Langkau ke kandungan utama

Hujan,pelangi dan sepotong puisi

Sumber
Di halamanku Hiroshi, langit kembali mengulurkan hujan senja tadi. Seperti  selalu, berjuta neuron mengirimkan kisah yang cuba kita dimakamkan sebagai kenangan di musim  ume gugur tujuh musim yang  lalu.
“Musim hujan selalu saja kembali seperti ini“ Lantas aku  serius mengatakan kesedihan akan berkembang biak.  Aku merungut tentang kesulitan yang beranak-pinak.

Engkau lelaki dengan tubuh yang pernah disinggahi peluru terus menyanggah bicaraku. Katamu musim hujan bukanlah kesedihan yang total. Engkau bersuara lembut. Cuba meyakini diriku.

Katamu lagi, hujan adalah kesedihan yang merindukan warna pelangi. Warna pelangi adalah keriangan dan keceriaan. Keriangan dan keceriaan adalah puisi. Puisi paling puitis.

Semakin hari, perkara yang paling aku geruni pasti berlaku jua. Wajahmu  semakin samar dari ingatan. Jika aku gagal menulis tentang kamu Hiroshi, pasti senyum dan tawa  kamu akan terus terpadam.

Aku enggan membiarkan ia terjadi.


Kerana langit begitu memahami 
apa yang terjadi antara kenyataan
dan mimpi kita 
maka dikirimkan hujan pagi ini



Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
....dan pagi tadi hujan tak mau berhenti... dalam hati
Unknown berkata…
salam kenal daripada MSP...... sedapnya puisi ni...
Lily Abdullah berkata…
Zam,
Ko memahami..


Salam kenal MSP. Sy telah ke blog awak baca diam2 :0

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.