Langkau ke kandungan utama

Netty si bidadari

Jam 5.00 pagi  Suhu berskala 24 darjah Celsius membuatkan tubuh Netty sedikit menggigil. Dia berharap, jika kekecewaan yang bergelodak di dalam hati adalah titisan embun. Kesdihan ini adalah air. Kepedihan ini adalah salji. Kemarahan ini bukan api, sebaliknya hujan.

Semuanya akan mengalir ke taman-taman. Mengalir ke tasik, sungai dan laut. Membasahi pohon-pohon tandus. Jika ada yang sakit dan kehausan, biarlah air yang bertakung di kolam mata cantiknya  menjadi penawar.

Netty masih kepingin memiliki jari-jari yang cantik dan sempurna.  Kesempurnaan dalam pengucapan dan suara yang merdu.  Petah berbicara.

Tanpa semua itu, sayap-sayap yang dimiliki langsung tidak mengundang makna.

Ulasan

sepa berkata…
kalau di-puisi-kan menarik, kak.

oya, kalau 35darjahCelcius, cam ner pulak. :)
Nizam.Ariff berkata…
sepa, kalau 35degree celcius, kepak2nya tertanggal dengan sendiri...
puding roti berkata…
sedih bila baca kak...
Lily Abdullah berkata…
Adik Cik Ha,
Jangan la sedih,kita lagi sedih. Jom ngopi yuk! :)

Nizam dan Sepa,
Terima kasih dah tolong jawab soalan Sepa untuk akak hihihi.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...