Langkau ke kandungan utama

Demi bebaris puisi yang selalu kau bilang puitis


Sumber

Sebutir dua plum gugur dipetik
lentik jari-jari angin
dan aku pungut
kupas dan kunyah
masam dan kecut
pada hari suara sepatumu
kian menjauh dari daun pintu

Dalam kesenyapan
aku merangkai-rangkai cerita sendiri
sebuah hutan tumbuh di halaman
entah di mana diletakkan tepian
aku tersesat sendirian

Kuhirup kopi sebelum dingin
kau tahu, kopi itu kuhirup
sambil tersedu-sedu   
alangkah sendu
bunyi sudu dan cawan beradu

Tunas hijau hujan mulai berdaun lebat
aku melihat bayangmu sekelibat
lalu lesat
ke arah tak kuingat

Sore itu
jarum jam terus menjauh
di beranda aku beku
di manakah kau?

Bukit Changgang, Banting 

ps : Geram. Kemaskini web asrama susah sangat nak menjadi. Kemaskini blog senang pulak. Saya syak Encik Google sabotaj saya :p

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
Plum mungkin masam kak.
kalau pelam ada yang manis taw... hahaha
Kau rasa boleh pangggil puisi tak entri aku ni Zam?

Aku semakin was-was dengan tulisan sendiri.

Yup..plum memang masam :)
sepa berkata…
"Kuhirup kopi sebelum dingin"...

suka rangkap tuh... :)

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…