Langkau ke kandungan utama

Hiroshi - pemuda yang aku temui dalam fiksi

Hiroshi yang kukenali beberapa tahun lalu adalah seorang pengurus restoran di pekan kecil di tengah kota besar Osaka. Dia pemuda tiga puluhan bersemangat dan sentiasa punya hal positif untuk diperkatakan.

Jika seseorang bertanya kepadanya tentang apa yang dia inginkan, maka dia akan selalu menjawab, " Jika aku dapat yang lebih baik, aku lebih suka mempunyai kembar!"

Banyak pelayan di restorannya akan berhenti jika Hiroshi berpindah tempat kerja. Mereka akan mengikutinya dari satu restoran ke restoran yang lain. Alasannya cuma satu. Bukan kerana Hiroshi kacak.

Bukan!

Tetapi kerana sikap dan pandangan serta kemuliaan hatinya.

Hiroshi adalah seorang motivator alami. Jika teman sekerja sedang mengalami hari yang buruk, dia selalu ada di sisi mereka. Sambil memberitahu teman-temannya bagaimana melihat sisi positif dari situasi yang tengah dialamai.

Sikapnya benar-benar membuat aku jatuh hati. Suatu pagi aku memutuskan untuk berterus terang tentang perasaanku padanya. Tapi entah kenapa ayat-ayat lain pula yang terpacul dari bibirku.

"Aku tidak mengerti! Tidak mungkin seseorang menjadi orang yang berfikiran positif sepanjang waktu."

Lantas aku bertanya bagaimana dia melakukannya.

Hiroshi bingkas menjawab, "Tiap pagi aku bangun dan memberitahu diriku, hanya ada dua pilihan hari ini. Aku dapat memilih untuk berada di dalam suasana yang baik atau memilih dalam suasana yang jelek."

Kemudian dia menghela nafas dan menyambung bicaranya" Aku selalu memilih dalam suasana yang baik. Tiap kali sesuatu terjadi, aku dapat memilih untuk menjadi korban atau aku belajar dari kejadian itu.

Lantas, dia memberitahu aku lagi bahawa dia selalu memilih belajar dari hal itu. Setiap kali ada yang mengeluh dia dapat memilih untuk menerima keluhan mereka atau mengadaptasikan sisi positifnya. Dan dia sentiasa optimis.

Panjang lebar petua yang diberikan padaku.

"Tetapi tidak selalu semudah itu," Protesku.
"Ya, memang begitu,"Kata Hiroshi.

"Hidup adalah sebuah pilihan. Saat kamu membuang seluruh masalah, setiap keadaan adalah sebuah pilihan. Kamu memilih bagaimana bereaksi terhadap semua keadaan. Kamu memilih bagaimana orang di sekelilingmu terpengaruh oleh keadaanmu. Kamu memilih untuk ada dalam keadaan yang baik atau buruk. Itu adalah pilihanmu, bagaimana kamu hidup." Petah tuturnya menjadikan aku terpegun.
Sehingga aku terlupa mengunkapkan puisi-puisi cinta yang kutulis khas buat Hiroshi.

***

Beberapa bulan kemudian, aku mendapat tahu Hiroshi mengalami musibah yang tidak pernah terfikirkan terjadi dalam perniagaan restoran: membiarkan pintu belakang tidak terkunci pada suatu pagi dan dirompak oleh tiga orang bersenjata.

Saat dia mencuba membuka peti besi berisi wang, tangan Hiroshi gementar kerana gugup dan salah memutar nombor kombinasi. Para perompak panik dan menembaknya. Untungnya, Hiroshi cepat ditemui dan segera dibawa ke hospital.

Setelah menjalani operasi selama berbelas jam dan seminggu rawatan di ICU, Hiroshi dapat meninggalkan hospital dengan beberapa bahagian peluru masih berada di dalam tubuhnya.

Aku hanya menemui Hiroshi enam bulan sesudah musibah tersebut.

Saat aku tanya Hiroshi bagaimana keadaannya, dia menjawab, "Jika aku dapat yang lebih baik, aku lebih suka mempunyai kembar"

Jawaban yang sangat-sangat tidak kufahami, mengapa dia begitu mengingini seorang saudara kembar.

"Mau melihat bekas luka-lukaku? "

Aku menunduk untuk melihat luka-lukanya. Pada waktu yang sama aku bertanya apa yang difikirkan saat terjadinya musibah itu.

"Perkara pertama yang terlintas dalam fikiranku ialah aku harus mengunci pintu belakang," Jawab Hiroshi. "Kemudian setelah mereka menembak dan aku tergeletak di lantai, aku ingat bahwa aku punya dua pilihan: aku dapat memilih untuk hidup atau mati. Aku memilih untuk hidup."

"Kau tidak takut?" Tanyaku.

Hiroshi terus melanjutkan cerita " Paramediknya hebat. Mereka terus memberi harapan bahwa aku akan sembuh. Tapi saat mereka menolak tubuhku ke ruang gawat darurat dan melihat ekspresi wajah para doktor dan jururawat, aku jadi takut. Pandangan mereka sama sekali tidak menipu.

Mata mereka berkata "Orang ini akan mati".

"Apa yang kamu lakukan?" Tanyaku semakin tertarik dengan ceritanya.
"Di sana ada seorang jururawt comel iras Ayumi Hamasaki bertanya padaku," Cerita Hiroshi.
"Dia bertanya apakah aku punya alergi. Dan aku mengangguk lemah"

Para doktor dan jurawat berhenti bekerja dan mereka menunggu jawaban Hiroshi. Katanya dia menarik nafas dalam-dalam dan berteriak, "Peluru ini...."

Di tengah tertawa mereka aku katakan bahawa aku memilih untuk hidup. Jadi aku mohon mereka merawat aku sebagai orang hidup. Bukan sebagai orang nazak.

Hiroshi begitu yakin dia beroleh hidup bukan kerana kebijaksaan para doktor, tetapi juga kerana sikapnya optimisnya yang mengagumkan. Tuhan memberikan dia peluang kedua. Aku belajar dari dia bahawa setiap hari aku dapat memilih apakah aku mahu menikmati hidupku atau membencinya.

Satu hal yang benar-benar milikku; yang tidak mungkin dikawal oleh orang lain adalah sikap dan cara kita memilih untuk hidup. 

Benar! Sehingga jika kita mampu mengendalikannya dan segala hal dalam hidup akan jadi lebih mudah.

Aku cuma perlu percaya!  Malangnya, kadang aku menjadi was-was.

ps: Kamu boleh bayangkan Hiroshi itu barangkali sebagai kamu dan aku sebagai sebahagian dari kamu. Atau dari segi fizikal bisa saja kamu bayang dia Hiroshi Abe (sila gugel) :p

Ulasan

sepa berkata…
di awal criter, Hiroshi ada persamaan dgn Azlan. bezanya rangkap Azlan ialah :
'berikan aku kupu2, akan aku indahkan ia menjadi rama2...'
:)

kak, misi yg comel sgt memberi motivasi... hehehe.
Water Lily berkata…
Doktor yang kacak jugak hihihi. :p
Maz berkata…
klu lelaki suke misi klu ppuan suka doktor yg kacak...hihi...

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…