Langkau ke kandungan utama

Harus meyakinkan diri yang kami juga comel serta bergaya

Poppy kata dia berdoa setiap hari.
Dia kepingin jadi bidadari
Cantik
Ayu
Lembut
Sopan
Penyayang
.
.
Poppy berdoa setiap pagi
Dia kepingin transform jadi bidadari.
Bermata hazel
Rambut lurus panjang berkilat kehitaman
Kulit gebu rona cream
Bibir macam Angelina Jolie
Badan potongan 34-24-34
.
.
Semalam Poppy beritahu aku.
Dia cuma tak mahukan kepak itu
Aku kata nak jadi bidadari, kenalah ada kepak
Poppy kata kalau ada kepak, dia mungkin terjun dari tingkat 14.
Sambil mulutnya tak henti mengunyah burger MecD
Depan ada kepingan pizza menanti.
Tangan kanannya kemudian menyuap kentang putar
Kemudian rasa ais krim perisa vanilla di atasnya terhias stroberi.
.
.
Aku diam. Sambil berfikir. Jika ada kepak itu, terjun dari tingkat 14 bukan lagi masalah, kawan!
Mataku tertancap pada gumpalan-gumpalan lemak yang melekat pada tubuh kami.

Tubuh aku dan Poppy.
FOTO VIA CARIAN PAKCIK GOOLE.COM
PS: Oh! Aku lupa beritahu. Ketika itu, umur kami baru mencecah pra dewasa. Dan ibu-ibu kami sangat gemar memasak. Abah pula, suka belikan coklat.

Ulasan

makissa berkata…
berfikiran fositif penting utk memotivasikan diri sendiri. hehehhe..

boleh juga dianggap 'ayat penyedap hati'
sepa berkata…
fantasi dak lelaki pulak : ingin dikelilingi bidadari2. errr... atau badan berketul gagah berdiri bersama sebilah pedang dijunjung ke langit
:)
Lily Abdullah berkata…
Adik

Ayat penyedap hati? Hmm..kadang tertipu dengan ayat penyedap hati ni.

Sepa,
Agaknya itu lah sebab fantasi perempuan ingin secantik bidadari.

Ada sesiapa pernah tengok bidadari tak?
puding roti berkata…
soalan tak berapa cerdik. bidadari sm tak dgn pari-pari? ngee

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...