Langkau ke kandungan utama

Tua

Setiap kali kau menyisir rambut, peratusan yang gugur dan berwarna putih dan separa putih adalah lebih tinggi. -Lily-
 

Sebuah kisah benar yang difiksikam dari blog yang bakal ditutup


Dia dan di antara ribuan kisah cinta

pic via carian www. Google.com.(tak ingat sumber)

Ini sebuah kisah cinta tidak berkepentingan.

Dia dinikahi oleh lelaki berusia kerana faktor kemiskinan. Konon mengelak diculik dan menjadi gundik Jepun di zaman perang. Zaman itu, maruah seeorang perempuan adalah emas. Lalu, dia menghabiskan zaman mudanya dengan menggauli lelaki tua sebaya bapa dan menjaga tujuh anak-anak tiri sebaya diri. Malah anak tiri paling sulong, lebih tua darinya dan panjang akal.

Dia, terus mencintai suami tuanya tanpa sebarang kepentingan. Lurus dan tulus. Saat suami tuanya yang kaya itu tenat, anak tiri yang panjang akal itu menghantar dia pulang ke pangkuan keluarga. Konon, mereka mampu menjaga si ayah yang tenat. Akibatnya, dia tidak dapat menuntut apa-apa habuan dunia sekali pun.

Dia yang polos, lurus dan tulus.
Kisah yang sama berulang hingga si suami ke empat. Akhirnya dia, menumpang teduh bersama kami yang juga miskin di waktu itu. Menumpang ehsan abah(allahyarham); hanya seorang ipar yang juga kais pagi makan pagi.

Dan, abah mengambil ikhtibar dari kisahnya. Menolak semua pinangan lelaki-lelaki tua berkepentingan yang mahu menikahi saya.

Syukur, abah saya seorang lelaki yang panjang akal. Dan, saya bukan perempuan polos, lurus dan tulus.

Dia, masih lagi perempuan yang polos, tulus dan lurus. Tinggal di rumah kecil bersebelahan rumah emak yang juga kecil kerana bertambahnya ahli keluarga.

Dia, masih lagi perempuan yang polos,tulus dan lurus. Sedang menghabiskan sisa usia, tanpa zuriat dan harta dunia.

Melihat rentetan hidupnya, saya terkenang masa depan saya yang mungkin lebih kurang serupa. Tanpa zuriat.

Namun, saya bukan perempuan polos, tulus dan lurus sepertinya.

Ulasan

tasekM berkata…
kakak.
kamu mungkin tak tahu.
kamu adalah 'rujukan' aku.
utk aku jd manusia.



jgn tutup.
hang mengada kak no...
dah la aku hilang remy.
ni hang pulak nk hilang...



.
Nizam.Ariff berkata…
berehatlah...

tapi jangan tutup...
aza ni berkata…
memang saya akui saya hanyalah singgah bila berkesempatan...tapi please biar kan open
so'od berkata…
sila beri 10 alasan kukuh untuk tutup.
Makbonda61 berkata…
perempuan polos, tulus dan lurus itu kena diyakinkan ada dunia lain selepas ini.
sepa berkata…
salam kak.
saya suka ke sini.
Lily Abdullah berkata…
Sudah salah faham. Saya mahu tutup blog yang konon2 saya rahsiakan dan pindahkan entri2nya ke sini :0

T.kasih.
akirasuri berkata…
Kak, blog yang tu nak tutup ke. alaaaaaaaaaaaa! :|
Lily Abdullah berkata…
Tutp dan dalam proses memindahkan serta mengubahsuai entri2 di sana ke mmari.

Mana2 entri yang berbunyi sangat mengarut biarkan sajalah :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...