Langkau ke kandungan utama

Sejujurnya perlu ada

Ini adalah sebuah catatan tentang kisah benar.

Bagaimana kau fikir dua orang sahabat ( mungkin kenalan barangkali ) bertemu di dunia maya - aku tidak kenal engkau dan engkau pun sama - tak kenal aku - kita berdua berjumpa bergosip tentang buku, penulis dan editor.

Kemudian kita bertukar-tukar buku. 

Aku sanggup ajak kau masuk ke rumah aku yang macam tongkang pecah - berbau ala-ala klinik veterina - kita duduk di sofa koyak dan bercakap-cakap pasal buku petang itu.

Sedang aku, hendak pelawa jiran dan kawan sepejabat pun 'segan' - aku naik risau dengan rumah yang berbau kucing - aku malu pasal sofa koyak dan kain baju berlonggok dalam bilik tidak berlipat.

Tapi aku boleh ajak kau duduk atas sofa koyak rabak, meja kopi berlerak dengan buku dan kertas entah apa-apa di atasnya. Jamu kau secawan kopi yang entah apa-apa  rasa.  Lalu sepetang -petang itu kita borak-borak pasal buku.  Sedikit pun kita tidak bertanya hal-hal peribadi.

Contoh - aku boleh tanya kenapa kau tak kahwin-kahwin lagi atau kau boleh tanya aku bila aku nak beranak  ha ha..(ini contoh okay)

Sampai tidak sedar Asar sudah dekat ke garis  penamat.

Pada hari yang lain, aku mengajak seorang kawan (juga orang asing) yang kenal 'gitu-gitu' sahaja makan tengahari di rumah - aku sanggup memasak untuk dia - tanpa rasa segan silu - aku menjamu masakan aku - walhal nak memasak untuk kawan sepejabat pun aku segan - takut masakan aku tidak sedap. 

Ya. Aku 'failed' dalam bab masak-memasak, tapi hari itu kerana dia mahu datang aku tanpa risau kena kutuk,kritik (or whatever..)  aku masak macam diva. Macam cef seleberiti tanpa silu-silu aku menjamu sahabat itu ( ha ha..)

Dan aku pada hari dan beberapa tahun yang lalu, bermalam di rumah seorang kawan - minta tidur di rumahnya dan dia tumpangkan aku tidur tanpa curiga  - dan aku makan tidur tanpa malu dan cuak barang sedikit pun.

Waktu mula kenal IT, via laman sembang Yahoo Massager - aku ini perempuan yang tak entah tak boleh fikir - main - redah - jumpa seorang anak muda ala-ala kutu rayau di KL Central - ajak dia naik komuter ke KLPAC. Kemudian dia jadi pembantu bagi satu projek projek teater kami. Kemudian baru tahu kami satu universiti PPJ dan dia yang aku sangka kutu rayau atau mamat rempit itu rupanya cikgu Bahasa Inggeris sekolah kebangsaan.

Sekarang  bila fikir-fikr semula - oh betapa beraninya aku ( mugkin  tidak siuman juga..)

Terima kasih Tuhan - kerana aku bertemu yang baik-baik sahaja.  

Terima kasih kawan - kerana melayan sebaiknya aku (yang tidak siuman ini)

:)

Ulasan

Putri Lily berkata…
Assalamualaikum kak Lily. Moga aka sihat-sihat saja ye dan semakin aktif menulis. :)
akirasuri berkata…
Hi awek cun!

Pulang saya ke Tanah Malaya nanti, kalau berjodohan kita mengopi bersama-sama ya. :)
Siti Mardhiah berkata…
Bila boleh jumpa lagi, saya kena pulangkan balik buku Lily.
lily berkata…
Mardee,
Bukan kita tukar tukar suka sama suka ke hihihi :P

Ati,
Boleh Insya Allah. Yuk ngopi!

Putri Lily,
Penulis skala kecil-kecilan aja dik. :)


Terima kasih semua.

Lily Abdullah

ps : balas komen guna akuan asrama. Nama bekas PKHEM lama masih ada.

Akan selalu kenang kebaikan dan budinya :)
akirasuri berkata…
Hi awak! Bila nak update :P
Lily Abdullah berkata…
Hey awak saya update FB aje sekarang

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.