Langkau ke kandungan utama

Lima musim

Oh! Rupa-rupanya sudah hampir 5 tahun menulis dan berkongsi cerita di halaman ini.

Kesimpulan yang dibuat, entri semakin ramai yang membaca.

Komentar semakin kurang.Tidak mengapa, saya pun semakin jarang bertandang ke halaman kawan-kawan. Jika ada pun,kadang membaca dan mencerna dalam diam.

Adam Zhacary

Sungguh, saya tidak tahu. Anak manis tampak sopan dan pendiam yang selalu memberikan salam dan tersenyum kepada saya itu rupaya anak bujang Allahyarhamah kak Dalillah Tamrin.

Ah! Betapa dunia ini sederhana kecil.

Tamtam

 Ibu saya sudah meninggalkan saya. Dikuti oleh adik-adik yang masih mnyusu dan belum celik mata.  Saya tidak semolek anak kucing yang dijual di kedai-kedai haiwan peliharaan. Tapi, saya bertuah. Seorang perempuan, sanggup menyayangi saya tanpa syarat.

Nama saya Tamtam. Rupa tidak comel. Berbulu hitam pendek. Baka tempatan. Ibu melahirkan saya di bawah mesin basuh perempuan yang menyayangi kami tanpa syarat.
Tamtam


Nota:
 Tika entri ini ditulis, saya syak saya sudah kehilangan telefon bimbit.

Ah! duit lagi.





Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Syak belum tentu betul..Sila teruskan siasatan lanjut.. ;)
Lily Abdullah berkata…
Mush,
Setelah dibuat siasatan yang syak menjadi benar huhuhu..
Nizam.Ariff berkata…
cuba call...

eh, mesti akak dah buat awal2 lagi...
Lily Abdullah berkata…
Bukan akak soang yang hilang, encik warden pun hilang.

Ada toyol kat hostel nih hahaha!
. berkata…
selamat ulangtahun ke lima.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...