Langkau ke kandungan utama

Anda tidak perlukan apa-apa pil untuk berkhayal

Jadilah penulis, pengarang dan pencatat kecil-kecilan. 

Ya. Saya baharu selesai menyiapkan satu lagi 'projek khayalan' saya. 

Sebetulnya - saya malu mengaku saya menulis apatah lagi mengarang. Saya panggil diri saya penulis yang 'runcit-runcit' dan pencatat kecil. Macam menyediakan sinopsis cerita sahaja.

Projek terbaharu saya yang bakal terbit masih lagi projek penerbitan berkonsepkan 'indie'. Masih kompilasi. Kolaborasi bersama beberapa rakan penulis dan pembaca yang pelbagai latar belakang dan karier.

Macam Kapsul Nurani.

Cuma kali ini, daya khayal saya lebih tinggi.

Menitipkan warkah kepada seorang bayi yang tidak wujud.

Bayi saya. Gadis kecil saya. Namanya Raihana.

Daya khayal itu pasti datang bukan secara tiba-tiba atau sia-sia.

Tentu ada hikmah. Sekurang-kurangnya buat pujuk hati sendiri untuk terus melangkah dan tersenyum.

Biasanya lagu akan menjadi inspirasi saya. Kali ini, lagu dendangan Puan Fynn Jamal - Arjuna Beta.

:)

Doakan saya sukses. Semoga segera terbit. Oktober nanti mengikut perancangan kita sebagai hamba Tuhan yang serba kurang dan lemah.

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
Aku td g kat booth lejen press kat SACC....terasa mcm nak menulis balik la....

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

.Dulu dan sekarang

Suatu hari di tahun 2 005. Finn memilih untuk ditempatkan di kelas Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat. Kata teman-teman, mengapa dipilih kelas sebegitu. Pilih sahaja kursus jahitan, mereka mencadangkan. Nanti susah mahu mendapatkan kerja. Tapi dia tidak peduli. Umur sudah tiga puluh lima dan guru kelas memanggilnya “kakak”. Finn tercari-cari di mana suis komputer. Dia bertanya rakan-rakan yang jauh lebih muda. Rata-rata mereka sekurang-kurangnya punyai sijil. Petanda mereka punyai banyak kelebihan. Sekurang-kurangnya kenal MS Word dan website. “ Hang okay kak?” Cikgu yang lebih muda dari Finn itu bertanya. Ber hang dan aku sahaja dia dan Finn. Sama-sama Kedahan . “ Hujung tahun ni hang menikah saja laaa ”. Mulutnya memang masin dan Finn bertemu lelakinya. “Finn, ko bagi saya sijil ko dan fotokopi sekali” Encik Z, penolong pengarah merangkap kaunselor kepada para pelatih. “ Buat apa cik Z ? Cari kerja untuk saya ke?” Finn keteringinan untuk tahu. “Ada laaaa ”...