau, entri tok mengenai avatar kat sini tiada kena-mengena dengan saya tau!.
- Saya suka/pandai bercerita dan berputar belit. Cerita sehasta akan jadi berkilo-kilo meter.
- Saya kurang upaya kata mereka. Bukan saya.
Nota kaki:
Lapan aje. Aiseh...kalau lapan puluh, saya pasti tanduk saya semakin panjang.
Wuish! Teroknya engkau wahai si Water Lly. Sedarlah diri. Kamu hanya mampu bersuara di sini.aja. Ha!ha!ha!
Tok, entri tok mengenai avatar tu, tepat jugak ek!
Tak mau tag sesiapa. Saya kan suka langgar peraturan.
Asalnya saya draf dalam bahasa pasar, gua lu, dan lu gua. Ternyata itu bukan saya, walaupun saya penggemar rock kapak.
Nota kaki ini sepatutnya ada lapan juga kan..kan..kan.
........
.........
SEKIAN. Terima kasih Cik Fisha. Salam perkenalan dari kak WL dan untuk Amal (kita kenalan sekali lagi ya! :p)
Ps: Afsal aku rasa nak delete ja entri ni ha!ha! ha!
Ulasan
Gua-lu? Sooo not me! ;D
Psst..nak merampok stesen minyak? Botolkan saya 5 liter kak. He he.
Psst.. amal pun suka langgar peraturan, psst, jgn bagitau org. Heheh.
Yea ... yea .. dah jawab ...
Gembira betul bila salam tersambut. Terasa diriku begitu berharga ... ecece ... hehe!
P/s: Mana tau ni saya suka tulisan En. JP?
Kalau menjawap tag itu mendapat pahala. Sudah banyak pahala saya dapat agaknya.
Encik Pinter itu siapalah agaknya ya?
:D
Tu pasal la nak bagitau hahaha!
Liyana,
Orang berani berisiko hilang banyak pekara/benda.
Achik,
Err...7 aje ka? Rasanya lebih dari tujuh tuu(termasuk nota kaki) :)
Bang Naga,
Osaka mmg best, bandar friendly disabled. OKU dewasa naik basikal roda tiga, pun takde orang ketawa.
Masa saya p rolerkoster tu dah tak beroperasi lagi. Kitakado san kata, ada pengunjung jatuh & mati kat situ.
Err..bang aku rasa nak naik basikal roda tiga. Agak2 ada orang mau gelak tak ?:)
Chik,
Woo..elaun2 pak menteri dan keraian orang besar(besar kepala) tak ada yang berubah kan?
Cuma kita yang mentimun ni ja, disuruh UBAH GAYA HIDUP. kan..kan..
Me,
Waa..apa la best sangat Me. Takat masuk TV dan KLUE. Bukan dapat ribu-ribu ahaks!
Purp,
Sapa ya Encik Pinter tu. Aiseh, dia pemalu. Tak payah la letak link dia :)
Kak Jie,
Ada lagi orang yang pandai cerita dari saya...tu Encik Pinter pun apa kurang hahaha!
Fisha,
O..pandai juga kak Lily teka. Tengok betapa ramainya peminat En JP kita. :)
Amal,
Waa..sama la kita. Jangan bagitau sesapa ya ! hahaha!
Arsaili,
Boleh delete hape..tengok Phu Ying selalu buat hahaha!
Tiqah,
Hoho..kamu anak mithali(dan ada agenda tersendiri rupanya).
Tak rompak2 la. Tengok Pa'chik kata gomen bagi RM1.70 sehari. Banyakkk tuuuu hahahaha!
Terima kasih semua.
Nota tumit:
Dah lama tak jamming
virus lu gua dah semakin merebak..
hahahaaaaa.......
Budaya lu gua ni dah berzaman, dari kak Lily muda-muda lagi hahaha!
Ying,
Yeah! setuju. Peminat rock kapak juga pencinta bahasa :)