Langkau ke kandungan utama

Fiksi-fiksi sebaris ayat dan sebuah puisi yang tidak tersiar di media besar (di kala mata enggan pejam)

sumber foto
Menanti
Dia menantimu sehingga nyawa cair dan larut bersama empingan salju.

Kesakitan

Di hadapanku seorang perempuan muda berambut keperangan berwajah ala selebriti sedang diambil tekanan darahnya. Oh! Betapa kesakitan tidak memilih rupa dan usia

Parut luka

Telinga telah lama melepuh dengan hinaan dan cacian bergulung-gulung dalam jelmaan seekor ular.

SALJU DAN RUMAH AGAM

dari seberang aspal berdiri tegak rumah agam
kepulan salju yang kedinginan
jatuh cinta pada sepasang mata
di mana matahari memancar

ia, sang salju memutih itu, ingin sekali mati
terbakar pada sepasang mata

dari seberang lain, tegak rumah agam lebih indah
dan sepasang mata perempuan
jatuh cinta pada kepulan salju bersih putih
di mana ais berkepalan, berhablur dan berakar

sepasang mata itu ingin sekali ikut
mencairi kepalan salju, mengalir lalu hanyut

Rumah-rumah agam, tidak betah berbuat apa-apa
kecuali basah dan dingin lamannya
menangis.

Sepasang mata perempuan
yang begitu mencintai hablur-hablur ais
pun kekaguman

Oh! hebatnya engkau salju,
rumah agam pun sampai terdiam
kaku, membiarkan lamannya kebasahan
kerana cairnya hablur-hablurmu.

mengapa kau mahu cepat mati
hanya kerana terbakar pada sepasang mata.

July 2, 2009
5.00pm

Nota: Sajak ini ditulis ketika menonton salji di kaca tivi
.


~1.14am~

Ulasan

Salam WL

jejak ke mari.....
kad0k. berkata…
tgk kat tv salju tu pon ada idea ye kak..hebat..:)

sehat?
DeeN berkata…
Salam kak,

Apa khabar? I misz u & ur puisi la kak.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...